Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Resipi Baharu Harus Cuba Untuk 2022

Cuba resipi terbaharu olahan lima orang 'cef' remaja yang ingin mencipta kelainan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 9:19AM

Nasi Goreng Pelangi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain mempunyai azam baharu dan senarai perkara-perkara yang ingin dicuba, mungkin ada di antara kita yang teringin merasai makanan yang baharu. 

Jadi, sempena tahun baru ini, kami ingin kongsikan lima resipi terkini olahan beberapa orang 'cef' remaja yang ingin mencipta sedikit kelainan.

Jika anda suka memasak dan bereksperimen atau ingin berjinak-jinak dengan dunia masakan, cubalah resipi-resipi di bawah ini.

 

Ayam ‘Sarang Burung’ 

(Ciptaan Jaymee Ong Miin Li, 15 tahun, SMJK Heng Ee, Pulau Pinang)

Bahan-bahan :

Kentang 50g   

Lobak merah 85g   

Daging ayam cincang 20g   

Asparagus 80g   

Epal 137g   

Nasi 68g   

Daung bawang 10g   

Sos tiram 10ml   

Minyak bijan 10ml   

Kicap pekat 3ml   

Tepung jagung 7g   

Lada putih 7g   

Penambah rasa 3g   

Pati ayam 4ml   

Air 150ml   

Mentega 5g

Cara Penyediaan :               

1. Rebuskan asparagus di dalam air.       

2. Potong kentang dalam bentuk kecil dan rebuskan sehingga lembut. Kemudian, lenyekkan.

3. Hiriskan lobak merah dan masukkan bersama kentang lenyek.                

4. Tunggu adunan kentang lenyek tadi mengeras sedikit (dengan memasukkan ke dalam peti ais) dan kemudian panggang di dalam ketuhar.

5. Gorengkan nasi yang belum dimasak bersama mentega dan pati ayam. 

6. Setelah digoreng barulah nasi ditanak sehingga masak. 

7. Kemudian ayam yang telah dicincang harus diadun dengan sos tiram dan penambah rasa.

8. Seterusnya, gorengkan ayam cincang tersebut.

9. Hiaskan dengan buah epal yang dipotong menjadi bentuk burung dan susun menjadi seperti sarang burung.

10. Akhir sekali barulah boleh dihidangkan.

 

Egg Roll Korea 

(Ciptaan Nur Syafiqah Binti Mohd Azmi, 14 tahun, SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan)

Bahan-bahan :

Telur 4 biji

Dada ayam 1 bahagian 

Lada benggala hijau 50g

Lada benggala merah 45g

Lada benggala kuning 20g

Kubis ungu 100g

Nasi (lenyekkan) 100g

Penambah rasa 10g

Sos cili 50ml

Keju 1 keping

Lobak merah 150g

Serbuk perasa (seasoning) 10ml

Cara penyediaan

1. Adunkan ayam dengan serbuk perasa, sedikit lada hitam, lada putih, dan garam secukup rasa.

2. Gaulkan adunan sehingga rata bersama ayam.

3. Panaskan kuali dan masukkan ayam, tunggu sehingga ayam bertukar menjadi keperangan.

4. Setelah ayam masak, pindahkan ayam dan masukkan sayur.

5. Campurkan sayur dengan sedikit serbuk perasa dan penambah rasa.

6. Tunggu sehingga sayur masak, kemudian pindahkan sayur.

7. Pukul telur dengan sedikit lada hitam, lada putih, sos perasa dan penambah rasa.

8. Kemudian panaskan kuali dan masukkan telur. Letakkan sekeping keju di bahagian tengah.

9. Tanpa terbalikkan telur, pindahkan terus ke atas pinggan.

10. Letakkan nasi yang telah dilenyek bersama ayam dan sayur-sayuran tadi.

11. Gulungkan dengan berhati-hati (pastikan tangan telah dibasuh bersih menggunakan sabun) dan kemudian potongkan mengikut kesesuaian.

12. Sedia untuk dinikmati bersama sos cili.

 

Nasi Ulam Dan Sate Lilit Ikan Tilapia 

(Ciptaan Rafidah Fitri Hamidzol, 15 tahun, SMK Syed Alwi, Perlis)

Bahan-bahan untuk sate lilit ikan tilapia :

Ikan tilapia (buang tulang dan kulit) 2 ekor

Serai Beberapa batang       

Mi segera (dikisar halus untuk menggantikan tepung) 2 bungkus

Kuning telur 1 biji

Kisarkan bahan-bahan di bawah bersama-sama :

Bawang merah besar 1 biji

Bawang putih 3 biji

Lengkuas ½ inci 

Bahan-bahan tumisan :

Pek sambal tumis 2 sudu kecil

Pati tom yam 1 kiub

Penambah rasa    1 sudu kecil

Gula perang 1 sudu kecil

Daun limau purut 1 helai

Santan ½ cawan

Minyak masak 2 sudu kecil

Cara-cara memasak sate :

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan masukkan semua bahan tumisan.

2. Masak hingga naik bau dan pecah minyak. 

3. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik.

4. Buang tulang dan kulit ikan tilapia. Ambil isinya sahaja. 

5. Kisar sedikit jika perlu.

6. Campurkan bahan-bahan tumisan bersama isi ikan tilapia.

7. Masukkan juga sebiji kuning telur dan mi segera yang telah dikisar halus. 

8. Bahan-bahan ini akan digunakan untuk menggantikan tepung dan berfungsi sebagai gam.

9. Kemudian balutkan adunan pada batang serai. Sejukkan sebentar di dalam peti ais. 

10. Selepas itu sate boleh dikukus, seterusnya dibakar atau boleh juga dibakar terus di atas bara api.

Bahan-bahan nasi ulam :

Nasi yang sudah disejukkan 3 mangkuk (300 g)

Ulam-ulaman (Mengikut kesesuaian):

Daun kaduk

Daun kunyit

Ulam raja

Daun selasih

Daun kesum

Daun limau purut

Daun pegaga

Daun pudina

Daun selom

Bunga kantan

Bawang merah besar 50g

Cili merah besar 20g

Bahan-bahan tumisan :

Bawang merah besar 1 labu

Bawang putih 3 biji

Lengkuas ½ inci

Pati ikan bilis 1 kiub

Penambah rasa 1 sudu kecil

Kerisik 1 sudu

Serai 1 batang

Minyak masak 2 sudu kecil

Cara-cara memasak :

1. Kisar bawang merah besar, bawang putih dan lengkuas hingga halus. 

2. Tumiskan hingga layu. 

3. Masukkan satu kiub pati ikan bilis, satu sudu kecil penambah rasa, satu sudu kerisik. 

4. Masak hingga sedikit kering dan sejukkan. 

5. Hiris halus ulam-ulaman.

6. Gaulkan nasi bersama ulam-ulaman dan bahan tumisan.

 

Udang Sos Padang 

(Ciptaan Faaris Salihin, 13 tahun, from Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya)

Bahan-bahan :

Sos Tiram 15ml

Penambah rasa 1.5g

Sos cili 15ml

Bawang merah 25g

Bawang putih 25g

Bawang Holland 250g

Cili benggala 240g

Halia 20g

Tomato 40g

Air masak 50ml 

Daun bawang 2 helai

Daun limau purut 2 helai 

Udang 688g

Cara-cara memasak :

1. Gaulkan potongan tomato bersama dengan sos cili, sos tiram dan penyedap rasa.

2. Tumiskan campuran tadi bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan bawang putih serta halia. 

Cara Penyediaan Udang Sos Padang :

1. Masukkan sedikit air, kacau sehingga mendidih. Kemudian, masukkan udang.

2. Apabila air mula kering sedikit, masukkan hirisan daun bawang dan daun limau purut (dikoyak).

3. Masukkan cili benggala dan bawang Holland. 

4. Masak seketika, kemudian tutup api. 

5. Sedia untuk dihidangkan.

 

Nasi Goreng Pelangi 

(Ciptaan Yap Mei Wei 13 tahun SMJK Katholik, Selangor) 

Bahan-bahan : 

Bawang kuning 1 biji

Bawang putih 2 ulas 

Beri biru 20 biji

Brokoli 8 tangkai

Dada ayam 1 ketul

Kobis ungu 4 helai

Penyedap rasa 1 sudu besar

Pes sambal tumis 1 pek

Sos tiram 1 sudu besar

Pes perencah nasi goreng kampung 1 pek

Sos tomato 2 sudu besar

Minyak 3 sudu besar

Nasi putih 2 mangkuk

Telur 3 biji

Tepung jagung 1 sudu besar

Tomato 1 biji

Terung ¼ biji

Cara penyediaan :

1. Pukul dua biji telur dengan satu sudu kecil penyedap rasa. Masukkan telur ke dalam periuk panas dan goreng sehingga warnanya kuning keperangan. Gulung dan hiris nipis-nipis. 

2. Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak. Taburkan pes perencah nasi goreng.

3. Gorengkan sebiji telur dengan dua mangkuk nasi sampai wangi. Biar panas di dalam periuk nasi. 

4. Seterusnya, kukus brokoli dan terung selama 10 minit. Sebelum kukus, rendam terung dengan air garam atau cuka supaya warna ungunya kekal. 

5. Selepas itu panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan kubis ungu, masak sehingga layu. Masukkan sedikit air dan satu sudu besar sos tiram dan gaulkan hingga rata. 

6. Kemudian panaskan minyak. tumiskan bawang kuning sehingga keperangan. Masukkan pes sambal tumis dan sedikit air. Gaulkan rata. Reneh selama tiga minit. 

7. Akhir sekali panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga wangi. 

8. Masukkan kiub ayam yang diperap dan tumis sehingga keperangan. Masukkan tomato hiris, dua sudu besar sos tomato dan tepung jagung. Gaul rata. Reneh selama dua minit. 

9. Hidangkan semua lauk ikut urutan warna pelangi termasuk beri biru.

Kelima-lima tukang masak remaja ini merupakan para pemenang Pertandingan Memasak 2021, Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan anjuran MAGGI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Selamat mencuba resipi mereka! - Getaran, 22 Januari 2022

Gambar: MAGGI

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat