Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Raikan Musim Perayaan Ini Dengan Hidangan Istimewa

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, banyak lokasi selera yang menawarkan set atau hidangan istimewa. Jom semak di mana anda boleh menikmati hidangan menyelerakan untuk perayaan kali ini!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 9:32AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, banyak lokasi selera yang menawarkan set atau hidangan istimewa bagi meraikan musim perayaan yang sentiasa dinanti-nantikan ini. Sama ada bawa keluarga atau rakan-rakan menjamu selera di luar, atau bawa pulang sahaja hidangan yang digemari.  

Jom semak di mana anda boleh menikmati hidangan menyelerakan untuk perayaan kali ini!

 

1) New World Hotel Petaling Jaya – ‘Huat’ Afternoon Tea

Gambar : Rahayu Mat Nah
Gambar : Rahayu Mat Nah

The Lounge di New World Petaling Jaya menyediakan set minum petang ‘Huat’ yang terdiri daripada 15 hidangan yang dipersembahkan dalam rak tiga tingkat. Dengan suasana bergaya dan elegan, anda boleh menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan orang tersayang sambil menjamu selera.

Set minum petang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu manisan dan hidangan berperisa (savoury). Untuk manisan, ada golden chocolate brownies, mango mousse, berries cheese mouse, raspberry cream puff, CNY chocolate praline, tat nenas, biskut CNY dan macaron.

Manakala untuk hidangan berperisa ada salad abalone dengan wakame, bebola bijan dengan ‘nian gao’, oren Mandarin dengan pes bijan, ladu Shanghai gaya Szechuan, pastri bunga Lotus, dan salad buah-buahan dan kerang.

Jika masih tidak mencukupi, anda juga boleh membeli Auspicious Delights of Macaron untuk dibawa pulang atau dihadiahkan kepada rakan-rakan dan keluarga.

Set minum petang ini tersedia sehingga 15 Februari 2022, dari jam 2 petang hingga 5 petang. Setiap set berharga RM148 bersih untuk dua orang. Tempahan perlu dibuat sehari lebih awal dengan menghubungi 03-7682 0000.

 

2) Peranakan Affair Afternoon Tea - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur

Gambar : Four Point by Sheraton Kuala Lumpur
Gambar : Four Point by Sheraton Kuala Lumpur

Lady Yi yang terletak di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur,  tidak ketinggalan membawakan set minum petang yang bakal membawa anda mengimbas zaman kanak-kanak ketika pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina. 

Hanya berharga RM98++, set minum petang ini membawakan pilihan kuih-muih cita rasa nyonya seperti chili prawn pie-tee, otak-otak sandwich, onde-onde, itik panggang, telur dan telur herba.

Tidak ketinggalan pemanis mulut kegemaran ramai seperti tat strawberi, kek osmanthus, madeleine mango mousse dan scone. Untuk menghilangkan dahaga, dua teko comel berisi Lady Yi’s Signature 11 Treasures Tea turut dihidangkan bersama.

Jika anda lebih selesa menikmati saat-saat manis di rumah sendiri, anda juga boleh pesan dan bawa pulang. Cuma harganya sedikit berbeza iaitu RM128++. Tersedia sehingga 10 Februari hadapan.

Untuk tempahan, sila klik pautan ini, http://ladyyisteahouse.oddle.me/

 

3) Prosperity Yee Sang & Set Menu - Dorsett Grand Subang

Gambar : Dorsett Grand Subang
Gambar : Dorsett Grand Subang

Bagi meraikan Tahun Harimau kali ini, Dorsett Grand Subang dengan bangganya mempersembahkan beberapa set makanan untuk anda nikmati seisi keluarga.

Restoran Cina, The Emperor yang mesra Muslim menyediakan beberapa variasi set Yee Sang yang dinamakan The Emperor's Yee Sang bermula 1 Januari hingga 15 Februari hadapan. 

Jika anda gemar menikmati ikan salmon, boleh pilih set salmon yang berharga dari RM98, manakala set obor-obor bersama buah-buahan berharga dari RM68.

Untuk pilihan lebih mewah, ada set baby abalone dan pir Korea yang berharga RM138.

Istimewa untuk anda yang mahu ‘makan besar’, anda juga boleh menempah set menu yang disediakan khas oleh Chef Liew.

Terdapat tiga pilihan menu yang berbeza mengikut bajet dan selera anda iaitu ‘Properity Set Menu’, ‘Wealthy Set Menu’ dan ‘Happiness Set Menu’ yang setiap satunya berharga RM788, RM899 dan RM1188 bersih. Sesuai untuk dinikmati oleh lima hingga enam orang. 

Antara hidangan yang mesti anda cuba ialah ikan merah stim ala Hong Kong, udang harimau goreng bersama kicap dan nasi pulut goreng bersama itik salai. 

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian 03-5031 6060 atau emailkan kepada  [email protected] 

 

4) KFC Golden Egg Crunch – Rangkaian Restoran KFC

Gambar : KFC Malaysia
Gambar : KFC Malaysia

KFC Golden Egg Crunch kini kembali bagi membangkitkan semula saat-saat emas perjumpaan Tahun Baru Cina.  Hidangan emas sedap menjilat jari ini turut hadir bersama KFC Celebration Bucket yang dilengkapkan dengan hidangan sampingan baharu, KFC Broccoli Cheese Balls.

KFC Golden Egg Crunch ini pasti menceriakan musim perayaan kali ini kerana ia bakal menggoda seluruh deria anda dengan bau unik beraromatik, teksturnya yang rangup dan paduan rasa yang sempurna.

Kelazatan ini terhasil daripada ramuan ‘Golden Leaf Seasonings’, iaitu telur asin, serbuk cili, serbuk parsli dan serbuk bawang putih yang meliputi ayam goreng Hot & Spicy KFC yang menjadi kegemaran ramai.

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati dalam beberapa pilihan iaitu kombo 2-ketul, kombo 3-ketul dan Box Meal yang turut dihidangkan bersama KFC Golden Egg Burger yang baharu dilancarkan. 

Pada masa yang sama, KFC Celebration Bucket yang dihidangkan bersama Broccoli Cheese Balls boleh didapati dalam kombo 5 ketul, kombo 9 ketul dan kombo 15 ketul. KFC Broccoli Cheese Balls boleh juga didapatkan secara ala carte.

Pilih KFC Delivery, Self Collect, atau Pandu Ambil untuk pesanan yang lebih cepat, mudah, dan selamat. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.

 

5) 'Egg-stra Ong, Lagi Power' – Rangkaian Restoran Marrybrown

Gambar : Marrybrown Malaysia
Gambar : Marrybrown Malaysia

Anda rindu dengan rasa keenakan sajian telur masin Marrybrown? Usah risau, Marrybrown mendengar keinginan anda. 

Untuk perayaan Tahun Baru Cina kali ini, 'Egg-stra Ong, Lagi Power' kembali dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula 18 Januari lalu hingga 28 Februari hadapan.

Sinonim dengan slogan 'something different', Marrybrown membawakan menu telur masin yang lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin.

Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada setiap penggemar!

Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Kombo Ayam Egg-stra Ong disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan minuman Minute Maid® Refresh® Orange. 

Sementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan minuman Minute Maid® Refresh® Orange.

Untuk menambah kelazatan telur masin, anda boleh beli sos telur masin tambahan pada harga bermula dari RM2.50.

Selain itu, terdapat juga kombinasi burger dan ayam untuk mereka yang mahu menikmati kedua-dua hidangan ini. Egg-stra Ong Big Box dilengkapi dengan kentang goreng dan minuman Minute Maid® Refresh® Orange.

Satu lagi tawaran hebat untuk jamuan besar bersama keluarga ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan sebotol minuman Coca-Cola (1.5 liter). - Getaran, 29 Januari 2022

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

2

Semasa 5 bulan yang lalu

KFC Menggamit Nostalgia, Netizen Sebak Imbas Memori Di Waktu Kecil

3

Semasa 6 bulan yang lalu

'Belanja Agong KFC, Nanti Boleh Cerita Kat Kawan'

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Tawar Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Aidilfitri

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera