web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Video TikTok Informatif Sempena Hari Bumi Sedunia

Sempena sambutan Hari Bumi Sedunia baru-baru ini ramai pencipta kandungan telah memuat naik aneka kandungan berkaitan penjagaan alam sekitar di pelbagai laman sosial.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 1:41PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rata-rata pengguna media sosial pasti sudah mengenali dan mungkin mempunyai akaun media sosial TikTok yang rancak berkembang sejak 2017. 

Ia adalah sebuah platform video yang membolehkan pengguna memuat naik pelbagai bentuk kandungan seperti bakat tarian, perkongsian cerita dan banyak lagi. 

TikTok dicipta oleh syarikat ByteDance Ltd yang berasal dari China. Kini bilangan penggunanya semakin meningkat dan sudah berjaya melahirkan ramai pencipta kandungan yang menarik. 

Platform ini berjaya menambat hati para pengguna untuk membuat perkongsian video seterusnya diikuti oleh orang ramai. 

Tambahan lagi, terdapat banyak tetapan yang sentiasa dikemas kini dan paling penting sekali, ia mesra pengguna serta percuma untuk digunakan.

Sempena sambutan Hari Bumi Sedunia baru-baru ini ramai pencipta kandungan telah memuat naik aneka kandungan berkaitan penjagaan alam sekitar di pelbagai laman sosial.

Hari ini kami berkongsi lima video TikTok yang menarik sempena Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April baru-baru ini.

Sisa Buangan Sifar (Zero Waste Malaysia)

Video ini dibuat untuk menyeru masyarakat mengurangkan sisa buangan sehingga ke tahap sifar dengan mengitar semula bahan tersebut untuk kegunaan lain.

Walaupun langkah mengurangkan sisa buangan ini dilihat masih memerlukan jangka masa yang lama untuk dilaksanakan sepenuhnya, namun terdapat beberapa video menarik sudah mula dikongsikan. 

Antaranya ialah, kaedah menggunakan straw atau penyedut yang diperbuat daripada pucuk muda batang pisang oleh TikTok @zerowastemalaysia. Ia adalah salah satu alternatif kepada penggunaan straw plastik yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. 

Video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 11,600 dan ini menjadi satu langkah permulaan yang baik. Selain itu terdapat juga perkongsian video di mana sisa pucuk sayur yang tidak digunakan lagi dikumpulkan dan diletakkan di atas pasu bunga kemudian dijadikan baja.

Tanam Sayur Sendiri

Tiada yang lebih memuaskan daripada mendapatkan sayuran atau buah-buahan yang segar dan terbaik untuk dimakan. Video seterusnya ini bertujuan menggalakkan masyarakat menanam sendiri sayuran atau buah-buahan di kawasan kediaman. 

Perkara ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi masyarakat untuk berbakti pada tanah dan sekali gus, menjimatkan wang.

Mungkin sesetengah individu merasakan prosesnya agak rumit untuk dilaksanakan. Akan tetapi perkongsian video daripada pemilik akaun TikTok @diyandgardenwithbibi menunjukkan cara untuk menanam dan membesarkan pokok daun ketumbar menggunakan benih dari rumah dengan mudah. 

Video ini mendapat sambutan yang baik sehingga mendapat 107,500 jumlah tonton. Jadi, setiap kali anda mahu menggunakan daun ketumbar dalam masakan, tidak perlulah anda ke kedai untuk membelinya lagi. 

Makanan Berasaskan Tumbuhan

Cara penyampaian video ini tidak banyak bezanya dengan video bercucuk tanam di atas. Namun, pemilik akaun ini, @eatwkriss lebih fokus kepada penyediaan makanan dan resipi berasaskan tumbuhan.

Pada asasnya cara penyediaan masakan di sini nampak seperti dikhaskan untuk golongan vegetarian, namun resipi-resipi yang ada sebenarnya cukup praktikal untuk semua orang.

Tambahan pula, sayur-sayur yang digunakan juga mudah untuk ditanam sendiri di halaman rumah seperti terung, cili dan seumpamanya. 

Luar biasanya, video cara pembuatan kimchi yang dimuat naik oleh @eatwkriss ini mendapat jumlah tontonan sehingga 2,500,000.

Fakta Menarik Tentang Bumi

Seterusnya adalah sebuah perkongsian berkenaan fakta menarik tentang Bumi daripada pemilik akaun TikTok @iqbalahyar. 

Ada pelbagai pendedahan fakta yang menjurus ke arah pengetahuan dalam dunia sains dan biologi di akaun ini.

Pemilik akaun TikTok ini menjadikan kempen Hari Bumi Sedunia bertambah meriah apabila dia mendekatkan diri bersama pengikut-pengikutnya dengan menjawab soalan yang dilontarkan. 

Antara video yang menghiburkan sehingga mendapat 601,700 jumlah tontonan ialah apabila Iqbal menjawab dengan memberikan jawapan kepada soalan pengikutnya, “Kenapa lipas tak pupus?"

Menggayakan Pakaian 'Preloved'

Akhir sekali ialah perkongsian video berkenaan dunia fesyen yang menjelaskan tentang penggunaan semula pakaian terpakai bagi mengurangkan sisa buangan dalam bentuk tekstil. 

Walaupun pakaian 'preloved' ini bukan pakaian baharu, tetapi dengan sentuhan fesyen dan gaya peragaan yang tepat, si pemakai tetap boleh menarik perhatian ramai. 

Ikutilah perkongsian fesyen yang dibuat menerusi akaun tiktok @okgostore ini. Siapa tahu, bukan saja perkongsian mereka mampu menjimatkan wang anda, malah menjadikan anda kelihatan lebih bergaya.

Malah baju dan seluar yang dipakai hasil daripada gabungan jenama yang berbeza juga menampakan ia bergaya dan elegan untuk dipakai. 

Semoga perkongsian video-video ini mendatangkan manfaat buat semua. - Getaran, 1 Mei 2022

Sumber: TikTok Malaysia

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh