Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Coach Eddy : Bicara Kecergasan Dan Menjadi Buruan Selebriti

Jejaka kacak ini sering menjadi pilihan selebriti untuk menjadi jurulatih kecergasan mereka. TARA berkongsi cerita tentang kesihatan tubuh serta impian Coach Eddy Syamin.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 9:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tall, dark and handsome! Itu adalah frasa yang paling tepat untuk menggambarkan our cover guy minggu ini. 

Jejaka berusia 27 tahun ini merupakan seorang jurulatih kecergasan yang popular di Instagram dan menjadi rebutan selebriti ternama untuk dijadikan sebagai jurulatih kecergasan peribadi mereka.

Jadualnya yang padat menyebabkan kami terpaksa melakukan sesi penggambaran wajah hadapan TARA minggu ini pada sebelah malam. 

Ya, ini kali pertama sidang redaksi kami melakukan sesi penggambaran di waktu malam!

Pada waktu itu, Coach Eddy baru sahaja tamat tempoh kuarantin selepas disahkan positif wabak COVID-19. 

Isterinya pula perlu berjauhan selama sebulan kerana perlu menghadiri kursus. Tinggallah Eddy bersama anak perempuan kesayangannya yang baru sahaja menginjak usia satu tahun.

Sorry, my body is not really in a good shape kerana terpaksa bercuti dari bersenam sewaktu dijangkiti COVID-19,” katanya saat kami mahu mulakan penggambaran.

Namun kata pemilik nama Eddy Syamin ini dia hanya memerlukan waktu seminggu sahaja untuk mencantikkan kembali 8 packs yang ada di tubuh sasanya. 

Sebenarnya sudah lama saya mengenali jejaka kelahiran Kedah ini di media sosial. Dia memang aktif dalam sukan olahraga. Malah Eddy merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari UiTM.

“Saya memang meminati bidang sukan dan kecergasan sejak sekolah rendah lagi. Mungkin jawapan ini kedengaran klise.  Bila dah masuk sekolah menengah minat tu makin mendalam sehinggalah saya menyertai sesi latihan elit iaitu latihan untuk menjadi atlet negara. 

“Oleh kerana minat yang amat mendalam dengan acara sukan dan telah melalui sesi latihan profesional, jadi saya fikir satu hari nanti saya mahu kongsikan apa yang telah saya pelajari dan mengajar lebih ramai orang di luar sana untuk mencapai fitness goals masing-masing. 

“Saya mempunyai ramai jurulatih, tetapi saya mahu beri kredit kepada Coach Simon kerana betapa bagusnya latihan yang dia berikan dan juga cara dia mengambil berat terhadap anak didiknya.

“Dialah yang banyak membentuk diri saya sebagai seorang jurulatih hari ini,” katanya yang sudah tujuh tahun bergelar jurulatih kecergasan secara profesional.

 

Buruan Selebriti

Jika anda merupakan salah seorang daripada pengikut akaun Instagramnya, pasti ada akan perasaan Eddy banyak melatih selebriti terkenal di Malaysia sejak mula berkecimpung dalam bidang ini. 

Antara nama-nama besar yang mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih peribadi ialah Erra Fazira, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Datuk Jovian Mandagie, Nazim Othman dan ramai lagi pelanggan yang berprofil tinggi. 

“Tak adalah ramai, tetapi adalah beberapa orang. Tidak semua yang saya boleh kongsikan di media sosial. Sebagai seorang jurulatih, bagi saya protecting your client’s confidentiality adalah nombor satu untuk menjadi seorang jurulatih kecergasan yang dihormati.

“Sekarang ni, rasanya ramai sudah tahu saya sedang melatih primadona Malaya kita, Erra Fazira. 

“Sebelum ni saya pernah melatih beberapa selebriti tempatan dan antara kenangan manis adalah apabila saya berkesempatan bekerjasama dengan Datuk Aliff Syukri untuk program kecergasan yang beliau naungi pada tahun 2018,” katanya.

Soal saya padanya lagi, adakah sukar untuk melatih selebriti-selebriti yang berprofil tinggi kerana pasti ada garis sempadan yang harus dijaga. 

“Sebenarnya baik selebriti ataupun orang biasa, tiada cabaran yang khusus. Mereka seperti orang biasa yang ada fitness goals masing masing. Cuma kalau ada satu kekangan, ia adalah masa. 

“Kadang-kadang selebriti ini ada penggambaran dan pelbagai aktiviti seni. Ketika ada penggambaran, itulah saat mencabar sebab nak susun jadual itu agak payah kerana masa mereka sudah tak menentu.

“Bayangkan sudah buat latihan secara konsisten selama sebulan, kemudian terpaksa masuk set penggambaran selama satu hingga ke dua minggu. 

“Nak mulakan balik sesi latihan boleh jadi liat sikit. Tetapi perkara itu sebenarnya adalah normal untuk semua orang bukan untuk selebriti sahaja,” ujarnya.  

 

Perihal Garang

Sejujurnya, saya pernah melihat dengan mata sendiri bagaimana Eddy melatih para pelatihnya satu ketika dahulu. 

Dari situ saya lihat dia seorang sangat tegas dan agak sedikit garang sewaktu bekerja. Lantas soalan itu saya ajukan kepadanya. 

“Setiap pelanggan saya ada pelbagai ragam. Dan sesi latihan kecergasan ini bukan boleh diadaptasi dengan cara yang sama untuk semua orang. 

“Untuk latihan peribadi, biasanya saya akan tanya terus kepada pelanggan cara bagaimana yang mereka mahu sama ada nak saya push atau nak secara santai. 

“Tetapi kalau dalam sesi kelas, saya biasanya akan cuba jadikan ia lebih fun sebab biasanya yang sertai kelas ini nak beriadah dan lepaskan tekanan sambil amalkan gaya hidup sihat. 

“Tetapi anda akan lihat sisi garang saya apabila saya tengok ada pelanggan yang belum cuba lagi pun dah give up! Yang ini memang saya akan jadi cikgu disiplin. 

“Bagi saya biar kalah mencuba. Sebagai seorang jurulatih, kita tahu situasi sama ada orang itu boleh buat ataupun tidak. 

 

Tentang Stigma

Mungkin ramai yang akan beranggapan seorang jurulatih kecergasan akan mendapat bentuk tubuh idaman dengan mudah kerana masa sering dihabiskan di untuk bersenam. Namun kata Eddy ia tidak semudah yang disangka.

“‘Dia senanglah jaga badan, dia fitness trainer.’ Ramai cakap as fitness coaches, we have it easy. Ya, memang kita ada banyak masa dan boleh workout

“Tetapi progression, 80% datangnya daripada makanan. Untuk seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, kalau tak cukup makan ataupun waktu makan berubah, kebanyakan jurulatih boleh hilang otot ataupun hilang bentuk fizikal mereka,” ceritanya.

Tidak dinafikan jadual Eddy sangat padat. Untuk mendapatkan bagi sesi penggambaran sahaja kami perlu aturkan beberapa kali. Belum dicampur sesi wawancara. 

Selain sibuk dengan tugas sebagai jurulatih, Eddy juga kini sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Pendidikan Jasmani. 

Jadi bagaimana agaknya dia membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan pelajaran?

“Saya percaya kepada pepatah we are never too busy to achieve things in life. Kita semua ada cita-cita dan matlamat hidup masing-masing. 

“Apabila kita nak sesuatu percayalah masa itu akan teratur dengan sendirinya. Mungkin masa untuk saya melepak di kedai mamak atau kedai kopi hipster akan berkurang, tetapi insha-Allah lagi tiga tahun lepas saya dapat Masters, at least I know I’ve done myself and my family proud!” katanya. 

 

Bakal Terjun Ke Bidang Lakonan

Sewaktu sesi menata rias bersama jurusolek Elmanda Zuhairy, kami berdua setuju bahawa wajah Eddy sekali imbas persis aktor terkenal, Remy Ishak.  

Lantas Eddy menjawab ramai orang yang berkata seperti itu kepadanya. Namun mereka berdua tiada talian darah di antara satu sama lain. 

Melihatkan rupanya yang cukup pakej untuk bergelar seorang selebriti, lantas saya bertanya kenapa dia tidak menjadi pelakon sahaja mahupun model. Pastinya mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan. 

“Ramai yang tak tahu perkara ini, saya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon. Dulu masa belajar, saya ada buat part time untuk jaga wardrobe.  

“Bila tengok orang berlakon rasa macam, eh aku rasa boleh buat. Cuma dulu saya sibuk dengan jadual latihan olahraga dan ketika itu keutamaan saya adalah untuk mengharumkan nama negara di arena sukan. 

“Tetapi saya nak kongsikan dengan TARA bahawa tidak lama lagi impian saya untuk bergelar pelakon akan tercapai. 

“Saya telah mendapat tawaran untuk membintangi sebuah drama. Alhamdulillah, pengarah drama yang bakal bekerjasama dengan saya menghubungi saya di media sosial. 

Then we met up for a short interview, alhamdulillah saya dapat peluang untuk mencuba sebagai seorang pelakon pembantu,” kongsinya teruja. 

Soal saya padanya adakah selepas ini dia akan terus serius sebagai seorang pelakon, kata Eddy dia tidak mahu menafikan peluang yang datang kepada.

“Bagi saya kalau ada rezeki dan peluang yang bersesuaian, saya mahu mencuba,” jawabnya. 

 

Gangguan Seksual 

Sebagai figura yang punya sosok tubuh menawan dan berkecimpung dengan kerjaya yang melibatkan kecergasan tubuh, pasti seseorang sepertinya tidak terlepas daripada gangguan berbaur nakal ataupun seksual. 

Namun kata Eddy ianya berbalik kepada bagaimana pembawakan diri tatkala berdepan dengan orang di persekitaran. 

“Saya sentiasa mencuba yang terbaik untuk menjadi seorang jurulatih yang friendly tetapi saya akan set professional boundaries dengan pelajar ataupun pelanggan saya. 

“Alhamdulillah, saya tidak ada pengalaman yang boleh saya kategorikan sebagai gangguan seksual yang serius. 

Since we are on this topic, saya nak tegaskan bahawa gangguan seksual ni tiada batasan, lelaki atau perempuan, seksi ataupun sederhana, it can happen to anyone, in any situation. 

“Apabila anda berasa tak selesa dengan sesuatu tindakan ataupun komen yang berbaur seksual, you have to express it and tell them to stop!” tegasnya.

 

Tip Untuk Newbie

Kerjaya sebagai jurulatih kecergasan semakin mendapat tempat, mungkin kerana sudah ramai orang yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat. 

Ditanya apakah tip terbaik yang boleh diberikan kepada mereka yang mahu memilih bidang ini sebagai kerjaya, kata Eddy jangan pernah berhenti belajar. 

“Saya rasa terdapat ramai lagi jurulatih kecergasan yang jauh lebih baik dari saya dan saya tidak rasa saya adalah insan terbaik untuk memberikan tip. 

“Tetapi kalau ada satu petua yang saya sentiasa pegang bila menjadi jurulatih kecergasan ini adalah, listen more and learning has no ceiling

“Saya sentiasa mendengar maklum balas ataupun perkongsian hampir daripada semua orang, tidak kira pelanggan ataupun jurulatih yang lain. 

“Memang benar sebagai seorang jurulatih, kita punya skil teknikal tersendiri, tetapi at the end of the day, coaching is a social science

“Anda perlukan manusia untuk beritahu anda apakah masalah mereka dan adakah solusi yang anda berikan itu berkesan ataupun tidak. 

“Bagi mereka yang Ingin mendapatkan tubuh yang sihat dan cantik pula, nasihat saya mudah. Kenali tubuh badan anda. 

“Fahami definisi tubuh cantik ataupun fitness goal anda. Makan apa yang bersesuaian dengan fitness goal anda. 

“Berpeluh dan bergerak. Dan yang paling penting sekali, have fun in your journey and throughout the process. Join a community that pushes you!

 

Di Sebalik Wajah TARA - Getaran

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks & Penyelaras : Helmi Anuar

Suntingan : Ili Farhana

Penata Gaya & Arahan Seni : Helmi Anuar

Jurufoto : Syeda Imran

Juruvideo : Muharram Kasim

Jurusolek : EL Manda Zuhairy 

Reka Letak : Abdul Hanif Zahari

Pakaian : Jaket jingga dan hijau (Neonate)

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini