Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hotel Tergantung Cabar Keberanian, Janji Panorama Memukau

Hotel mewah, selesa dan menawarkan keindahan alam sudah pastinya termasuk di dalam senarai pilihan anda. Namun, pernahkan anda mencabar diri dengan menginap di hotel tergantung?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Mar 2022 4:15PM

Gambar: Booking.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melancong dan mengembara sentiasa menjanjikan satu pengalaman baru dan tidak ternilai. Selalunya apabila merancang percutian, apakah jenis penginapan yang diidamkan? 

Hotel mewah, selesa dan menawarkan keindahan alam sudah pastinya termasuk di dalam senarai pilihan anda. Namun, pernahkah anda mencabar diri dengan menginap di hotel tergantung? 

Benar, agak menggerunkan bagi sesetengah orang, tetapi panorama alam memukau menanti di depan mata.

2022 ini cubalah lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Jika sudah sedia mengembara ke luar negara, ini dua hotel tergantung yang boleh anda jejaki. 

 

Skylodge Adventure Suites, Peru

Gambar : Booking.com
Gambar : Booking.com

Terletak di Sacred Valley of Cuzco, Peru, Skylodge Adventure Suites yang eksklusif menawarkan peluang untuk tidur di dalam bilik tidur tergantung yang lutsinar sepenuhnya.

Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada tetamu untuk menghayati pemandangan menakjubkan lembah ajaib dan mistik ini.

Tebing tinggi yang terletak kira-kira 1,200 meter dari permukaan laut ini memerlukan tetamu mendaki meter melalui ‘via ferrata’ atau memberanikan diri melakukan zipline untuk bermalam di sini. 

Tanpa keberanian, impian hanya tinggal impian. Inilah masanya untuk anda menawan getaran adrenalin.

Satu malam di tempat ini akan menjadikan impian anda kenyataan. Hanya pakej dua hari, satu malam yang dijual di Skylodge Adventure Suites. 

Pakej yang berharga kira-kira USD450 (sekitar RM1,880) untuk seorang ini termasuklah sarapan pagi dan makan malam, pengangkutan dari Cuzco dan pemandu profesional. 

Mula dibuka pada Jun 2013, resort unik dan pertama di dunia ini terdiri daripada tiga suite kapsul eksklusif dengan jumlah kapasiti 8 orang. 

Suite kapsul lutsinar tergantung dibina daripada aluminium aeroangkasa dan polikarbonat tahan cuaca. Setiap suite dilengkapi dengan katil, ruang makan dan bilik mandi peribadi. 

Berukuran sekitar 7 meter panjang dan 2 meter tinggi dan lebar, suite kapsul terdiri daripada enam tingkap dan empat saluran pengudaraan yang memastikan suasana selesa.

Keselamatan tetamu sangat diutama, jadi terdapat sebuah portal keluar yang terletak di bahagian atas kapsul.

Reka bentuk dan ciri setiap suite menjanjikan keselesaan dan perkhidmatan kelas pertama. Sistem pencahayaan alternatif terdiri daripada empat lampu dalaman dan lampu bacaan yang semuanya dikuasakan oleh panel solar yang menyimpan tenaga dalam bateri. 

Kapsul itu juga mempunyai tirai untuk privasi, tilam berkualiti bagus, cadar kapas, bantal bulu dan selimut bagi memastikan malam yang hangat dan menyenangkan pada ketinggian 400 meter dari tanah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari naturavive.com .

 

Padjajaran Anyar Skylodge, Indonesia

Gambar : @skylodge.indonesia
Gambar : @skylodge.indonesia

Hotel tergantung pertama di Asia ini terletak di Purwakarta, Indonesia, kira-kira dua jam perjalanan dari Jakarta. Kapsul-kapsul lutsinar ini tergantung di Gunung Parang dan  mula menerima tetamu pada 2017 lalu. 

Berada pada ketinggian kira-kira 500 meter di atas permukaan laut, Padjajaran Anyar Skylodge juga tidak kalah dengan pemandangan alam yang mengasyikkan.

Setiap bilik berkeluasan 3x5 meter dan ia dilengkapi dengan pendingin hawa, katil, televisyen, cerek, ketuhar gelombang mikro, kemudahan tandas dan sinki. Malah, pengunjung juga dibekalkan dengan ‘handy walkie-talkie’. 

Untuk sampai ke kapsul yang ditempah memerlukan ‘perjuangan’ yang menuntut kekuatan fizikal dan mental. Anda perlu memanjat tebing dan lakukan zipline yang mengambil masa kira-kira satu jam. Tiada jalan potong. 

Tentang keselamatan, jangan bimbang, keselamatan pengunjung selama pendakian akan dijamin. Sebelum pendakian, pengunjung akan dipakaikan dengan kelengkapan keselamatan untuk mendaki dan seorang pemandu akan menemani sepanjang pendakian itu. 

Ketika mendaki, ambillah masa melihat keindahan kawasan pergunungan. Satu lagi fakta yang ada harus tahu ialah seorang pemandu akan mengawasi anda selama 24 jam dengan mendirikan khemah pada ketinggian 200 meter dari permukaan laut. 

Untuk mendapatkan sebarang bantuan, gunakan walkie-talkie yang dibekalkan.

Skylodge Padjajaran Anyar disebut-sebut sebagai yang tertinggi di dunia kerana Skylodge Adventure Suites, Peru hanya berada di ketinggian 400 meter dari paras laut. 

Bermalam di sini bermakna anda akan dihidangkan dengan panorama alam desa Purwakarta dan Gunung Parang yang tiada duanya. Pengalaman yang dikecapi pasti tidak mungkin boleh dilupakan.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti resort tergantung ini di @skylodge.indonesia - Getaran, 6 Mac 2022 

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: KPU Umum Pengundian Tambahan Di 668 Pusat Pengundian

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang