Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keputusan Pemenang AJL Yang Mencetuskan Kontroversi

Adat pertandingan pasti ada yang menang dan kalah. Namun tidak semua keputusan terbaik itu diterima secara terbuka oleh penonton. Anugerah Juara Lagu tidak terlepas daripada kontroversi ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 1:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini Malaysia bakal menyaksikan sebuah lagi lagu bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di TV3.

Saban tahun sejak dari era 80-an lagi, peminat seni muzik tanah air menanti acara yang penuh berprestij ini kerana inilah acara yang meraikan komposer, penulis lirik dan penyanyi yang masih relevan sehingga ke hari ini.

36 edisi sudah diterbitkan, maknanya sudah ada lebih daripada 30 buah lagu yang dinobatkan sebagai lagu terbaik setiap tahun. 

AJL telah melalui pelbagai revolusi sejak empat dekad yang lalu. Pelbagai jenis genre lagu telah diangkat ke tahap yang tertinggi. Bukan sekadar mengiktiraf lagu, AJL juga turut menjadi medan untuk setiap penyanyi yang bertanding mempamerkan kebolehan mereka dari segi vokal dan juga persembahan kerana dua anugerah bagi kategori ini turut menjadi rebutan setiap peserta yang bertanding. 

Adat pertandingan, pasti ada yang menang dan kalah. AJL juga tidak terlepas dari kontroversi usai selesai pertandingan kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad dari barisan juri profesional yang mengadili setiap lagu. 

Masih penulis ingat sewaktu AJL edisi ke-17 pada tahun 2003 apabila lagu 'Nirmala' ciptaan Allahyarham Pak Ngah dan lirik oleh Ce’ Kem dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertanding dalam kategori Etnik Kreatif gagal meraih anugerah Juara Lagu dan tewas kepada lagu 'Keliru' ciptaan Aidit Alfian dendangan Nurul dan Ajai yang bertanding dalam ketegori Pop Rock. 

Keputusan AJL pada edisi itu menjadi topik hangat selama beberapa minggu di media cetak dan media elektronik. Lantas ketelusan pihak penerbitan serta kredibiliti barisan juri menjadi bahan pertikaian.

Barisan juri yang terlibat dalam AJL17 pula terdiri daripada mereka yang berprolifik seperti Datuk M. Nasir, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Datuk Habsah Hassan, Ahmad Izham Omar, Datuk Aishah, Khairil Johari Johar, Datuk Freddie Fernandez, Khadijah Hashim dan diketuai oleh Datuk Johari Salleh. 

Pelbagai spekulasi mula tercetus dek keputusan yang memeranjatkan ramai itu. Lagu 'Nirmala' sememangnya menjadi ramalan ramai untuk bergelar juara. Malah Arwah Pak Ngah sendiri pernah mengakui bahawa lagu 'Nirmala' adalah karya teragungnya.

AJL edisi ke-20 pada tahun 2006 menyaksikan lagu 'Gemilang' ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Asmin Mudin dendangan juara Malaysia Idol yang pertama iaitu Jaclyn Victor dijulang sebagai juara.

Biarpun persembahan Jaclyn pada malam itu mendapat pujian ramai kerana kemantapan vokalnya, namun kemenangan lagu ini turut menjadi pertikaian ramai dek liriknya yang dikatakan tidak cukup kuat untuk dijulang sebagai juara.

Tambahan pula lagu 'Awan Yang Terpilu' dendangan Ning Baizura tewas kepada lagu 'Gemilang' sedangkan lagu ini telah memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun yang sama. 

Kemenangan Ana Raffali menerusi lagu 'Tolong Ingatkan Aku' pada AJL ke-25 pada tahun 2011 telah mengejutkan satu Malaysia. Ana merupakan penyanyi, komposer dan penulis lirik lagu ini. 

Ketika ini zaman media sosial sudah bermula, jadi ramai netizen sudah mula berperang di alam maya menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing dengan keputusan juri untuk AJL edisi ini.

Pada AJL ke 25 ini, Ana berentap bersama dengan penyanyi-penyanyi handalan lain seperti Faizal Tahir yang mempertaruhkan lagu 'Hanyut', Yuna dengan lagu 'Cinta Sempurna', Adira dengan 'Ku Ada Kamu', Black dengan 'Sofea Jane', Hafiz dengan 'Noktah Cinta', Shahir dengan 'Kebahagian Dalam Perpisahan' dan ramai lagi. 

Selain kemenangan Juara Lagu yang menjadi pertikaian, satu lagi anugerah yang pernah dipertikai ramai apabila penyanyi yang selayaknya menang tetapi tewas iaitu Anugerah Vokal Terbaik.

Pada AJL edisi ke-34, Ernie Zakri yang menyampaikan lagu 'Ku Bersuara' tewas bagi kategori Vokal Terbaik kepada Hafiz Suip. Kekalahan ini sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak terutamanya peminat Ernie.

Ramai yang berpendapat vokal Ernie sungguh sempurna pada malam itu. Malah video persembahannya di AJL pada malam itu mendapat pelbagai reaksi di YouTube oleh YouTuber di serata dunia yang kagum dengan lontaran vokalnya. 

Dengan AJL edisi ke -6 yang akan berlangsung pada malam ini, adakah kita bakal menyaksikan satu lagi kontroversi yang tercetus dek keputusan para pemenang?

Perlu diingatkan, perkara itu tidak mustahil terjadi berdasarkan rekod AJL selama hampir empat dekad. Sama-sama kita nantikan. Kepada semua yang bertanding untuk edisi kali ini, semoga berjaya! - Getaran , 6 Mac 2022





 

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi