web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nehsan Selvaraj Harumkan Nama Malaysia Di Dubai

Pelukis kelahiran Malaysia ini menjadi rakyat Malaysia pertama yang terpilih untuk mempamerkan hasil seninya di Dubai International Financial Centre Art Night yang berlangsung pada penghujung Mac Lalu.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelukis kelahiran Malaysia, Nehsan Selvaraj, 24, telah mengharumkan nama Malaysia apabila telah terpilih untuk mempamerkan bakat seninya di ‘Dubai International Financial Centre  (DIFC) Art Night’ yang telah berlangsung di Dubai pada penghujung Mac lalu.

Lebih membanggakan, Nehsan Selvaraj adalah wakil pertama dari Malaysia yang diberikan penghormatan untuk mempamerkan hasil seninya di acara itu. 

‘DIFC Art Night’ ialah acara yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai dan kerajaan Dubai. Malam seni ini menampilkan seni, budaya dan hiburan yang unik yang dipersembahkan oleh artis dari seluruh dunia yang menetap di Dubai.

Idea acara ini adalah untuk menawarkan pengunjung pengalaman melihat sendiri secara eksklusif karya seni, arca dan persembahan baharu yang bertemakan ‘The Future Is Here”.

Tahun ini merupakan edisi ke-13 penganjuran DIFC Art Night dan setelah dua tahun mencuba nasib untuk mempersembahkan karya seninya di sini, akhirnya Nehsan Selvaraj telah diberi peluang pada tahun ini. 

Selepas melalui dua tahun yang mencabar, Nehsan tampil dengan karya seni luar biasa yang dipanggil Illusion Life dan Illusion Life 2 di mana karya-karya hebatnya ini telah menarik perhatian penganjur. 

Kedua-dua karya hebat ini telah diilhamkan oleh ‘Navarasam’, sembilan emosi iaitu cinta, kegembiraan, keajaiban, keberanian, kedamaian, kesedihan, kemarahan, ketakutan serta jijik. Ia adalah emosi asas yang akan dialami oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka.

Warna yang lebih terang menunjukkan emosi yang sihat dan positif seperti cinta, ketawa, keserasian dan sebagainya. 

Mempunyai emosi yang sihat dan positif menjadikan anda lebih bersinar. Dan emosi ini dipamerkan menerusi bintik-bintik emas di seluruh karya seni ini. 

Manakala warna yang lebih gelap pula menggambarkan kesedihan, kemurungan, kesunyian dan rasa takut. Tetapi dalam kehidupan, kita sentiasa berusaha untuk mencari sisi yang lebih cerah. 

Ini adalah fitrah manusia. Apa yang kita lihat mungkin bukan kebenaran yang sepenuhnya. Apa yang kita tidak tahu mungkin menjadi petunjuk hidup kita. Ini adalah ilusi dan inilah yang menghidupkan kehidupan. 

Menurut Nehsan, dia mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk menyiapkan sepenuhnya karya-karya ini.

Antara cabaran yang dilalui untuk menghasilkan karya ini adalah untuk memasukkan semua elemen emosi dalam semua lukisan kerana ia perlu dilakukan dalam beberapa lapisan dan menuntut kesabaran yang tinggi untuk melakukannya. 

Cat akrilik dan daun emas adalah antara bahan campuran yang digunakan untuk mencipta seni yang menakjubkan ini di atas kanvas. 

Usaha dan dedikasi yang telah dilaburkan Nehsan dalam menghidupkan seni ini telah menjadikan hasilnya indah dan menjadi salah satu karya agungnya. 

Malah pemuda ini juga sentiasa mencari cara untuk membanggakan rakyat Malaysia ke mana sahaja dia pergi.

Untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai karya-karya Nehsan Selvaraj, anda boleh lawati laman sesawang rasminya di www.nehsanselvaraj.com. - Getaran, 17 April 2022

Gambar : Nehsan Selvaraj

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dubai Buat Si Pertama Kali, Tarikan Anda Patut Pergi

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Faiz Haizat Raih Emas Di Dubai

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Banjir Landa Dubai

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas