web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 4:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mami Jarum (Mubi)

Filem Mami Jarum sebenarnya boleh dikatakan antara karya terbaik Datuk Dr. A. Razak Mohaideen. Mana tidaknya, dalam pada gelak ketawa yang ditawarkan filem ini, ia menyelitkan kritikan sosial yang menyengat tentang masyarakat di Pulau Penang. 

Penulis juga merasakan casting filem ini agak on-point. Watak dan pelakonnya padan dengan umur dan membawakan watak mereka dengan baik. Loghat Penang yang digunakan tidak bunyi ‘terpaksa’. Senang cerita, semuanya serba-serbi kena dan cukup. 

Mami Jarum menceritakan tentang Mami Jarum (Kartina Aziz) yang suka membawa mulut ke sana ke mari tetapi tidak menyedari bahawa dua anak perempuannya menyimpan rahsia yang bakal membawa ‘bala’ yang besar dalam kehidupannya. Adakah sempat Mami Jarum insaf? 

Filem terbitan tahun 2002 yang turut dibintangi Vanida Imran, Zahida Rafik, Piee, Maidin Ibrahim dan Norlia Ghani ini wajib ditonton ramai. - Ili Farhana

 

Alive (Netflix)

Drama atau filem seram berkisarkan zombi adalah salah satu tema yang menjadi kegemaran orang ramai baru-baru ini. Tidak dinafikan bahawa setiap babak pasti akan membuat para penonton berdebar, terutamanya aksi ganas yang dipaparkan. 

Justeru itu, kini kita dapat lihat lebih banyak produksi Korea Selatan yang mula menghasilkan filem bertemakan genre seram ini. Jika anda penggemar cerita seram dan ngeri, filem Alive adalah pilihan tepat buat anda. 

Alive merupakan filem ‘survival thriller’ yang menceritakan tentang wabak misteri yang secara tiba-tiba merebak di seluruh Seoul. Wabak itu telah menjadikan keadaan di bandar ini huru-hara sehingga terputus bekalan internet dan talian komunikasi.  

Apa yang lebih mendebarkan, kedua-dua watak utama filem ini terperangkap di dalam pangsapuri masing-masing yang dipenuhi dengan zombi.

Terpaksa berdiam selama beberapa minggu, kedua-dua watak ini terpaksa mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri tanpa disedari zombi tersebut.

Filem menarik ini boleh ditonton lewat pelantar penstriman Netflix. - Sara Mack Lubis

 

‘Suamiku Lelaki Pendosa’ (Disney+ Hotstar)

Gambar : IG DisneyPlusHotStarMY
Gambar : IG DisneyPlusHotStarMY

Drama adaptasi novel ini mengisahkan tentang Dean Ilyas lakonan Datuk Aaron Aziz yang mempunyai naluri songsang serta mempunyai hubungan dengan Izfairin lakonan Gambit Saifullah. 

Namun naluri songsang Dean tidak diketahui sesiapa. Satu hari, ibunya Datin Junaidah lakonan Datin Maria Farida mahu menjodohkannya dengan seorang gadis jelita yang bernasib malang iaitu Cahaya Malaika lakonan Sophia Albarakbah. 

Cahaya telah ditinggalkan kekasihnya selepas mengetahui bahawa dirinya adalah anak tidak sah taraf hasil perbuatan zina ibunya. 

Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari Izfairin.

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya. 

Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. 

Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya? Saksikan drama kontroversi yang sarat dengan mesej ini di Disney+ Hotstar Malaysia. - Helmi Anuar

 

‘Bintang Search’ (YouTube)

Bakat-bakat nyanyian dari Brunei Darussalam jarang mendapat liputan seranta apatah lagi perhatian dari jiran-jiran senusantara mereka. Padahal, sungguhpun negara dan populasi mereka kecil, ramai dalam kalangan mereka yang berbakat besar dan mempunyai vokal luar biasa. 

Jika ingin mengetahui sehebat mana rakyat Brunei menyanyi, ikuti rancangan pencarian bakat dalam talian mereka yang berjudul ‘Bintang Search’. 

Kini di musim kedua, ia menampilkan ramai Bakat-bakat baharu Brunei sambil disaksikan oleh barisan juri yang terdiri daripada nama-nama besar arena nyanyian negara tersebut seperti Fakhrul Razi dan juga Rizal Rasid. 

Disiarkan secara eksklusif di saluran YouTube. - Shah Shamshiri

 

‘Thirty-Nine’ (Netflix)

Dua episod pertama drama paling dinanti ramai ini sudah pun bersiaran di Netflix baru-baru ini dengan paparan naratif yang kuat dan meyakinkan sehingga mendapat pujian banyak pihak. 

Satu jam tayangan tidak terasa berlalu dengan pantas. Ia sebuah karya yang manis, segar dan ‘kaya’ emosi sehingga mampu mengikat penonton untuk sama-sama tersenyum, ketawa dan menangis.

Bahkan, penonton sudah diberikan petunjuk penting akan berlaku kehilangan besar yang cukup menyedihkan seawal tayangan dan itulah yang akan membuatkan penonton tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. 

Ia mengisahkan persahabatan indah tiga sekawan yang bakal mencecah usia 40 tahun. Dari awal perkenalan mereka saling bergantung dan sentiasa ada pada saat suka mahupun duka. Mereka sama-sama menikmati hidup, cinta dan kehilangan yang cukup menyakitkan. 

Dibintangi ratu drama kesayangan ramai, Son Ye Jin drama ini menggandingkannya dengan dua lagi bintang berbakat besar iaitu Jeon Mi Do yang sebelum ini terkenal dengan drama ‘Doctor Playlist’ dan Kim Ji Hyun (‘Hometown Cha-Cha-Cha’). 

Masing-masing berjaya mempamerkan lakonan cemerlang malah keserasian mereka sebagai tiga sahabat karib membuatkan penonton jatuh kasih dengan watak Cha Mi Jo, Jung Chan Young dan Jang Joo Hee. 

Jangan ketinggalan menonton drama hebat ini di Netflix. Highly recommended! - Shakilawati Abd. Rahman - Getaran, 19 Februari 2022

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh