web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramadan Merentasi Zaman Di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Dari 13 April sehingga 12 Mei di bulan Ramadan nanti, nikmati sajian yang merentasi zaman, sentuhan cef selebriti Dato' Fazley Yaakob di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan ini, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur meraikan kehadiran bulan puasa dengan aneka juadah menyelerakan dengan tema 'Sajian Merentasi Zaman.'

Digarap oleh salah seorang cef selebriti tersohor Malaysia Dato’ Fazley Yaakob, kesemua menu ini dihidangkan dengan hiasan ala kampung di masa lalu untuk menghidupkan lagi suasana tersebut.  

Setelah lama tidak dapat menikmati juadah berbuka puasa di restoran dan hotel ternama, sajian ini pasti akan menarik perhatian ramai pencinta makanan Melayu.

“Tahun ini adalah waktu yang terbaik untuk menjalinkan kembali hubungan erat bersama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati juadah berbuka puasa yang menyelerakan,” kata Pengurus Besar, Alex Porteous.

Menampilkan resepi kesayangan dari zaman kanak-kanak cef Dato’ Fazley, bulan ‘Sajian Merentasi Zaman’ ini bakal menghidangkan beberapa juadah tradisional Malaysia yang hebat. Ia meraikan ajnas ramuan warisan dari masa dahulu hingga kini.

“Buat saya memasak adalah satu kegiatan yang menenangkan dan diperturunkan dari zaman ke zaman dengan penuh kasih sayang. Dahulu nenek sayalah yang menurunkan kesemua keindahan ini jadi sekarang giliran saya untuk mewujudkan semula nikmat tersebut dan berkongsi dengan orang lain,” kata Fazley Yaakob.

Kenali kelazatan yang lahir dari nasi tumpang ayam bakar pasu, puyuh salai dan kulit mangga muda bakar, ikan sepat masin masak lemak cili api dengan buah cermai dan pucuk pegaga. Tersedia juga tempat memasak langsung untuk pemerhatian semua. 

Setiap keluarga yang hadir juga akan menerima sambal buatan asli ihsan pihak cef.

Tiada yang lebih indah daripada berkongsi juadah bersama sepanjang bulan puasa dan inilah peluang terbaik yang dapat kita rasai.

'Sajian Merentasi Zaman' di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur bermula 13 April sehingga 12 Mei 2021 di restoran milik mereka, Curate.

Harga bermula dari RM189 untuk dewasa dan RM94.50 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dari 13 hingga 18 April, manakala dari 19 April hingga 6 Mei, bayaran adalah RM 228 untuk dewasa dan RM 109 untuk kanak-kanak. - Getaran, 21 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Isu Pada

Transisi Tiz Zaqyah

20 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa