Berita Terkini

3 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Zuriati Pelukis Wanita Kontemporari Tanah Air

Zuriati yang mengajar di UiTM Shah Alam dalam bidang seni visual ini juga merupakan pengasas kepada sebuah kumpulan pelukis wanita yang dikenali sebagai Lakar Wanita.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 8:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zuriati Mohamed Shaari merupakan seorang pensyarah dan pengkarya wanita yang sering melakukan pelbagai aktiviti seni di Lembah Klang. Zuriati yang mengajar di UiTM Shah Alam dalam bidang seni visual ini juga merupakan pengasas kepada sebuah kumpulan pelukis wanita yang dikenali sebagai Lakar Wanita.

Kumpulan ini terbentuk pada tahun 2015 dan ia lahir dari kecintaan kepada aktiviti seni seperti melukis, bertukar-tukar pandangan serta mendidik para pencinta dunia seni lukis dengan mengadakan bengkel pada mereka yang berminat.

Aktiviti berkaryanya pula bukan sekadar hobi mengisi waktu senggang tetapi ia merupakan suatu luahan rasa, perasaan, pengalaman, emosi dan pelbagai lagi. Justeru itu apabila segala jenis perasaan ini divisualkan  maka terhasilah karya yang menjadi ‘diari’ dalam bentuk tampak.

Zuriati Mohamed Shaari
Zuriati Mohamed Shaari

Atas dasar itulah Zuriati menubuhkan kumpulan Lakar Wanita agar luahan perasaan tersebut dapat dipamerkan kepada umum. Pameran sulung kumpulan ini telah berjaya diadakan pada tahun 2016 di Galeri Shah Alam.

Sejak dari itu Lakar Wanita terus aktif dan konsisten dalam berkarya dan berpameran. Kumpulan ini mengadakan pameran setiap tahun di pelbagai galeri di samping menerbitkan katalog penulisan yang mempunyai indeks ISBN setiap dua tahun.

Tetapi setelah enam tahun penubuhan, Zuriati ingin menjenamakan semula matlamat penubuhan kumpulan ini dengan menjadikannya satu kumpulan academic practise researcher di mana setiap seniman akan menghasilkan karya berdasarkan kajian yang terperinci berserta pendokumentasian secara sistematik.

Lakar Wanita bukan hanya dirujuk sebagai pengkarya tetapi juga sebagai pengkaji yang boleh berkongsi ilmu dengan masyarakat terutama para pelajar atau penggiat seni yang lain.

 

Jauh Berjalan Luas Pengalaman

Zuriati yang lahir  di Kuala Lumpur mendapat pendidikan seni di UiTM Shah Alam  dalam  bidang Seni Reka Tekstil. Setelah itu Zuriati berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Seni Halus di University of Tasmania, Australia.

Sebagai pelajar tajaan UiTM, Zuriati memberitahu bahawa kehidupan di sana agak sukar kerana kekangan kewangan. Disebabkan itu jugalah dia terpaksa berpindah rumah sebanyak tiga kali bagi memastikan kedudukan tempat tinggalnya lebih dekat dengan kampus agar dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

Zuriati menyatakan bahawa kampus utama universiti terletak di bandar Hobart iaitu ibu negeri Tasmania. Manakala dia pula belajar di cawangan lain iaitu di School of Design and Performing Art,  Newnham, Launceston, kira-kira 45 minit dari kampus utama.

Apa yang menarik tentang kejiranan ini ialah kesemua penghuninya saling mengenali diantara satu sama lain kerana pekannya kecil dan mereka juga sering bertegur sapa. Ini berbeza dengan bandar Sydney atau Melbourne di mana semua orang sibuk dengan urusan sendiri.

Di kampus, Zuriati berpeluang untuk bertemu dan berdiskusi dengan ramai pelajar yang terdiri dari pelbagai negara. Melalui pergaulan ini, Zuriati menyedari bahawa pelajar dari benua Asia memiliki beberapa kelebihan yang tersendiri seperti mempunyai kemahiran melukis yang mengagumkan serta lebih rajin.

Buat pelajar tempatan pula Zuriati berpendapat bahawa mereka ini lebih petah berhujah dan pandai menganalisis sesuatu isu dengan kritis.

Sebagai pelajar seni, antara aktiviti yang sering ditunggu-tunggu adalah sesi kritik. Sesi ini akan dihadiri oleh semua pelajar tanpa mengira peringkat pengajian kerana apa yang penting adalah bertukar buah fikiran di samping merencana idea dan maklumat.

Sesi ini juga sangat mesra, terbuka dan profesional. Tidak ada kata-kata yang menyindir, memerli mahupun memperlekehkan hasil kerja pelajar sebaliknya pelajar disuntik dengan kata-kata positif dan membina.

Aktiviti ini sangat berbeza dengan di Malaysia di mana sesi kritik sering diadakan dalam keadaan menakutkan dan tertekan selain akan ‘dihentam’ teruk oleh para pensyarah.

Sistem pendidikan di Australia juga berbeza di mana jika seseorang pelajar itu belum bersedia, maka sesi pembentangan tidak akan dilakukan bagi mengelakkan kegagalan kepada pelajar tersebut.

 

Karya Kreatif

Nasib Kerbau dan Akal Kancil
Nasib Kerbau dan Akal Kancil

Kedua-dua karya di atas adalah adaptasi dari kisah dalam buku Kumpulan Cerita Sang Kancil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2015. Kisah Sang Kancil Menolong Kerbau ini memerihalkan tentang bagaimana Sang Kancil menggunakan kebijaksanaannya dengan membuat helah terhadap Sang Buaya untuk melepaskan Sang Kerbau dari dibahamnya.

Banyak teladan yang dapat diperolehi dari kisah ini, antaranya berterima kasih kepada pihak yang pernah memberi pertolongan kepada kita serta sentiasa berwaspada terhadap musuh dan gunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Manipulasi Buah Jambu
Manipulasi Buah Jambu

Karya ini adalah inspirasi dari kisah Sang Kancil Membilang Buaya. Kisah ini menceritakan bagaimana Sang Kancil telah menjadikan sekumpulan buaya di dalam sungai titi bagi membolehkan Sang Kancil menyeberang sungai dengan selamat untuk makan buah jambu.

Kebijaksanaan Sang Kancil memperdaya buaya-buaya ini diibaratkan sebagai isu manipulasi yang sering terjadi pada masa kini.

Contohnya dalam masyarakat, berlakunya kegiatan scammer  di mana ramai yang terpedaya dengan janji manis dan akhirnya tertipu dengan menyerahkan wang ringgit, maruah, harta benda dan lain-lain lagi akibat terlalu percaya dan ingin mendapat pulangan yang lumayan. - Getaran, 13 Mac 2022

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 10 bulan yang lalu

Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

2

Budaya 1 tahun yang lalu

RM100,000 Menanti Pemenang Pertandingan Lukisan POY 2022!

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Galeri G13 Terus Teguh Pamerkan Seni Visual Seniman Muda Dan Senior 

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bekas Pemain Ragbi Kebangsaan 'Doc Malan' Meninggal Dunia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok