Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dampak Gaya Filem 90-an Yang Terpateri Di Jiwa, Bahagian 1

Filem dan fesyen selalu bergerak seiring. Minggu ini, Jiman Casablancas bercerita tentang gaya dan filem-filem 90-an.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 10:30AM

Gambar: IMDb.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menonton filem Great Expectations (1998) buat kali pertama semasa aku masih di universiti membuatkan aku terpaku dengan visual hebat yang dihidangkan oleh pengarahnya, Alfonso Cuarón.

Beberapa tahun selepas itu, di dalam sebuah perbualan random bersama seorang teman, aku diberitahu satu trivia filem dan fesyen yang membuatkan aku bergegas menonton filem itu semula (aku punyai salinan gold disc original DVD dan bukan purple disc filem ini di rumah).

Bagaimana mungkin aku tidak menyedarinya sebelum ini? Penggunaan konsisten warna hijau pelbagai nuansa dalam persalinan setiap karakter di dalam filem yang merupakan versi moden diangkat dari novel klasik Charles Dickens ini dibuat dengan begitu subtle sehinggakan aku serius terlepas pandang.

Filem ini bukan sahaja diiringi dengan soundtrack yang hebat merangkumi muzik dari pelbagai genre dari Tori Amos, Duncan Sheik, Chris Cornell dan Iggy Pop sehinggalah ke heavyweight bands seperti Pulp, The Verve Pipe dan The Grateful Dead, malah ternyata penggayaan fesyen serta stail watak-watak dibuat begitu teliti. 

Sehingga hari ini, aku rasa pengaruh fesyen dari filem Great Expectations masih lagi relevan. 

Persalinan Gwyneth Paltrow sebagai Estella yang dibesarkan untuk mempermainkan hati lelaki begitu tepat dengan watak ice cold yang dimainkan olehnya. 

Setahu aku, inspirasi rekaan pereka New York iaitu Donna Karan banyak diambil oleh Judianna Makovsky sebagai wardrobe designer bagi Great Expectations. Estella di zaman dewasanya banyak bermain dengan gaya minimal namun amat menggiurkan.

Paltrow pula yang pada saat itu sudahpun diangkat sebagai ikon fesyen antarabangsa bagaikan amat serasi dengan latar belakang kota kosmopolitan New York.

Watak Ethan Hawke, seorang struggling artist, yang selesa menyarung persalinan asas berulang kali merangkumi t-shirt vintaj dalam warna monokromatik, wifebeater putih, celana denim biru dan kasut boots hitam pula bagaikan melekat dengan jiwaku sehingga kini. 

Setiap tahun, aku bagaikan terpanggil untuk mengulang tonton filem ini. Dan setiap kali itu juga aku pasti terpegun dengan perincian serta penggunaan warna hijau oleh Alfonso Cuarón dan cara-cara bagaimana beliau menggunakan aspek ini untuk mencapai objektif setiap babak di dalam Great Expectations

Warna hijau yang melambangkan perasaan envy hadir sebagai salah satu tema utama filem tersebut. Finn (Ethan Hawke) digambarkan sentiasa iri hati dengan status Estella dan Estella pula sentiasa iri hati dengan kebolehan Finn dalam meluahkan emosinya. 

Selain itu, watak protagonis/antagonis Nora Dinsmore, yang dilakonkan penuh berjiwa oleh Anne Bancroft pula sentiasa iri hati dengan sesiapa sahaja yang gembira dalam percintaan. 

Karakter-karakter ini bagaikan begitu terbeban dengan perasaan envy sehingga ia menjadi faktor utama ketidakpuashatian dan kesedihan mereka. Sungguh hebat. 

Penjelasan yang kurang romantis tentang penggunaan warna hijau di dalam filem-filem Cuarón adalah kerana ia sememangnya warna obsesi kesukaan beliau. 

Bukan sahaja di dalam filem Great Expectations malah di dalam satu lagi hasil karya genius beliau iaitu A Little Princess

Ada yang mengatakan bahawa Cuarón pernah menyuarakan hasrat hanya ingin mengambil pelakon-pelakon bermata hijau untuk membintangi filemnya. 

Sudah tentu aku memilih untuk mempercayai logika yang pertama seperti di atas (berkenaan pengaruh envy) kerana ia memberikan lapisan extra kepada filem tersebut. 

Sejak itu, jika kau atau sesiapa sahaja bertanya kepada aku tentang filem 90-an kegemaranku dari aspek fesyen, jawapan aku takkan pernah berubah. Ianya pasti Great Expectations

Sebagaimana muzik 90-an, filem-filem era 90-an memperkenalkan pelbagai trend dari spektrum yang amat luas. 

Tanyalah kepada mana-mana peminat pop culture di luar sana dan mereka pasti dapat menamakan satu babak spesifik dari filem 90-an yang sangat memorable hasil penggayaan fesyen karakter yang terlibat di dalam babak tersebut. 

Dari watak slacker girl Winona Ryder di dalam Reality Bites, babak dance-off Uma Thurman dan John Travolta dari Pulp Fiction yang meledakkan semula pemakaian baju putih button downs di kalangan wanita, inspirasi sarat dengan gaya disko 70-an dari filem Boogie Nights yang kini bagaikan menjadi trademark bagi jenama Gucci di bawah Alessandro Michele, pengaruh futuristik hasil imaginasi luar kawalan Jean Paul Gaultier dari filem The Fifth Element terutamanya bondage dress yang dipakai oleh Milla Jovovich, parka oversized yang konsisten dipakai oleh Neve Campbell dan gaya goth Fairuza Balk mirip gaya 80-an Madonna dari filem The Craft, sehinggalah pakaian kupu-kupu malam Julia Roberts dari filem Pretty Woman yang dikontras bijak dengan gaya GQ Richard Gere di dalam persalinan mewah Giorgio Armani (yang juga bertanggungjawab menata gaya Gere bagi filem American Gigolo). 

Semuanya bagaikan terpateri bukan sahaja di dalam minda, malah di dalam hati. 

Aku rasa diskusi tentang fesyen dari filem 90-an tidak akan lengkap jika filem yang satu ini tidak dibincangkan – Clueless

Pasti ada yang akan diss aku dan menganggap Clueless sebagai shallow

Namun gaya sexy school girl dalam uniform bercorak plaids kuning yang dipakai oleh Alicia Silverstone di dalam filem ini bagaikan sudah mencapai status ikonik, dan kerap kali ditiru oleh ramai artis pop dan hip hop masa kini seperti Iggy Azalea dan Arianna Grande.

Dari filem Clueless juga aku mula meminati seorang pereka fesyen yang boleh dianggap legenda di dalam industri fesyen dunia iaitu Azzedine Alaïa. 

Pada aku mudah, jika suatu filem itu dapat memberikan aku sebarang fashion knowledge, secara automatik aku anggap filem itu penting. - Getaran, 27 Mac 2021

Bersambung.

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 17 minit yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 20 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan