Berita Terkini

17 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Jom Cuti Ke Sabah, Anda Tidak Akan Kecewa!

Apabila bercerita tentang Sabah, apa yang terbayang atau terlintas di fikiran anda? Sudah berapa banyak lokasi percutian di Sabah yang sudah anda singgahi?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 9:10AM

Pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu. Gambar: Ling Tang, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila bercerita tentang Sabah, apa yang terbayang atau terlintas di fikiran anda? Sudah berapa banyak lokasi percutian di Sabah yang sudah anda singgahi? 

Atau masih belum punya kesempatan menjejak Negeri di Bawah Bayu itu? Tidak mengapa, lambat laun pasti ada rezeki untuk anda bercuti ke sini. 

Sebelum buat sebarang perancangan, apa kata ambil tahu dahulu tentang tarikan yang menanti. Apabila sudah tahu lokasi-lokasi yang ingin anda lawati, anda boleh buat perancangan. 

Susun jadual perjalanan, buat bajet dan tempah pengangkutan, penginapan dan pakej percutian idaman.

Berikut antara lokasi yang sering menggamit kehadiran pelancong ke Sabah!

 

1) Kota Kinabalu

Pusat pentadbiran negeri Sabah ini menjanjikan beberapa tarikan yang tidak boleh dilepaskan.

Pulau Mamutik
Pulau Mamutik

Jika anda penggemar makanan laut, di sinilah syurganya kerana banyak lokasi selera yang menanti. Salah satu yang popular ialah Restoran Kampung Nelayan Floating Seafood Market. 

Restoran yang terletak di Taman Tun Fuad Luyang, Bukit Padang ini selain memenangi hati pelanggan dengan keenakan rasa hidanganya, ia juga tampil dengan rekaan yang unik.

Antara menu yang mesti anda cuba ialah siakap tiga rasa, siakap stim limau, ketam bercili, udang telur masin dan tidak ketinggalan menu stimbot.  

Jika idamkan makan malam pada harga lebih murah, boleh singgah ke Pasar Filipina yang berada di pusat bandar.

Pulau Sapi
Pulau Sapi

Selain makan, boleh juga bawa diri menikmati keindahan gugusan pulau yang ada di sekitar. Antaranya ialah Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi. 

Kesemua pulau ini menjanjikan pemandangan yang cukup indah. Boleh mandi-manda, snorkeling dan ada juga aktiviti berjalan di dalam air di Pulau Manukan.

 

2) Kundasang

Pencinta alam yang rindukan kedamaian alam yang menyegarkan mesti panjangkan langkah ke Kundasang yang terletak di daerah Ranau ini. 

Perjalanan ke ‘New Zealand’ Sabah ini mengambil masa kira-kira dua jam pemanduan dan perjalanan ke sini akan melalui beberapa pekan kecil termasuklah Nabalu yang juga popular sebagai hentian untuk membeli cenderamata penduduk tempatan.

Bercuti ke Kundasang bermakna anda boleh mengintai keindahan puncak Kinabalu dari dekat. Maklumlah tidak semua mampu atau minat untuk mendaki gunung.

Pilihlah chalet atau resort yang menjanjikan pemandangan puncak Kinabalu di depan mata. Antara yang boleh dijadikan pilihan ialah Kiram Village, Bayu Senja Lodge, Sutera Sanctuary Lodges At Kinabalu Park, dan Hidden Hill Kundasang.

Kiram Village
Kiram Village

Tarikan yang wajib anda lawati ialah Desa Dairy Farm yang berlatarkan Gunung Kinabalu dan hamparan padang ragut menghijau.

Jangan lupa menikmati aiskrim buatan kilang di sini. Selain itu, boleh juga ke War Memorial Kundasang, Kudasang Selfie Garden dan Culvert View.

 

3) Kudat 

Di sinilah terletaknya Tip Of Borneo atau bahasa melayunya ‘Tanduk Negeri Sabah’ – Tanjung Simpang Mengayau. Titik terhujung Borneo, pertembungan antara dua buah laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Untuk sampai ke Kudat, anda harus memandu kira-kira 215 kilometer dan permanduan mengambil masa di antara tiga hingga ke empat jam. 

Biarpun jauh, lawatan anda ke sini pasti berbaloi kerana Tanjung Simpang Mengayau menjanjikan panorama alam mengasyikkan. Jika bertuah, anda berpeluang menyaksikan matahari naik atau terbenam.

Satu lagi pantai yang boleh dikunjungi ialah Pantai Kelambu yang sesuai untuk aktiviti perkelahan dan mandi-manda.

Apa lagi yang ada di Kudat? Ada Gombizau Honey Bee Farm yang memberi peluang untuk anda melihat sendiri bagaimana penduduk kampung mengusahakan penternakan lebah madu.

Terdapat ratusan sarang lebah di sini. Sejak beberapa generasi, penduduk Kampung Gombizau telah mengambil madu mentah kerana dipercayai dan telah terbukti mempunyai khasiat pemulihan, selain dapat menyerlahkan keenakkan makanan apabila digunakan dalam masakan.

Paling seronok apabila anda berpeluang merasa madu mentah terus dari sarang lebah. Sebelum bertolak pulang, jangan lupa beli pelbagai produk madu untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.

 

4) Semporna

Lokasi percutian yang sohor di media sosial. Melihat satu demi satu foto atau video yang dikongsi oleh orang ramai membuatkan ramai yang menyimpan angan-angan untuk ke sini.

Jika dahulu pasaran lebih tertumpu kepada pelancong dari luar negara, kini lain cerita. Pandemik COVID-19 memaksa pengusaha pelancongan di pekan ini mempromosikan pakej percutian di kalangan warga Malaysia.

Anda boleh menginap di pekan Semporna dan ikuti pelbagai jenis ‘island hopping’, atau bermalam di resort atas air di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Mataking, atau Pulau Pom Pom. 

Perlu diingatkan, jika memilih bermalam di salah satu pulau, pastikan anda buat tempahan awal dan ambil pakej ‘full board’ kerana jika membayar tambang bot, penginapan, makanan dan pakej snorkeling atau menyelam secara berasingan, harganya lebih mahal (tidak sihat untuk poket!).

Untuk pengembara bajet, adalah lebih baik anda bermalam di pekan Semporna sahaja. Pilihan penginapan, lokasi selera juga lebih meriah.

Bagaimana? Sudah sedia terbang ke Sabah?

Ini ada satu peluang hebat yang boleh anda rebut untuk merealisasikan impian ke Sabah. Sertai kempen #flymetosabah yang dibawakan oleh Sabah Tourism Board.

Empat pemenang bertuah akan membawa pulang baucar pelancongan daripada Sabah Tourism Board bernilai RM5,000 dan caranya cukup mudah. Jom semak!

1. Peserta mesti mengikuti salah satu daripada akaun media sosial ini – Instagram (IG) @sabahtourism akaun Facebook (FB) @SabahMalaysianBorneo.

2. Peserta perlu memuat naik ‘surat maya’ (virtual letter) mereka kepada Sabah Tourism Board di akaun Instagram atau Facebook dan tag IG @sabahtourism/ FB @sabahmalaysianborneo, dan gunakan hashtag #sabahtourism #flymetosabah.

3. Peserta boleh menghantar ‘surat maya’ mereka dalam bentuk foto, video atau format kapsyen kreatif dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Cina.

4. Peserta mesti mengekalkan profil awam untuk membolehkan Sabah Tourism Board melihat penyertaan.

5. Pemenang akan diumumkan pada setiap dua minggu iaitu pada 28 Februari, 14 Mac, 28 Mac dan 14 April 2022.

6. Tiada had penyertaan, tetapi seorang peserta hanya boleh menang sekali.

7. Terbuka kepada penduduk Sarawak, Malaysia Barat, dan warga asing yang menetap di Malaysia sahaja.

Selamat mencuba! - Getaran, 6 Mac 2022

Gambar: Unsplash / Rahayu Mat Nah

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

2

Semasa 2 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

3

Semasa 3 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 6 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut