Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Minat Naruto, Firdhaus Miliki Koleksi Lengkap Komik Jepun Ini

Firdhaus tidak bercadang untuk menjual kesemua jilid komik Naruto ini, biarpun satu hari nanti nilainya menjadi tinggi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 6:13PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Antara komik atau manga Jepun yang cukup diminati di Malaysia adalah Naruto, karya Masashi Kishimoto. Bermula pada tahun 1997, ia menjadi manga yang berjaya bertahan selama 17 tahun. 

Naruto adalah kisah mengenai seorang budak yang melatih dirinya untuk menjadi ninja. Dia mempunyai cita-cita dan matlamat yang besar iaitu menjadi Hokage, pemimpin di kampungnya dan kisahnya bermula  sewaktu dia berada di alam pra remaja sehingga sewaktu zaman remajanya. 

Namun, komik ini mula dipaparkan dalam majalah mingguan Shonen Jump terbitan Shueisha dari tahun 1999 dan 2014 dan ia turut dihasilkan dalam bentuk buku (tankobon) sebanyak 72 jilid. 

Naruto turut disenaraikan sebagai antara manga yang cukup laris dijual di seluruh dunia, bahkan berada dalam tempat keempat dengan jualan sebanyak USD 250 juta (RM1,046,000,000.00) di belakang Detective Conan (jumlah jualan yang sama tetapi memiliki 100 jilid), Dragon Ball, Golgo 13 dan One Piece

Meminati siri Naruto ini sejak dari usia 8 tahun, Muhammad Firdhaus Mohd Ruzni, 24, yang juga penghidap Asperger Syndrome (Mild Autism) sanggup mengumpul serta memiliki semua jilid komik ini. 

“Waktu kecil, saya hanya mengikuti siri Naruto ini menerusi anime di televisyen dan siri web sahaja dan saya mula menontonnya bersama bapa saudara saya.

“Dia perkenalkan saya kepada siri Naruto ini. Bermula dari situ, saya mula meminati siri ini dan setiap kali kami selesai menonton Naruto, kami juga akan berlakon seolah-olah seperti berada di dalam pertarungan tersebut,” katanya kepada Getaran. 

Tidak puas dengan apa yang ditontonnya menerusi anime tersebut, Firdhaus mula mengumpul komik Naruto

“Pada usia 18 tahun, baru saya berjaya memperolehi kesemua jilid manga ini dan bila saya dapat memilikinya, ia memberikan satu kegembiraan dan keseronokan. 

“Membaca kisah Naruto di dalam manga juga lebih puas kerana banyak perkara yang boleh kita ketahui. Kisah mengenai Naruto juga diceritakan dengan dengan lebih terperinci,” tambahnya yang menetap di Puchong bersama ibunya. 

Menurut Firdhaus lagi, banyak sebab mengapa Naruto menjadi kegilaan ramai. 

“Naruto memiliki kuasa dari seekor musang berekor sembilan yang dimasukkan oleh bapanya, Minato Namikaze iaitu pemimpin Konoha sewaktu dia masih bayi. Konoha adalah salah sebuah negara yang digelar Land Of Fire dalam dunia Ninja. 

“Akan tetapi, Naruto tidak pernah tahu akan kuasa yang dimiliki dalam tubuh badannya sehinggalah selepas 12 tahun seorang ninja memberitahunya. 

“Namun, kuasa yang dimilikinya itu membuatkan dia menjadi buruan ramai kerana mereka mahu mendapatkan kuasa itu untuk menakluk dunia. Naruto pula menggunakan kuasa itu untuk menyelamatkan dunia dan menyelesaikan masalah negara. 

“Selepas menyertai ninja, Naruto menyertai Team 7 dengan misi untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk.

“Cerita ini menarik kerana kita akan mengetahui bahawa setiap clan atau puak ninja mempunyai kelebihan masing-masing. 

“Namun, mereka boleh jadi rapat dan saling membantu. Ada ikatan penyatuan di antara mereka dalam cerita ini,” katanya lagi. 

Firdhaus juga memberitahu bahawa ilustrasi Masashi Kishimoto dalam siri Naruto ini juga berbeza dengan manga yang lain terutama menerusi siri pertarungan.  

“Selain daripada penyampaian cerita yang memberikan impak dan karakter-karakter yang menonjol  dalam manga, babak pertarungan sengit juga disampaikan dengan menarik. 

“Itulah yang membuatkan peminat-peminat Naruto sentiasa mahu mengikuti siri ini sampai selesai dan sanggup mengulanginya berkali-kali,” katanya lagi. 

Mengenai kesemua 72 jilid komik yang dimilikinya, Firdhaus memberitahu bahawa dia menghabiskan wang sebanyak lebih RM300 untuk membelinya. 

“Saya tidak bercadang untuk menjualnya, walaupun nilainya semakin hari semakin tinggi. Saya mahu memilikinya sebagai sebuah koleksi. 

“Jika ada orang yang mahu membaca komik ini, mereka tidak boleh bawa pulang rumah. Mereka kena baca di rumah saya dan selepas selesai membaca baca, letakkan semula komik itu di tempat asalnya ,” katanya lagi. 

Dia bagaimanapun tidak gemar mengumpul koleksi figurin Naruto. 

“Harga figurin Naruto sangat mahal dan mampu mencecah ratusan ringgit. Lagipun saya lebih minat membaca sebab itu saya lebih suka mengumpul komik,” katanya lagi. 

Selain Naruto, Firdhaus juga turut memiliki koleksi siri komik yang lain, set CD Harry Potter beserta dokumentari, Hot Wheels dan permainan video. - Getaran, 20 Februari 2022

Gambar: Ellyna Ali, Diambil Menggunakan Poco 

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Lionsgate Bakal Hasilkan Naruto Versi Nyata

2

Budaya 3 tahun yang lalu

Berita Baik! Manga Dah Ada Laman E-dagang Sendiri

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok