Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Resipi Mudah, Kentang AS Menyelerakan Dan Berkhasiat!

Resipi kentang ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 9:48AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kentang Amerika Syarikat (AS) sama ada segar atau sejuk beku, ialah ramuan serba guna yang boleh memberi inspirasi kepada pelbagai sajian -- baik pembuka selera, sup, hidangan utama mahupun manisan.

Kentang AS juga kaya dengan nutrien dan mengandungi lebih banyak tenaga berbanding sayuran popular lain.  

Menurut pakar runding diet Indra Balaratnam, sebiji Kentang AS saiz sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam dan tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. 

Kentang AS merupakan sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga. 

Sebiji Kentang AS sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak serta protein untuk membantu pembinaan sel dan otot. 

Di samping itu, Kentang AS kaya dengan vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan. 

Cik Tania Lee, pakar diet sukan juga berkongsi petua tentang manfaat Kentang AS bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. 

Tania Lee (dua dari kiri) dan Indra Balaratnam (tiga dari kiri) menunjukkan ajnas hidangan kentang AS
Tania Lee (dua dari kiri) dan Indra Balaratnam (tiga dari kiri) menunjukkan ajnas hidangan kentang AS

“Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat adalah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum. 

“Kentang mengandungi 3 gram protein dalam setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen dan sendi.

“Kalium adalah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang AS membekalkan15% daripada keperluan kalium harian anda dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” jelas Tania.

Baru-baru ini Potatoes USA meraikan Hari Pemakanan Sedunia yang bertemakan “A World Of Flavours” (Aneka Cita Rasa) bersama 20 personaliti berpengaruh di media sosial dengan menyediakan pelbagai sajian yang lazat dan menyelerakan menggunakan kentang AS sebagai ramuan utama di TCH Foodworks Culinary Workspace, di Petaling Jaya.

Pada acara tersebut, Indra turut mengesyorkan empat resipi yang menyelerakan dan berkhasiat menggunakan Kentang AS – Mufin Kentang Russet AS, Kroket Feta dan Parsli Kentang AS, Kerabu Epal Hijau Kentang Russet AS dan Kentang AS Bakar ala TexMex. 

Indra menerangkan bahawa kesemua sajian ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera. 

Berikut adalah dua daripada empat resipi yang boleh anda sediakan di dapur sendiri!

Texmex Style US Potato Skins

Saiz hidangan: 4

Kalori: 283

Protein: 10g

Lemak: 8g (24% lemak daripada jumlah kalori)

Karbohidrat: 45

Serat: 5g

Natrium: 531mg

Bahan-bahan

2 biji kentang AS sederhana – gosok kulit dan keringkan

50 gram bawang merah dihiris

1 lada cili jalapeno dibuang biji dan dikisar

30 gram tomato ceri dipotong dadu

1/3 cawan kacang hitam dalam tin (toskan dan bilas dengan air)

1/3 cawan biji jagung beku

2 sudu kecil jintan halus

4 sudu besar keju cheddar yang dicincang

4 sudu besar krim masam tanpa lemak

Garam dan lada hitam secukup rasa

Bawang besar dicincang halus

Cara penyediaan

1) Cucuk kentang sederhana dan bakar dalam ketuhar gelombang mikro selama 6 minit. Kentang telah cukup masak apabila ia terasa lembut apabila disentuh.

2) Panaskan ketuhar hingga 200 darjah Celcius dan potong separuh setiap kentang. Keluarkan isinya, tinggalkan kulit kira-kira 1/4 inci. Ketepikan isi kentang.

3) Letakkan kentang pada dulang pembakar beralas kertas timah (foil). Sembur dengan cooking spray dan taburkan dengan garam. Bakar selama 5 minit, atau sehingga garing dan keemasan.

4) Sementara itu, panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang cincang dan jalapeño dan masak selama 3 minit.

4) Masukkan tomato ceri yang dicincang, kacang hitam, jagung dan jintan manis dan masak selama 5 minit lagi.

5) Campurkan bancuhan kacang dan jagung yang telah dimasak ke dalam isi kentang yang diasingkan tadi. Perasakan dengan garam dan lada sulah.

6) Dengan menggunakan penyepit, keluarkan kentang dari ketuhar. Isikan setiap kulit kentang dengan campuran kacang dan kentang US Russet. Taburkan keju parut di atasnya.

7) Kembalikan kentang ke dalam ketuhar dan panggang selama kira-kira 4 minit, atau sehingga keju sedikit cair. Keluarkan dari ketuhar untuk sejukkan selama 10 minit. Letakkan satu sudu besar krim masam tanpa lemak dan taburkan daun bawang yang telah dicincang halus sebelum dihidangkan.

 

US Russet Potato Green Apple Kerabu

Saiz hidangan: 3

Kalori: 177

Protein: 5g

Lemak: 5g (26% lemak daripada jumlah kalori)

Karbohidrat: 29g

Serat: 4g

Natrium: 497.5mg

Bahan-bahan

1 biji Kentang AS bersaiz sederhana yang dibuang kulit dan dipotong kiub kecil

1 biji epal hijau dihiris nipis memanjang seperti mancis

40 gram bawang merah dihiris

80 gram (1/2 cawan) tomato ceri - dibelah empat

80 gram (1/2 cawan) timun Jepun – dipotong dadu

20 gram (1/4 cawan) ikan bilis

1 sudu besar minyak kanola

¼ cawan daun ketumbar dihiris & hirisan cili merah untuk hiasan

Bahan-bahan untuk sos kerabu (ditumbuk)

1 labu bawang putih

2 cili padi (sesuaikan dengan tahap kepedasan anda)

2 sudu teh gula kabung

1 sudu besar sos ikan Thai

2 sudu besar jus calamansi (limau kasturi) yang baru diperah

Cara penyediaan

1) Panaskan satu sudu besar minyak kanola dalam kuali dan goreng Kentang AS jenis Russet sehingga masak. Keluarkan dari kuali dan toskan minyak menggunakan tisu dapur. Ketepikan.

2) Menggunakan kuali yang sama, gorengkan ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

3) Tumbuk kesemua bahan untuk sos kerabu menggunakan alu dan lesung. Ketepikan.

4) Gaulkan semua bahan-bahan yang telah tersedia bersama sos kerabu dan taburkan daun ketumbar yang telah dicincang.

5) Hidangkan dengan segera.

Selamat mencuba! - Getaran, 11 Jun 2022

Gambar : Potatoes USA

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu