Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mewah dan Meriah di Nusa Dua, Bali

Kenali kawasan Nusa Dua di Bali, Indonesia yang memang sinonim sebagai kawasan yang menawarkan percutian berkonsep mewah buat para pengunjungnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2022 5:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya setelah lama ditunggu-tunggu, banyak sempadan antarabangsa kini sudah mula dibuka.

Buat kita warga negara Malaysia pasti ramai yang ingin bercuti ke luar negara, khasnya ke destinasi-destinasi berdekatan sekitar Asia Tenggara.

Antara negara jiran yang kerap menjadi pilihan percutian rakyat Malaysia sudah tentulah Indonesia.

Indonesia memang terkenal dengan pelbagai tempat wisata menarik dan pulau Bali antara yang sering menjadi pilihan ramai di negara itu.

Tersohor dengan pantai-pantai terindah, para pengunjung Bali lebih kerap ke kawasan seperti Kuta, Seminyak, Ubud dan sebagainya.

Ramai juga terlupa akan salah satu lagi kawasan kegemaran pelancong iaitu Nusa Dua.

Nusa Dua sinonim sebagai kawasan yang menawarkan percutian berkonsep mewah buat para pengunjungnya.

Walau bagaimanapun ia tetap mempunyai keindahan semulajadi di samping penginapan dan tempat-tempat yang menarik.

Kawasan Nusa Dua juga tidak terletak jauh dari lapangan terbang Denpasar, jadi ia sangat sesuai dijadikan kawasan penginapan buat mereka yang tidak mahu terburu-buru mengejar penerbangan.

Nusa Dua juga mempunyai banyak pantai-pantai indah untuk dinikmati oleh para pengunjung. Sambil menikmati keindahan matahari terbit atau terbenam bolehlah singgah di restoran-restoran di sekitar kawasan Nusa Dua.

Namun yang terkini dan paling unik di kawasan tersebut sekarang adalah Restoran Koral. Baru dibuka pada tahun 2019, ia merupakan restoran akuarium pertama di Bali yang menawarkan pengalaman makan di bawah air seolah-olah berada di bawah laut!

Selain makanannya yang halal dan lazat terdapat juga peluang untuk menyaksikan penyelam khas memberi ikan-ikan di dalam akuarium itu makanan sewaktu para tamu menjamu selera. Malah para tamu juga boleh mengambil gambar dari luar sewaktu para penyelam ini singgah di jendela akuarium anda! 

Seperti kebanyakan kawasan pantai berkeluasan besar, Nusa Dua juga kerap menjadi pilihan buat penganjuran acara dan majlis tertentu seperti perkahwinan, mesyuarat dan macam-macam lagi.

Bagi yang ingin mencuba sukan air juga ada aneka pilihan tersedia (seperti jetski, menyelam, sukan kanu dan macam-macam lagi). Nusa Dua juga mempunyai padang golf, serta laluan khas bagi mereka yang suka berlari serta bersenam.

Satu lagi aktiviti yang sinonim dengan Bali, sudah tentulah rawatan urut dan spa. Dan di Nusa Dua terdapat banyak tempat-tempat berkualiti tinggi yang menawarkan perkhidmatan profesional ini.

Untuk sedikit intaian budaya setempat, terdapat juga kuil atau Pura Gegar bagi mereka yang ingin melihat tempat ibadah masyarakat  Hindu setempat.

Andai tercari-cari tempat untuk menginap, terdapat ajnas penginapan mewah di situ. Apatah lagi buat mereka yang sukakan ruang penginapan yang lebih luas berbanding hotel-hotel biasa.

Antara yang paling menonjol merupakan penginapan di Apurva Kempinski Bali. Selain bilik yang luas dan cantik mereka juga mempunyai vila-vila mewah untuk penginapan seisi keluarga.

Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri

Ia juga terkenal dengan 250 anak tangga yang bermula dari atas kawasan lobinya hingga ke Kawasan kolam renang yang diilhamkan dari sebuah kuil air iaitu Pura Besakih (sekali imbas mirip anak tangga Batu Caves). Ia sering juga digunakan untuk persembahan.

Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri

Sebenarnya ada banyak lagi tarikan di kawasan Nusa Dua dan jelas terbukti ia memang satu destinasi pelancongan menarik yang harus diterokai oleh rakyat Malaysia sekiranya inginkan kelainan dari percutian pantai yang sudah sering dikunjungi. - Getaran, 22 Mei 2022.

* Sambungan internet penulis semasa berada di Indonesia dikuasakan oleh Roaming Man.

*Gambar dari Kempinski Bali kecuali tertera

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Hilang Di Pantai Batu Buruk Ditemukan Lemas

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah