Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Great South West Edge, Australia Tawar 5 Persinggahan Utama

Suka memandu sendiri ketika bercuti? Laluan ke Great South West Edge, Australia Barat menjanjikan satu pengalaman manis untuk anda. Ini lima tarikannya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2022 9:28AM

Gambar Hiasan, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi sesetengah individu, memandu adalah salah satu cara untuk merehatkan diri atau melegakan tekanan setelah sekian lama terperangkap dengan rutin harian yang memenatkan. 

Lebih menyeronokkan jika perjalanan itu dikelilingi pemandangan alam semula jadi yang memukau serta ditemani dengan playlist lagu-lagu kegemaran.

Pada mereka yang pernah menikmati saat-saat manis itu, pasti anda tersenyum setiap kali terkenangkannya. Penulis sendiri sudah beberapa kali melakukan percutian dengan memandu sendiri di luar negara. 

Australia Barat adalah yang terbaik. Wilayah yang terkenal dengan kanggaru ini menawarkan pelbagai laluan hebat untuk sesiapa sahaja melakukan road trip bersama keluarga, rakan atau pasangan. Salah satunya ialah laluan ke Great South West Edge yang menawarkan lima persinggahan utama.

Gambar Hiasan. Jake Weirick, Unsplash.
Gambar Hiasan. Jake Weirick, Unsplash.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di Perth, perjalanan ke wilayah barat Australia ini hanya mengambil masa lima jam waktu penerbangan dari Kuala Lumpur. Cuma buat masa ini, anda  hanya mampu merancang kerana sempadan Australia masih belum dibuka untuk aktiviti pelancongan. 

Tentang kereta sewa, tidak perlu dirisaukan kerana terdapat banyak perkhidmatan sewa kereta yang yang boleh dijadikan pilihan di balai ketibaan antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Perth. Ataupun anda boleh buat tempahan awal dalam talian sebelum bertolak.

Tentang harga, ia berpatutan dan bergantung kepada jenis kenderaan dan pakej insurans yang ditempah. 

Selesai urusan menyewa kereta, anda sudah boleh terus memulakan perjalanan epik yang pastinya meninggalkan memori sepanjang hayat.

Baiklah, di mana agaknya persinggahan utama yang boleh dilawati jika memilih laluan ke Great South West Edge ini?

 

1) Bermain dengan ikan lumba-lumba di Bunbury

Gambar: Corey Serravite, Unsplash
Gambar: Corey Serravite, Unsplash

Melihat lumba-lumba secara dekat memang aktiviti yang agak asing kepada rakyat Malaysia. Nah, jika singgah di Bunbury, anda boleh rebut peluang untuk mendekati mamalia ini dengan berenang bersama-sama.

Bunbury merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan lumba-lumba jenis bottlenose. Biarpun ia liar, namun haiwan ini mesra. Perjalanan ke Bunbury hanya mengambil masa dua jam memandu dari Perth.

Untuk bertemu dengan penduduk tempatan dan mengenali spesis ini secara lebih dekat, anda boleh singgah ke Dolphin Discovery Centre. Di sini anda boleh mempelajari semua tentang ikan lumba-lumba dan kehidupan laut tempatan yang lain. 

Jika ingin aktiviti lebih mencabar, cubalah ke Koombana Bay, yang mempunyai zon interaksi yang membolehkan pengunjung mendekatkan diri dengan lumba-lumba bottlenose yang kerap singgah di perairannya yang tenang. 

Sebagai alternatif, anda boleh menyertai pakej lawatan yang menjanjikan peluang berenang bersama-sama ikan lumba-lumba ini. Sudah pasti ia bakal menjadi kenangan yang cukup luar biasa.

 

2) Singgah di Margaret River

Gambar: Eloise Shakespeare, Unsplash
Gambar: Eloise Shakespeare, Unsplash

Terletak kurang lebih satu jam perjalanan dari Bunbury, Margaret River yang juga popular dalam kalangan penduduk tempatan menjanjikan pemandangan dan cita rasa menakjubkan di rantau ini.

Dengan keadaan cuaca yang indah, ada sesuatu yang boleh dinikmati oleh semua orang ketika berhenti di sini.

Sekiranya anda ingin belajar meluncur (surfing), terdapat 40 top spot di sepanjang pantai Margaret River untuk ‘menangkap’ peluang melayari gelombang besar yang terbaik.

Kesemua top spot ini menawarkan gelombang atau ombak yang sesuai untuk semua peringkat umur dan kemahiran.

Untuk aktiviti yang boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga, jangan lepaskan peluang bersiar-siar di sepanjang pantai dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang luar biasa.

 

3) Bersatu dengan kehijauan di Walpole

Walpole adalah sebuah bandar menawan yang terletak hanya tiga jam jauhnya dari Margaret River dan merupakan perhentian wajib untuk pencinta alam semula jadi. 

Terdapat taman negara yang luas, pantai yang memukau, tempat berkelah yang cantik dan sungai yang tenang. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Antaranya bushwalking, whitewater rafting dan meneroka hutan dengan memandu kenderaan pacuan empat roda. 

Alamilah keindahan sebenar Walpole dengan berjalan kaki 600 meter di atas kanopi pokok-pokok yang berusia 400 tahun di The Valley of the Giants Treetop Walk di Walpole-Nornalup National Park.

Untuk pengalaman lebih menarik, nikmati makan tengah hari yang santai di bawah pokok.

 

4) Segarkan badan di Greens Pool

Gambar: parks.dpaw.wa.gov.au
Gambar: parks.dpaw.wa.gov.au

Digambarkan sebagai kolam renang paling menarik, Greens Bay terletak di William Bay National Park. Perjalanan ke sini mengambil masa kurang dari satu jam memandu dari Walpole. 

Sebaik sahaja tiba, anda akan disambut dengan pemandangan air yang kehijauan jernih sehingga kelihatan pasirnya yang memutih. Sempurna untuk berenang, snorkeling dan menyelam.

Puas bermain air, panjangkan langkah ke Elephant Rocks, di mana anda boleh mencari arca seakan-akan gajah yang sedang mandi.

Berjalanlah dengan tenang di sepanjang pantai yang menakjubkan untuk pemandangan menarik dari Madfish Bay, Waterfall Beach dan jika anda ke sini pada musim bunga, terdapat banyak bunga liar yang menemani perjalanan anda.

 

5) Nikmati alam semula jadi di Taman Negara Porongurup

Gambar: Marc St, Unsplash
Gambar: Marc St, Unsplash

Taman Negara Porongurup merupakan syurga flora dan fauna yang paling unik di Australia. Terdapat lebih daripada 100 spesies burung dan 750 jenis tumbuhan yang boleh dijumpai di sini. 

Taman ini terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Greens Pool dan merupakan rumah kepada Castle Rock Granite Skywalk, sebuah jalan yang terletak di tengah-tengah Taman Negara Porongurup yang menawarkan pemandangan menakjubkan kepada para pengunjung.

Hutan yang berusia lebih dari 1,100 juta tahun ini juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk melihat bunga liar. Jika ingin melihat keindahan bunga-bunga liar ini pastikan anda ke sini pada musim bunga atau awal musim panas.

Cepat rancang percutian anda. Untuk maklumat lanjut tentang tempat-tempat menarik di Australia Barat, anda boleh melayari laman web Tourism Western Australia. - Getaran, 16 Januari 2022

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA