web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenapa Anak Kita Kena Kenal Buku Dulu Berbanding Gajet?

Membesarkan anak-anak tidak mudah dan menyodorkan gajet kepada anak kecil merupakan jalan pintas bagi ramai ibu bapa. Tetapi membaca buku lebih banyak faedahnya buat Si Kecil.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 9:00AM

Gambar: Alex Green, Pexels

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Faktanya, dunia bergerak laju dan kita semua sudah tahu tentang itu. Sebagai ibu bapa muda yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga, sudah pasti kita juga akan memilih cara yang paling cepat untuk memudahkan urusan seharian antaranya dengan bantuan teknologi dan gajet. Kalau anak kita nangis, tunjukkan sahaja video di laman YouTube maka diamlah mereka. Semuanya mudah dan pantas. 

Tapi, membesarkan seorang manusia rupanya tidak boleh seperti itu. Ibu bapa kena banyak sabar dan memilih cara yang dilihat konvensional demi memastikan perkembangan awal anak-anak kita sempurna. 

Ini kerana pada umur seperti inilah mereka baru sahaja ingin mengenal dunia dengan mengembangkan fungsi psikologi, kognitif dan emosi mereka. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya, inilah masa paling mustahak untuk kita menentukan bagaimana bentuk rebung itu.

Gambar: Cottonbro, Pexels
Gambar: Cottonbro, Pexels

Haji Che Mazlan yang juga merupakan timbalan  Malaysian Book Publishers Association (MABOPA) menjelaskan aspek visual sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Sebab itulah buku ilustrasi kanak-kanak memainkan peranan penting. 

“Ibu bapa bukan hanya belikan buku untuk anak. Tapi kita semua kena bercerita tetang apa yang ada di dalam buku itu kepada anak-anak kita. 

Buku 'A River For My Family' dan kit aktiviti keluaran Anak Rimba. Gambar: Anak-Rimba.com
Buku 'A River For My Family' dan kit aktiviti keluaran Anak Rimba. Gambar: Anak-Rimba.com

"Di sini, anak-anak kita akan belajar untuk fokus. Bila ibu bapa sama-sama duduk dan berinteraksi dengan anak-anak semasa membaca buku, maka mereka akan meningkatkan tahap perkembangan emosi serta kognitif anak-anak mereka," jelasnya ketika dihubungi Getaran.

Tambah Mazlan lagi, perkara seperti inilah yang ‘mahal’ dan tidak ada di saluran lain seperti gajet. Menurutnya lagi, gajet menawarkan hiburan kepada anak-anak. Namun apa yang lebih membimbangkan, terdapat juga unsur ketagihan jika ibu bapa memilih alat ini sebagai sumber utama proses didikan awal anak mereka.

Buku 'Puteri Gunung Ledang' oleh Emila Yusof. Gambar: Oyezbookstore.com
Buku 'Puteri Gunung Ledang' oleh Emila Yusof. Gambar: Oyezbookstore.com

 

Menajamkan kemahiran asas

Apabila anak-anak kita sudah terbiasa dengan buku, maka ia akan membuka jalan dan keinginan anak-anak untuk meneroka keupayaan teras yang sepatutnya dimiliki oleh anak-anak kita sejak kecil lagi iaitu kebolehan membaca. 

"Keupayaan membaca adalah sesuatu yang perlu dididik. Bila anak kita sudah tahu membaca, kemahiran ini akan jadi begitu senang dan mudah sekali.

"Kajian di Amerika ada menunjukkan jika anak-anak kita tidak boleh membaca dengan lancar jika sudah mencecah usia 8 tahun. Maka agak susah bagi mereka untuk lebih lancar membaca selepas itu.

Gambar: Hello I am Nik, Unsplash
Gambar: Hello I am Nik, Unsplash

"Membaca ini ada tahap iaitu dengar, cakap dan baca. Sebelum boleh membaca, kita kena biasakan anak-anak kita dengar bunyi-bunyi asas. 

"Bunyi-bunyi inilah apabila digabungkan akan membentuk perkataan. Bila anak kita dah biasa dengar kita sebut beberapa suku kata yang ada di dalam buku cerita, maka mudahlah proses membaca anak-anak kita nanti," tambahnya.

Pembentukan psikologi, kognitif, emosi anak-anak memerlukan masa dan tenaga ibu bapa. Namun jika ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka membesar menjadi manusia yang cerdik, maka kita perlu melalui semua itu.

Tidak ada jalan pintas untuk membesarkan manusia. Sentuhan ibu bapa lebih besar maknanya dan tidak boleh digantikan dengan gajet semata-mata. - Getaran, 27 Mac 2021

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa