Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Tip Amalan Selamat Ketika Melayari Internet

Kandungan internet banyak memberi manfaat, namun kita juga perlu sedar ada sesetengahnya berbahaya dan tidak sesuai untuk tatapan ramai.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 9:35AM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka atau pun tidak, kita perlu akui bahawa kita kini hidup di dalam dunia digital yang dikelilingi oleh pelbagai kandungan dalam talian.

Suatu ketika dahulu, perkara pertama yang kita lakukan selepas bangun daripada tidur mungkin membancuh secawan kopi hangat. Kini tidak lagi. 

Sebaliknya, ramai yang terus menggenggam telefon pintar untuk melihat pesanan ringkas mahupun akaun media sosial yang menjadi kegilaan ramai.

Dalam masa yang sama, kita juga mendapatkan pelbagai jenis maklumat menerusi internet. 

Kandungan internet ini selain banyak memberi manfaat, kita juga perlu sedar ada sesetengahnya berbahaya dan tidak sesuai untuk tatapan ramai.

Jadi, adalah sangat penting bagi pengguna Internet untuk lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara berbahaya atau mendatangkan kemudaratan.

Ancaman daripada kandungan yang tidak dikawal selia di dalam platform maya tidak boleh dipandang ringan dan ini telah terbukti setelah Forum Kandungan menerima 412 bilangan aduan berkaitan kandungan Internet pada tahun lalu.

Ini merupakan satu peningkatan ketara berbanding 169 aduan mengenai isu yang sama pada tahun 2020.

Di antara 1 Januari hingga 31 Disember 2021, Biro Aduan Forum Kandungan telah menerima sejumlah 600 aduan melalui Portal Aduan, e-mel dan surat mengenai pelbagai isu berkaitan kandungan yang merangkumi pengiklanan, penyiaran dan kandungan mudah alih.

Daripada jumlah tersebut, 69% melibatkan kandungan yang tidak sesuai atau sensitif yang ditemui di dalam Internet, terutamanya di platform media sosial.

Ini melibatkan kandungan yang ditemui dalam platform yang paling banyak digunakan seperti YouTube, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, Snapchat dan lain-lain.

Platform ini mengandungi sejumlah besar kandungan yang tidak ditapis dan dikawal selia yang digunakan oleh para pengguna dari semua peringkat umur setiap hari. 

Walaupun platform digital seperti media sosial telah menjadikan kandungan lebih mudah untuk diperolehi dan diakses, ia bagaimanapun boleh diibaratkan bagai pedang dua mata, di mana seseorang boleh berasa terhibur dan terganggu pada masa yang sama.

Oleh itu, konsep kawalan kendiri adalah cara terbaik untuk mewujudkan ruang dalam talian yang lebih sihat untuk para pengguna dan pencipta kandungan. 

Sebagai permulaan yang baru pada 2022, pengguna media sosial digalakkan untuk mengamalkan kawalan kendiri dan amalan selamat semasa melayari Internet.

Berikut adalah beberapa amalan terbaik serta panduan yang boleh digunakan semasa berada di dalam ruang maya:

 

1. Semakan privasi 

Jangan pandang remeh dengan tetapan privasi. Selalunya tetapan privasi yang asal hanya menyediakan lapisan perlindungan yang nipis di dalam dunia maya. Adalah lebih baik untuk menyemak tetapan privasi dan mengubahnya mengikut kesesuaian. 

Pengubahan tetapan privasi membolehkan pemegang akaun media sosial menyekat orang yang tidak dikenali daripada melihat maklumat peribadi atau foto yang boleh dimuat turun dan dikongsi dengan orang lain.

Tetapan ini juga boleh membantu menghadkan maklumat yang ditunjukkan dalam hasil carian. 

 

2. Gunakan kawalan ibu bapa

Adalah amat penting bagi ibu bapa untuk sentiasa mengawasi apa yang dilakukan oleh anak mereka di dalam Internet. Tidak kira sama ada pergaulan media sosial, bermain permainan video atau sekadar melayari internet.

Ingat, terdapat pemangsa dalam talian dan bahaya yang sentiasa bersembunyi di segenap ceruk dunia digital!

Ibu bapa boleh dan harus mengawal jenis kandungan yang sesuai untuk kegunaan anak-anak dan menapisnya mengikut kesesuaian. 

Memanfaatkan ciri-ciri yang sedia ada seperti kekunci ibu bapa, penapis, kekunci masa dan sekatan keselamatan adalah langkah permulaan yang baik ke arah kawalan kendiri. 

Ibu bapa atau penjaga juga perlu memupuk kesedaran mengenai kawalan kendiri kepada anak-anak mereka bagi membantu menjaga keselamatan orang yang tersayang semasa di dalam talian.  

 

3. Sentiasa berwaspada, jangan terlebih kongsi 

Berkongsi maklumat peribadi di laman jaringan sosial dan platform media sosial kadangkala dilihat sebagai suatu perkara biasa bagi generasi muda kerana semua rakan mereka turut melakukannya, jadi kenapa tidak?

Malangnya, mereka tidak mengetahui bahawa bahaya perkongsian maklumat peribadi yang berlebihan boleh membawa kepada kecurian identiti, penipuan, scam atau ancaman daripada pengintai maya. 

Perkongsian maklumat asas peribadi seperti tarikh lahir, alamat rumah, nombor telefon atau pendaftaran masuk di lokasi sebenarnya boleh menarik minat pemangsa dalam talian untuk menggunakan maklumat tersebut dan bertindak ke atasnya. 

Demi menjaga keselamatan diri, ia sebenarnya membolehkan pemangsa dalam talian untuk menggunakan maklumat tersebut dan bertindak ke atasnya.

Demi keselamatan sendiri, sentiasa berwaspada mengenai apakah maklumat peribadi yang patut dikongsi dan pilih untuk berkongsi dengan teman rapat dan pengikut yang dipercayai sahaja. 

 

4. Perkongsian atas talian kekal di dalam talian 

Bak kata pepatah, setiap perbuatan pasti ada balasan. Di dalam dunia maya, apa sahaja dan segala yang disiarkan di dalam talian mungkin mengundang mudarat.

Kadangkala, sekeping foto yang tidak berbahaya seperti gambar anak anda atau hantaran mengenai parti yang dihadiri boleh ditangkap layar, disimpan dan dikongsi merentasi pelbagai platform media sosial oleh sesiapa sahaja. 

Adalah penting untuk difahami bahawa sebaik sahaja sesuatu maklumat itu dimuat naik ke dalam talian, adalah mustahil untuk memadamnya.

Oleh itu, orang ramai perlu mula sedar bahawa apa sahaja yang dimuat naik akhirnya akan kekal di dalam talian. 

Sentiasa beringat bahawa apa yang disiarkan juga boleh menjejaskan peluang pekerjaan, perhubungan dan juga boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada jenayah pada masa depan.  

 

5. Menguatkan keselamatan kata laluan

Mempunyai kata laluan yang kuat boleh diumpamakan seperti memasang kunci yang kuat pada pintu rumah anda. Keselamatan adalah ciri yang penting dalam dunia maya dan fizikal. 

Mencipta kata laluan yang kuat boleh mencegah penggodam dan menghalang mereka daripada mengakses akaun media sosial anda bagi menghantar spam atau melancarkan serangan berniat jahat. 

Beberapa panduan mengenai pemilihan kata laluan ialah cipta kata laluan yang mempunyai gabungan abjad serta angka yang tidak kurang daripada lapan aksara.

Bagi memastikan keselamatan maksimum, kata laluan hendaklah ditukar sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan. 

 

6. Kawan boleh menjadi lawan

Selaras dengan perkembangan trend dan kegilaan untuk meraih populariti di dalam media sosial, anda mungkin tertarik untuk mengembangkan lagi senarai rakan dan pengikut anda. Ada juga yang suka bersaing dari segi populariti. 

Walau bagaimanapun, adalah bijak untuk mengetahui siapa rakan anda yang sebenar. Memiliki jumlah rakan atau pengikut yang tinggi tidak semestinya mendatangkan kebaikan kerana mungkin anda sebenarnya membenarkan orang yang tidak sepatutnya mengikuti anda.

Siapa tahu ‘rakan’ anda itu sebenarnya berniat jahat dan sedang merancang untuk memusnahkan hidup anda. 

 

7. Pengesahan hubungan

Terdapat banyak sebab mengapa seseorang mencipta akaun media sosial palsu, mencuri identiti seseorang dengan mencipta akaun baharu dan menambah semua orang dalam senarai rakan.

Taktik ini sering digunakan untuk mendapatkan wang dan melakukan penipuan. 

Ini adalah senario yang sangat kerap dihadapi oleh orang ramai, terutamanya di dalam platform media sosial.

Jika ada sebarang keraguan mengenai sesuatu akaun media sosial itu, adalah lebih baik periksa dahulu dengan rakan atau kenalan anda sebelum memberi ‘kebenaran’ untuk mengikuti anda di media sosial.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Forum Kandungan atau Kod Kandungan, sila kunjungi www.contentforum.my - Getaran, 23 Januari 2022

Gambar : Unsplash dan Pexels

Artikel diolah daripada teks asal oleh The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (Content Forum)

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 3 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Buat Aduan Jika Wujud Penipuan Tiket - KPDN

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Aduan Harga Barangan Melampau Sepanjang SHMPP 2023 - Salahuddin

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini