web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Destinasi, Aktiviti dan Makanan Yang Perlu Alami Sepanjang 2022

Jika anda kurang berbakat dalam merancang percutian, mungkin panduan pelancongan untuk destinasi sekitar Malaysia yang kami temui ini boleh membantu.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 10:15AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka atau tidak, anda harus akui bahawa bukan semua individu ‘berbakat’ dalam merancang sebuah percutian idaman. Biarpun kita berada di era digital yang semuanya berada di hujung jari, namun masih ramai sebenarnya pengembara di luar sana melakukan banyak kesilapan dalam merancang sebuah percutian. 

Jika anda merupakan salah seorang daripada yang tidak berbakat dalam merancang percutian, perkembangan terbaharu yang dikongsi oleh beberapa syarikat hospitaliti antarabangsa boleh membantu. 

Ini termasuk yang dicadangkan Airbnb sempena pelancaran ‘Panduan Pelancongan’ edisi Malaysia mereka yang pertama seiring dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang telah lama dinantikan.

Panduan Pelancongan ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelancong antarabangsa dan domestik untuk meneroka semula negara ini dengan melawati destinasi yang terkenal dan semakin popular serta permata tersembunyi yang tidak diketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. 

Panduan ini juga mengetengahkan aktiviti yang mendebarkan, keistimewaan hidangan yang lazat dan penginapan yang paling luar biasa di seluruh negara. 

Lebih mengujakan, platform ini turut mendedahkan lima destinasi paling popular yang kurang diketahui ramai. Ini memberi peluang untuk anda merancang sebuah percutian unik yang jauh daripada tempat tumpuan pelancong biasa. 

Antara destinasi paling kurang diketahui ramai di Malaysia ialah Pulau Timba-Timba yang memiliki hidupan laut yang berwarna-warni, Sarikei yang kaya dengan budaya di Sarawak dan Sungai Lembing yang memiliki ‘Air Terjun Pelangi’ yang menakjubkan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengintai lima penginapan paling luar biasa. Penginapan yang disenaraikan ini sangat unik dan anda pasti mempesonakan jika dapat bercuti bersama teman mahupun ahli keluarga.

Daripada chalet tepi pantai terpencil yang indah menghadap Laut China Selatan hingga rumah percutian yang menakjubkan yang dibina di tebing gunung. Terokai lebih banyak penginapan yang menakjubkan termasuk rumah kawasan desa  unik yang diperbuat daripada buluh semula jadi, chalet Belanda gaya kolonial di Melaka, dan kabin pantai Terengganu yang selesa di mana tetamu boleh tidur dan bangun sambil dibelai dengan deruan ombak.

Apalah erti sebuah percutian jika anda tidak menimba pengalaman yang boleh menjadi kenangan seumur hidup. Mana mungkin anda mahu terperuk di bilik penginapan tanpa melakukan sebarang aktiviti. Dek itulah panduan pelancongan ini menyenaraikan lima pengalaman atau aktiviti paling unik.

Berkayak di tanah paya dengan naturalis dan ahli sejarah tempatan, pelajari semua tentang teknik canting dan pewarnaan batik, cuba menoreh getah, ikuti kelas silat bersama ahli silat, dan sertai penjelajahan malam di hutan Langkawi

Tidak ketinggalan, anda juga boleh mendapat info tentang lima hidangan terbaik untuk pencinta makanan. Makanan mesti cuba ini termasuklah hidangan asli Kadazandusun; hinava, hidangan istimewa perayaan Gawai Dayak; manok pansoh dan hidangan Peranakan seperti ayam buah keluak yang membangkitkan selera.

Untuk perjalanan yang selamat, lakukan ujian COVID-19 sebelum mengembara, dan sediakan beberapa kit ujian aliran COVID-19 untuk ujian yang kerap. Bersedia untuk aktiviti luar dengan membawa air dan barangan pelindung seperti semburan serangga mesra alam, pelindung matahari dan peti pertolongan cemas asas. 

Jadi, apa tunggu lagi. Jom pusing Malaysia. Tunjukkan sokongan anda kepada lokal dengan menikmati keseronokan tempatan dan libatkan komuniti tempatan. Anda mungkin akan mendapat beberapa rakan baharu setelah semuanya selesai! - Getaran, 29 Mei 2022.

Foto : Airbnb

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan