Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Eve’ (iQiyi)

Beberapa tahun belakangan ini, kita menyaksikan drama Korea bernuansakan alam rumah tangga dan pengkhianatan semakin mendapat perhatian. Terbaharu, walaupun baru sahaja menayangkan beberapa episod menerusi saluran iQiyi, drama bertajuk ‘Eve’ sudah mula mendapat perhatian meluas. 

Mengisahkan tentang Ra-el yang berdendam kerana keluarganya dimusnahkan oleh sebuah keluarga elitis ketika dia berumur 15 tahun. Kini, dia sudah berumur 28 tahun dan masih berhati-hati merancang plot untuk mencari siapakah ahli keluarga elitis berkenaan. 

Drama ini bagaimanapun mendapat kritikan di Korea Selatan kerana terdapat adegan panas dalam episod tertentu sehingga menyebabkan ia diklasifikasikan untuk tayangan 19 tahun ke atas. 

Namun begitu, ada beberapa pihak lain yang beranggapan ia tidaklah keterlaluan dan masih boleh ditonton oleh khalayak. Drama ini bagaimanapun terus mencatatkan peningkatan rating setiap episode seperti dilaporkan Nielsen Korea. - Wafa Aula

 

‘Trese’ (Netflix)

Antara kemanusiaan dan kebenaran, yang mana satukah menjadi pilihan?

Berlatarbelakangkan kota raya Manila, Alexandra Trese tidak pernah culas menjalankan tugas sebagai ‘mandirigman - babaylan’, atau pawang dan pelindung.

Tugasnya sebagai penguasa undang-undang serta penegak keadilan antara alam manusia dan dunia supernatural menjadikan gadis ini sering kali berdepan situasi menakutkan.

Ditemani pengiring tetap iaitu syaitan dua beradik, kapten polis bebas rasuah dan seorang rakan lelaki, ketenangan Trese diganggu apabila pelbagai kejadian pelik serta mengerikan mula melanda Manila.

Satu demi satu kes dirungkai dan sedikit demi sedikit musuh berjaya ditewaskan, namun pengkhianatan dan kebenaran yang diterima ternyata amat mengejutkan.

Siapa yang mengkhianati Trese? Apakah benar berita diterima itu satu kebenaran, atau taktik yang hanya mahu memusnahkan?

Siri mini enam episod ini pasti membuatkan anda tidak senang duduk, apatah lagi ia padat dengan aksi dan begitu mendebarkan.

Buat peminat elemen supernatural, ‘Trese’ wajib ada dalam senarai tonton anda tapi awas, anime ini bukan untuk tontonan individu di bawah umur kerana sarat adegan mengerikan. - Sophia Ahmad 

 

‘Mr Good: Cop or Crooks’

Siri dokumentari hebat ‘Mr Good: Cop or Crooks’ menjejaki kes membabitkan seorang anggota polis tersohor di Norway, Eirik Jensen.

Siri jenayah berdasarkan kisah benar ini cuba menyelongkar kebenaran di sebalik penahanannya sejak 2013: Adakah Eirik Jensen sebenar-benarnya anggota polis paling cekap dalam sejarah kepolisan Norway atau sebaliknya adalah penyeludup dadah terbesar di muka bumi Scandinavia?

Berbekalkan akses unik terhadap Jensen, siri dokumentari ini cuba mendedahkan karisma, kepelbagaian rona wataknya sekali gus menceritakan kisah luar biasa karakter ini sejak zaman kegemilangannya pada 1990-an sehingga kejatuhannya di mahkamah pada 2020.

Dokumentari hebat empat siri ini sudah ditayangkan di Netflix bermula 3 Jun 2022. - Suzan Ahmad

 

Senior Year (Netflix)

Filem yang dibintangi oleh Rebel Wilson sebagai watak utama ini menceritakan tentang seorang wanita bernama Stephanie Conway yang koma selama 20 tahun bermula ketika usianya 17 tahun. 

Apabila dia sedar dari koma, dia nekad untuk kembali ke sekolah dan mulakan kembali apa yang terlepas selama 20 tahun. 

Kisahnya bermula apabila Stephanie yang merupakan ketua pasukan sorak telah disabotaj oleh bekas teman wanita kekasihnya iaitu Tiffany sewaktu membuat persembahan pada parti Prom. 

Ketika melakukan aksi lompatan, rakan-rakannya tidak menyambutnya sewaktu mendarat menyebabkan dia cedera dan koma dan impiannya untuk memenangi gelaran ‘Prom Queen’ musnah. 

Kini dia kembali ke sekolah untuk tamatkan tahun seniornya. Di sekolah yang sama, anak bekas teman lelakinya bersama Tiffany turut bersekolah di tempat yang sama. 

Stephanie kembali menjadi popular selepas videonya melakukan aksi dalam luar biasa dalam rutin pasukan sorak tular di media sosial. 

Tiffany yang masih tidak berpuas hati dengannya melakukan macam-macam cara untuk memastikan Stephanie gagal menyaingi anaknya. 

Jangan lupa saksikan kesudahan filem yang menghiburkan ini. - Helmi Anuar

 

‘Keep Sweet: Pray and Obey’ (Netflix)

Siri dokumentari empat episod ini memualkan! Bukan kerana ada aksi berdarah-darah atau gore, tetapi kerana kisah syaitan bertopeng manusia yang keterlaluan. 

Mungkin kerana saiz negaranya yang terlalu besar, Amerika Syarikat memang menjadi 'lubuk' untuk kisah-kisah aneh yang melibatkan kepercayaan dan ajaran sesat. 

‘Keep Sweet’ menceritakan tentang kumpulan ajaran yang bernama Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints (FLDS) dan pemimpinnya, Warren Jeffs. 

Sudahlah ajaran ini mengagungkan poligami yang bukan sikit-sikit, kemudian ia menjadi semakin mengarut apabila pemimpin yang dikatakan wakil tuhan memecahbelahkan keluarga. 

Kemuncak segala kejahatan adalah apabila Jeffs dibuktikan menggunakan duit gereja untuk melakukan aktiviti-aktiviti ‘duniawi’ yang ditegahnya dalam ajarannya, seperti ke Disneyworld dan merogol kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun. 

Memang gila. 

Walaupun Jeffs sekarang dipenjarakan, percaya atau tidak, FLDS masih mempunyai pengikut tegar dan ‘memuja’ Jeffs sebagai wakil tuhan. - Ili Farhana - Getaran, 11 Jun 2022

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut