Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahu Jimat Elektrik Dan Air? Tukar 4 Peralatan Rumah Ini

Mahu jimatkan tenaga elektrik dan air di rumah? Kami ada empat cadangan pertukaran alat dan perkakas yang boleh anda lakukan di kediaman anda.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 7:40PM

Gambar: Cottonbro, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peningkatan kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini telah membuatkan ramai orang kembali bekerja dari rumah. Para pelajar juga kembali belajar dalam talian dari kediaman mereka. 

Sudah pastilah ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik dan air di tempat kediaman. 

Jika anda sedang mencari jalan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air di rumah, kami ada beberapa tip untuk anda. 

Kami sarankan anda memeriksa dan menukar beberapa item di tempat kediaman anda. Walaupun kos awalnya mungkin kelihatan tinggi tapi ia menjanjikan penjimatan jangka panjang dan mampu meningkatkan kualiti hidup anda. 

Peralatan penyejuk

Kebiasaanya peralatan penyejuk lama memakan tenaga elektrik yang lebih banyak berbanding yang baharu seperti penghawa dingin dan peti ais. 

Anda disarankan untuk membuat pertimbangan bagi menukar peralatan penyejuk yang lebih ideal. Tukarkan kepada  kepada jenama yang lebih menjimatkan elektrik dengan perakuan dari Energy Star. 

Setiap peralatan yang mematuhi piawaian ujian prestasi tenaga akan dilekatkan pelekat Energy Star bagi menunjukkan penilaian penjimatan elektrik menerusi bintang yang tercatat padanya. 

Tambahan lagi, untuk mengekalkan penjimatan elektrik dan jangka hayat peralatan ini, pastikan anda membersihkan bahagian penapis pendingin hawa atau peti sejuk dengan kerap. 

Ini kerana penapis yang kotor dan terlalu padat akan menghalang aliran udara dan membebankan peralatan untuk mengekalkan suhu. Akhirnya sistem penyejuk itu akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk berfungsi dengan baik.

Penapis air utama (POE)

Berbicara tentang penapis air di rumah, ia bukan sahaja merujuk kepada jenama alat penapis air yang ada di dalam rumah untuk menghasilkan air minuman yang lebih bersih.

Malah ia juga merangkumi penapis air jimat tenaga titik masuk utama (POE) yang ada dipasangkan di sesetengah kediaman melalui saluran paip utama rumah. 

Sekali pun anda sudah mempunyai alat penapis air di dalam rumah, anda disarankan untuk memasang penapis ini bagi menghalang pengumpulan bahan sedimen iaitu sejenis lumut, habuk dan pasir halus yang mengalir bersama air.

Tahukah anda, air dari paip utama yang kotor boleh meningkatkan penggunaan tenaga elektrik? Contoh terbaik ialah mesin basuh. Lebih banyak tenaga yang diperlukan oleh mesin ini untuk membersihkan kotoran baju dengan sempurna jika air yang digunakan kurang murni. 

Tambahan pula, peralatan tersebut akan rosak dalam tempoh tertentu akibat sedimen tersebut. 

Dengan penapis air POE, ia boleh menghalang pembentukan sedimen sekali gus memanjangkan jangka hayat sesebuah alat dan menjimatkan tenaga elektrik.

Lekapan kepala paip

Mungkin perkara ini kelihatan kecil, tetapi tahukah anda situasi lekapan yang rosak atau tidak sempurna boleh menyebabkan pembaziran air sehingga mencecah ratusan gelen setiap bulan.

Lekapan (fixture) merujuk kepada paip yang ada pada singki dan bilik mandi seperti kepala pancuran mandian. 

Lekapan lama lazimnya mempunyai aliran air yang kuat atau mengeluarkan titisan air apabila sudah ditutup kerana penutup paipnya mudah haus. 

Ini boleh menyebabkan pembaziran yang tidak disengajakan berlaku. 

Pertimbangkan untuk memasang kepala pancuran aliran yang rendah tekanannya dan tukar kepala paip yang baharu untuk memastikan tekanan air yang baik sambil mengurangkan pembaziran. 

Mentol LED

Teknologi mentol LED mampu hasilkan pencahayaan yang paling lengkap dan sempurna pernah dicipta. Jika kita lihat, ia telah dikomersialkan sejak 2010. Mengapa ia dikatakan lebih efektif? 

Lampu ini menjimatkan elektrik kerana ia menggunakan sistem semikonduktor yang mengeluarkan cahaya melalui arus elektrik secara terus. 

Berbanding dengan lampu jenis yang lain yang bergantung pada haba yang melalui filamen wolfram dan akan panas terlebih dahulu menerusi tenaga elektrik sebelum mengeluarkan cahaya. 

Oleh itu, anda disarankan untuk menukar lampu di rumah menggunakan mentol LED kerana ia lebih sejuk, tahan lama serta menjimatkan elektrik. - Getaran, 27 Februari 2022

Gambar: S L Elektrik Sdn Bhd

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

2

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

3

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

4

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

5

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

6

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen