Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ketahui 4 Jenis Gangguan Keresahan (Anxiety Disorder)

Gangguan keresahan atau 'anxiety' adalah salah satu penyakit mental yang terjadi kepada sesetengah individu. Ketahui empat jenis 'anxiety' atau keresahan yang sering dialami ramai.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2022 6:23PM

Gambar Hiasan, David Garrison, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anxiety disorder adalah salah satu penyakit mental yang terjadi kepada sesetengah individu. Menurut laman rasmi Hospital Sentosa, ia adalah situasi saat seseorang mengalami gangguan kecemasan ketika bertindak terhadap sesuatu objek atau situasi.

Kebiasaannya pesakit akan mengalami ketakutan yang teramat seiring dengan degupan jantung yang laju. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan gejala ini boleh menjadikan individu itu sukar melakukan aktiviti seharian.

Menurut Najwa Syahirah Safian, seorang pegawai farmasi di Hospital Tuanku Jaafar melalui ML Studio terdapat empat jenis anxiety atau keresahan.

 

Generalised Anxiety Disorder (GAD) / Gangguan Keresahan Umum

Gambar Hiasan, Anh Nguyen, Unsplash
Gambar Hiasan, Anh Nguyen, Unsplash

GAD terjadi pada individu apabila memikirkan sesuatu perkara secara terlalu mendalam. Sebagai contoh, ia perkara normal jika anda rasa berdebar sebelum sebuah sesi temu duga kerja.

Namun individu yang menghidapi GAD akan merasakannya seolah-olah satu tekanan dan akan kekal berdebar-debar walaupun selepas habis sesi temu duga. 

Mereka akan berfikir tanpa henti tentang perkara yang telah berlaku dan apa yang difikirkan oleh orang lain semasa temu duga tersebut. 

Keadaan ini akan memudaratkan diri dan ia boleh menyebabkan sakit dada, berpeluh atau mimpi ngeri semasa tidur. 

Mungkin bagi individu normal, situasi yang telah berlalu adalah perkara kecil tetapi bagi mereka yang menghidap GAD, ia adalah sesuatu perkara yang besar. 

Tubuh badan mereka akan berasa tidak selesa sehingga mengganggu kehidupan seharian. Jika situasi ini berlaku lebih daripada enam bulan, seseorang boleh diisytihar sebagai pengidap GAD dan disarankan untuk mendapat nasihat doktor.

 

Serangan Panik

Gambar Hiasan, Shvets Production, Pexels
Gambar Hiasan, Shvets Production, Pexels

Anxiety kategori ini pula biasanya terjadi secara tiba-tiba tanpa sebab, situasi atau keadaan yang menggerakkan badan seseorang untuk bertindak. 

Serangan ini akan menyebabkan penghidap mengalami keadaan berdebar, takut, berpeluh dan merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku padanya. Sehinggakan penghidap penyakit ini mencari kawasan yang tertutup untuk menyembunyikan diri. 

Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau paling lama satu jam pada satu masa.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah kes yang berlanjutan berhari-hari seperti sebuah episod dan menyerang tanpa pengetahuan. Jika perkara ini berlaku dalam diri anda, dapatkan ubat dan nasihat doktor dengan segera.

 

Obsessive-Compulsive-Disorder (OCD)

Gambar Hiasan, Yan Krukov, Pexels
Gambar Hiasan, Yan Krukov, Pexels

Mungkin anda mempunyai kenalan atau rakan-rakan yang menyatakan mereka mempunyai OCD. Tidak boleh berada di dalam keadaan yang kotor, semuanya perlu tersusun, ‘perfectionist’ dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut bukanlah tanda sebenar penghidap atau penyakit OCD. 

Individu yang menghidap penyakit ini mempunyai kerisauan yang melampau terhadap sesuatu perkara. Ia merujuk kepada karakter seseorang semasa menjalani kehidupan seharian.

Sebagai contoh, anda bimbang akan keselamatan diri semasa berada di dalam rumah dan ia menyebabkan anda berkali-kali memeriksa pintu dan tingkap bagi memastikan ia berkunci.

Mereka akan merasakan keadaan sekeliling tidak selamat dan perkara ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan aman. 

Setiap penghidap OCD mempunyai karakter obsesif dan kompulsif yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara. 

Legenda bola sepak, David Beckham menyatakan bahawa dia menghidap OCD. Beliau mempunyai tiga buah peti sejuk yang dikhaskan untuk mengasingkan makanan, minuman dan sayuran. Beckham juga sangat mementingkan kuantiti barang dalam peti sejuk tersebut mengikut jenama yang diletakkan.

 

Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)

Gambar Hiasan, Rodnae Productions, Pexels
Gambar Hiasan, Rodnae Productions, Pexels

PTSD merupakan sejenis serangan anxiety yang akan terjadi kepada individu yang pernah mengalami sesuatu tragedi dalam sejarah hidup mereka. Ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami trauma pada tahap yang tinggi terhadap sesuatu perkara dan keadaan. 

Apabila diserang PTSD, seseorang akan terbayang-bayang dan termimpi-mimpi perkara yang pernah terjadi semasa mendekati sesuatu yang berkait rapat dengan tragedi yang pernah berlaku. Ia akan menerbitkan tekanan perasaan serta emosi yang tidak stabil dan perasaan takut menyelubungi tubuh badan. 

Perkara ini kerap kali berlaku kepada mangsa kemalangan jiwa yang menghadapi trauma apabila mereka hendak menaiki mahupun memandu kenderaan.

Terdapat juga banyak kes PTSD yang teruk buat mereka yang pernah menjadi mangsa penderaan seks, buli dan seumpamanya. Jadi bagi sesiapa yang menghadapinya, sokongan dan nasihat perubatan daripada pakar perlu didapatkan dengan segera bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi.

Keempat-empat jenis penyakit anxiety di atas boleh diatasi dan dirawat dengan saluran yang betul. Kepada individu yang menghidap anxiety disorder, sokongan keluarga dan rakan serta nasihat perubatan daripada pakar perlu didapatkan bagi merawat penyakit ini. - Getaran, 16 Januari 2022

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu