web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerayawara Program Jom Cuti-Cuti Malaysia Mampu Tingkat Pemasaran Pelancongan

Selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik pelbagai penebusan diskaun, baucar dan rebat ditawarkan kepada pelancong oleh pengusaha produk, agensi pelancongan, hotel, taman tema dan syarikat pengangkutan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 10:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Kedua dilaksanakan bagi mempromosikan kawasan pelancongan domestik seterusnya dapat meningkatkan aktiviti pemasaran selepas industri pelancongan terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Zainuddin Abd Wahab berkata selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik pelbagai penebusan diskaun, baucar dan rebat ditawarkan kepada pelancong oleh pengusaha produk, agensi pelancongan, hotel, taman tema dan syarikat pengangkutan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022.

Zainuddin Abd Wahab
Zainuddin Abd Wahab

Beliau berkata selain Perak sebagai lokasi pertama,  tujuh lokasi terpilih bagi program berkenaan iaitu AEON Mall Nilai, AEON Mall Bukit Tinggi, Klang; Blue Atrium, Sunway Pyramid; AEON Mall Shah Alam, AEON Mall Kota Bharu, AEON Mall Tebrau City dan AEON Mall Bandaraya Melaka dan akan berakhir pada November depan.

"Kita berharap dengan adanya program pameran dan jualan sebegini dapat meningkatkan lagi daya saing industri pelancongan domestik," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program itu di AEON Mall Kinta City di sini hari ini.

Gambar: Facebook Farm In The City
Gambar: Facebook Farm In The City

Zainuddin berkata kawasan pelancongan seperti Melaka, Pulau Pinang, Langkawi, Port Dickson, Negeri Sembilan serta Desaru, Johor merupakan antara tempat yang paling ramai dikunjungi pelancong domestik apabila kadar penginapan hotel telah meningkat dengan begitu mendadak.

"Kebanyakan pelancong mengambil peluang dan kesempatan dengan berkunjung ke kawasan pelancongan popular kerana mahu menikmatik tawaran dan diskaun yang diberikan dan ia merupakan satu daripada usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk terus menggalakkan aktiviti pelancongan domestik," katanya.

Gambar: Sunway Velocity Hotel
Gambar: Sunway Velocity Hotel

Program yang berlangsung selama tiga hari yang bermula semalam melibatkan seramai 24 pemain industri antaranya Sunway Velocity Hotel, Farm In The City, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Khaimal Travel and Tours Borneo Sdn Bhd yang mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai pakej percutian pada harga tawaran yang menarik. - Bernama

Gambar: Keretapi Tanah Melayu
Gambar: Keretapi Tanah Melayu

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Abdul Rashid Komited Terus Tabur Bakti Kepada MSN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 27.3 Juta Pelancong Asing Tahun Ini Dapat Dicapai

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang