web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pemain Ragbi Kebangsaan 'Doc Malan' Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 12:43PM

Mazlan Ismail - Gambar dari Facebook Mazlan Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain ragbi kebangsaan Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Allahyarham, 38, merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, meninggalkan seorang isteri Azlina Mohd Ariff, 44.

Adik Allahyarham Muhammad Naimmi Ismail, 31, ketika dihubungi Bernama memaklumkan, jenazahnya akan dikebumikan di Taiping, Perak selepas solat Asar hari ini.

“Allahyarham telah menerima rawatan di hospital sejak Januari lepas selepas kesihatannya merosot, pihak hospital juga memberitahu keluarga kami bahawa arwah kena serangan jantung minggu lepas.

“Allahyarham merupakan seorang yang sangat komited dan tegas dalam kerjanya. Walaupun telah lama meninggalkan dunia ragbi, namun Allahyarham masih aktif dengan sukan kegemarannya itu, apabila sering bermain dan memberi tips berkaitan psikologi kepada ahli kelab ragbi Cobra Malaysia,” katanya.

Allahyarham yang terkenal dengan jolokan ‘Doc Malan’ dalam komuniti ragbi tanah air pernah mewakili negara bersama pasukan ragbi 7 sebelah di Sukan Komanwel di Manchester, England pada 2002 dan Sukan Asia Busan di Korea Selatan pada tahun sama, selain pernah menyarung jersi skuad 15 sebelah negara.

Sementara itu, Kesatuan Ragbi Malaysia  dalam satu kenyataan merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian Mazlan sebagai kehilangan besar bagi sukan ragbi dan dunia akademik negara.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di lapangkan kuburnya serta ditempatkan bersama hambanya yang bertaqwa di syuhada,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Wartawan Sambilan Terlantar Terima Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

2

Sukan 2 tahun yang lalu

2 Pengadil Jemputan Luar Negara Adili Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Norazam Dibenarkan Pulang Ke Rumah, Jalankan Tugas Ringan Pantau Misi SAR

4

Semasa 3 tahun yang lalu

IGP Lawat Norazam Di Hospital

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini