Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penggemar Phadthai Mesti Jamu Selera Di Sini

Rakyat Malaysia dan makanan Thai berpisah tiada. Hidangan dari negara jiran itu sentiasa dekat di hati. Malah menjadi kegemaran ramai dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2022 9:02AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia dan makanan Thai berpisah tiada. Hidangan dari negara jiran itu sentiasa dekat di hati. Malah menjadi kegemaran ramai dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, makanan Thai sudah sebati dengan rakyat Malaysia dan mana mungkin ia boleh disingkirkan daripada senarai makanan kegemaran sepanjang zaman!

Antara menu yang menjadi buruan ramai ialah tomyam kelapa, kari hijau, som tam, paprik ayam atau daging, pad kra phaw, teh ais Thai, pulut mangga dan kastard labu.

Tidak ketinggalan ialah phadthai, kuetiau beras yang digoreng dengan telur, tauhu yang dicincang dan diperisakan dengan asam jawa, sos ikan, udang kering, bawang putih atau bawang merah, cili merah dan gula melaka, serta dihidangkan bersama hirisan limau nipis dan serbuk kacang panggang. 

Hidangan ini bukan sahaja popular di jalanan, tetapi ia juga mendapat tempat di restoran atau kafe yang menjanjikan pengalaman selesa ketika menjamu selera.

Jadi, jika anda merupakan salah seorang penggemar phadthai, ada lokasi selera yang mesti anda kunjungi, terutamanya jika anda tinggal di Lembah Klang, khususnya Kuala Lumpur.

Terletak di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur, Baan Phadthai yang berasal dari Bangkok, Thailand ini menyediakan pelbagai jenis phadthai yang boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.

Sama ada anda berselera besar atau kecil, pilihan yang menanti pasti membuatkan anda tersenyum.

Phadthai Kung Mae Nam Yang (udang galah sepit biru bakar)
Phadthai Kung Mae Nam Yang (udang galah sepit biru bakar)

Sesuai dengan nama restoran ini, Baan Phadtai, fokus utama rumah makan ini sudah pastilah kepada hidangan phadthai. Terdapat tujuh pilihan phadthai yang boleh anda pesan, daripada sayuran sehinggalah ke ketam biru dan udang galah sepit biru.

Tepuk dada, tanya selera.

Jika anda seorang vegetarian, Phadthai Jay (sayuran) pasti sudah mencukupi untuk anda memuaskan selera. Jika daging dan ayam lebih membuka selera, bolehlah mencuba Phadthai Nuea Yang (daging bakar) dan Phadthai Kai Yang (ayam bakar).

Phadthai Kai Yang
Phadthai Kai Yang

Baik ayam dan daging, kedua-duanya mempunyai tekstur mempesona. Cukup lembut dan berjus.

Bintang utama restoran ini sudah pastilah menjadi milik Phadthai Poo (ketam biru bakar), Phadthai Kung Mae Nam Yang (udang galah sepit biru bakar), Phadthai Jumbo Goong Mae Nam (udang galah sepit biru jumbo) dan Phadthai Jumbo Mud Crab (ketam nipah jumbo).

Keempat-empat hidangan ini sering menjadi pilihan ramai kerana ia menghidangkan ketam dan udang segar yang terkenal dengan kemanisan isinya.

Phadthai Jumbo Mud Crab (ketam nipah jumbo)
Phadthai Jumbo Mud Crab (ketam nipah jumbo)

Biarpun harganya sedikit mahal, tetapi percayalah anda tidak akan menyesal kerana saiz hidangan yang sampai ke meja bukannya sedikit. Malah, setiap suapan memberi sensasi rasa yang mencetuskan emosi gembira. 

 

Hidangan pembuka dan pemanis mulut tidak mengecewakan 

Selain phadthai, ada banyak lagi hidangan yang boleh anda cuba bersama teman-teman atau ahli keluarga. Tetapi bukan nasi. Tiada hidangan berasaskan nasi yang boleh anda pesan di sini.

Namun, ada hidangan pembuka selera dan pemanis mulut yang menanti. 

Sementara menunggu phadthai anda dimasak di dapur, apa kata anda cuba dua hidangan pembuka selera, Miang Khana dan Kai Tawt.

Miang Khana merupakan salad daun kale yang dibungkus bersama isi ayam, kacang tanah, sos udang manis dan juga cili padi. Sementara Kai Tawt adalah kepak ayam goreng yang dihidang bersama sos Thai istimewa.

Miang Khana
Miang Khana

Lengkapkan sesi menjamu selera anda dengan deretan hidangan pemanis mulut yang unik dan mungkin juga jarang ditemui di restoran-restoran Thai yang lain.

Baan Phadthai sememangnya bijak mengatur strategi bagi memastikan pelanggan yang pernah menjejakkan kaki ke restoran ini akan kembali lagi.

Sehingga hari ini penulis masih teringat-ingat dengan kelazatan Tub Tib Krob, manisan ruby water chestnut ini mempunyai aroma salai yang membangkitkan selera. Lebih penting lagi ia tidak terlalu manis, malah lemak santan juga terasa ringan di lidah.

Tub Tim Grob
Tub Tim Grob

Begitu juga dengan hidangan I-Tim Kati yang merupakan ais krim kelapa buatan sendiri yang dihidang bersama beberapa ‘topping’ aiskrim perisa Thai.

Sebagai info, Baan Phadthai Bangkok dianugerahkan ‘Bib Gourmand’ dalam Michelin Guide Bangkok yang julung-julung kali diadakan pada 2018, iaitu sejurus selepas pembukaannya.

Anugerah ini berjaya dipertahankan selama 5 tahun berturut-turut, lambang usaha dan dedikasi yang mereka berikan demi mempersembahkan hidangan phadthai terbaik.

“Selepas Taiwan dan Hong Kong, kami sangat gembira dapat membawa Baan Phadthai ke Malaysia, di lokasi yang paling meriah di Kuala Lumpur iaitu presint Connection, Pavilion KL.

“Baan Phadthai ialah restoran yang dianugerahkan Michelin berdasarkan keaslian, sos buatan sendiri dan bahan-bahan berkualiti tinggi. Sawadee Krap!” ujar pengasas Baan Phadthai Frederic Meyer dan Sasithari Meyer mengulas tentang pembukaan restoran ini baru-baru ini.

Jadi tunggu apa lagi? Silalah ke Baan Phadthai untuk menikmati sendiri kelazatan setiap hidangan. - Getaran, 14 Mei 2022

Gambar : Baan Phadthai / Rahayu Mat Nah

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu