Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Langkah Membuat Pedang Samurai Secara Tradisional

Kita sering melihat senjata yang digelar pedang samurai di media massa. Namun tahukah anda cara ia dihasilkan? Kami berkongsi tujuh langkah penghasilan pedang samurai secara tradisional.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Feb 2022 9:03AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istilah samurai tidak merujuk kepada jenis pedang atau senjata. Samurai merujuk kepada gelaran kasta khas pahlawan bersenjata atau wira bangsawan Jepun semasa zaman Tokugawa sekitar hujung kurun ke-12 hingga 1867. 

'Katana' pula adalah pedang yang menjadi senjata dan kerap dikaitkan dengan pahlawan samurai. Awalnya pedang ini dijadikan senjata untuk berperang pada zaman Tokugawa namun pada akhirnya, ia digunakan untuk tujuan istiadat sahaja. 

Reka bentuk pedang ini mempunyai satu bilah yang panjang dengan sedikit lengkungan tajam di hujungnya. Ia merupakan senjata yang perlu dibuat secara tradisional hingga ke hari ini. 

Di samping itu, pada bahagian pemegangnya pula, dipasangkan pelindung tangan yang dipanggil ‘tsuba’ dengan corak yang mempunyai maksud tersendiri. 

Minggu ini kami berkongsi tujuh langkah tradisional penghasilan pedang samurai panjang.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Ukuran besi

Besi yang digunakan untuk menghasilkan bilah pedang ini perlu mempunyai kandungan karbon yang tinggi bagi mengelakkan ia daripada cepat berkarat dan mudah patah. Besi yang digunakan berukuran selebar 5cm dan setebal 1.3 cm manakala panjangnya lebih kurang 90cm untuk mendapat saiz yang ideal.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Pemanasan besi

Kemudian, ketuhar khas bersuhu tinggi digunakan untuk memanaskannya sehingga suhu 870 darjah Celcius. Ini kerana suhu besi tersebut diperlukan untuk menanggalkan kotoran dan memudahkan proses menempa besi. 

Di sini, kandungan sulfur dan silika akan teroksida dan terasing daripada besi menjadikan bahan karbon pada besi tersebut bersih tanpa campuran apa-apa bahan lain. 

Besi tersebut akan dipanaskan sehingga bertukar menjadi warna kuning kecerahan, sebagai tanda ia sudah berada pada tahap kepanasan yang maksimum. 

Gambar: Laman web deeperjapan.com
Gambar: Laman web deeperjapan.com

Pembentukan besi

Selepas itu, besi tersebut diletakkan dengan segera di atas ‘landasan’ atau permukaan rata yang padat dan ditempa sehingga membentuk sebuah lengkungan bilah. 

Permukaan bahagian bawah perlu diterbalikkan dan diketuk juga bagi mengelakkan bilah tersebut senget dan patah.

Ketukan yang lebih diberikan pada bahagian tepi besi sehingga nipis untuk dijadikan seperti pisau manakala pada belakang pedang pula memerlukan saiz yang lebih tebal untuk dijadikan tulang belakang. 

Dalam masa yang sama, hujung besi tersebut ditajamkan untuk dicantumkan pada bahagian pemegang.

Gambar: Laman web hanbonforge.com
Gambar: Laman web hanbonforge.com

Asahan dan rawatan bilah 

Seterusnya, besi yang telah ditempa akan diasah menggunakan kertas pasir yang dipasangkan bersama mesin pengisar untuk menghasilkan permukaan pisau yang tajam. 

Permukaannya akan diratakan sehingga membentuk sebuah bilah yang tajam. Kemudian bilah tersebut perlu dirawat dengan menyapukan bahan campuran tanah liat serta bahan-bahan lain seperti rumput dan bulu pada permukaan yang mempunyai cela, hasil daripada percikan serpihan besi semasa diketuk.

Gambar: Laman web hanbonforge.com
Gambar: Laman web hanbonforge.com

Penyejukan di dalam air atau minyak

Sebelum bilah tersebut direndam di dalam air atau minyak, ia dipanaskan terlebih dahulu untuk beberapa saat. 

Ini bagi menyebatikan bahan campuran tanah liat tersebut terlebih dahulu sebelum ia disejukkan. Bahagian hujung dan tepi bilah akan dicelupkan terlebih dahulu supaya mendapat bahagian depan yang keras. 

Kaedah ini dibuat supaya bilah tersebut boleh meleding atau melengkung pada bahagian pangkal ketika dihayunkan. 

Kemudian ia dipanaskan kembali pada suhu 205 darjah Celcius dan dibiarkan sejuk dengan sendirinya pada suhu bilik. Selepas selesai proses ini, terhasillah sebuah bilah yang keras dan padat.

Gambar: Laman web visit-kyushu.com
Gambar: Laman web visit-kyushu.com

Asahan menggunakan air

Mesin pengasah besi digunakan terlebih dahulu di bahagian hujung untuk menanggalkan lebihan tanah liat yang masih melekat dan diasah sehingga licin. 

Kemudian, bilah tersebut diasah menggunakan batu pengasah dan air sehingga permukaan pisau tajam dan berkilat. 

Proses ini akan menentukan bahagian pisau yang dihasilkan keras, sempurna, serta cukup ketajamannya.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Pelindung tangan (tsuba) dan pemegang

Untuk bahagian pemegang, dua lubang dihasilkan pada bahagian pangkal besi dan ukuran panjangnya dipastikan cukup untuk dipegang kedua belah tangan. Dua bongkah kayu keras dipotong mengikut saiz pedang. 

Kemudian kayu tersebut dikikir pada bahagian tengah mengikut bentuk bahagian pangkal bilah yang tajam dan dicantumkan dengan gam yang kuat. 

Selepas itu, kayu tersebut akan dibentuk menggunakan mesin pembentuk sehingga kelihatan seperti pemegang dan kemudian dua lubang yang sama kedudukannya akan dihasilkan seperti yang ada pada pangkal bilah. 

Kayu tersebut akan dimasukkan bersama pelindung tangan pada bahagian pangkal besi dan dikuncikan pada dua lubang yang telah dibuat menggunakan pin besi. 

Akhir sekali, ia dililit menggunakan kain yang dikhaskan untuk bahagian pemegang pedang samurai. - Getaran, 19 Januari 2022

Sumber : https://www.wikihow.com/Make-a-Samurai-Sword

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Amuk Guna Pedang Samurai, 9 Geng Kongsi Gelap Diberkas

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan