Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Produk Solekan Patrick Ta Harus Anda Cuba!

Rangkaian produk kecantikan jurusolek selebriti, Patrick Ta akhirnya ada di pasaran Malaysia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 3:50PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

She’s bold. She’s confident. She’s beautiful! 

Ketika berbicara tentang solekan, pastinya selalu dekat dengan hati seorang wanita. Walau apa pun rupa, walau apa pun majlis, solekan boleh mengekspresikan diri anda secara kreatif. 

Solekan membenarkan diri anda bebas dalam warna dan rona yang memainkan ciri-ciri terbaik wajah anda, sambil memancarkan keyakinan terhadap kecantikan diri sendiri.

Biarkan definisi cantik anda itu memberi inspirasi kepada wanita lain pula untuk menjalani perjalanan kecantikan dan penampilan solekan ‘membunuh’ mereka.

Setiap warna dan kilauan layak menjadi sorotan utama kerana setiap wanita berhak untuk merasa yakin dan cantik sepanjang masa.

Patrick Ta, jurusolek selebiti
Patrick Ta, jurusolek selebiti

Justeru, jenama solekan yang sangat diidam-idamkan semua, daripada seorang jurusolek selebriti sensasi, Patrick Ta telah memasuki pasaran Malaysia! 

“Saya mahu mencipta alat solek yang mampu membuatkan wanita berasa yakin dan cantik dalam kulit mereka sendiri, sama seperti apa yang wanita telah buat saya rasa. 

“Merekalah yang memberi saya keyakinan, kerjaya dan suara,” ujar Patrick Ta, pengasas dan jurusolek selebriti.

Jom intai lima produk kecantikan Patrick Ta yang harus anda cuba, seperti di bawah: 

#1 Headlines Cream + Powder Blush Duo, RM160 

Selalunya hal-hal terbaik datang dalam berpasangan. 

Bedak dwikompak ini memiliki dua formula pemerah pipi bersama krim dan bedak, direka untuk memberikan warna penuh berani dan menarik perhatian.

Dengan teksturnya yang lembut dan mulus, warna krim memberikan tampilan berembun yang mudah, manakala perona pipi merah ‘melayang’ ringan seperti mimpi. 

Tersedia dalam empat rona, bedak dwikompak ini sangat sesuai untuk tampilan glamor dan mewah ke mana pun anda pergi. 

#2 Dimension Eyeshadow Palette, RM315

Palet pembayang mata yang unik ini membolehkan mata anda ‘berbicara’. 

Menampilkan rona krim dan luminous, baldu dan berwarna-warni, pilihlah dari nota-nota hangat hingga dingin untuk menciptakan sebuah penampilan berkelas dan glamor.

Dilapisi secara artistik, pembayang mata ini menambah dimensi utama pada mata. Untuk menambah kilauan tambahan, lengkapi tampilan dengan pembayang mutiara kemilau. 

#3 Brow Lamination Gel, RM120

Berbulu lebat, bersudut atau semula jadi, dapatkan kening yang terbentuk dengan jelas. 

Gel bertekstur ini memberikan daya tahan berpanjangan sepanjang hari, di samping memuluskan helaian bulu kening degil ketika sesi sikatan. 

Semasa memberus kening, anda boleh mempertempatkan kening itu ke kedudukan yang sepatutnya, melapisinya ke dalam bentuk yang anda inginkan. 

#4 Monochrome Moment Silky Lip Créme, RM110

Tampil bibir munggil dengan krim bibir ini yang memberi kelembutan tambahan pada permukaan bibir. Menariknya ia memberi tampilan gincu.

Formulasinya dicipta untuk ‘memeluk’ bibir kerana ia turut memberikan kelembapan yang tahan lama pada bibir, di samping memberikan hasil warna yang pekat.

#5 Glow Body Oil (100ml), RM240

Bawa minyak badan ini ke mana-mana sahaja anda pergi.

Dengan bau-bauan mutiara mewah, ia membolehkan anda menikmati formulasi yang sarat dengan agen pelembapan kulit.

Dapatkan penampilan tanpa cela, minyak badan ini diadun dengan vitamin c, vitamin 3, ekstrak kayu magnolia, minyak zaitun dan squalane

Ramuan-ramuan ini berfungsi untuk merangsang pengeluaran kolagen, melicinkan kulit bak cahaya mutiara yang bersinar. 

Semua produk kecantikan dan solekan Patrick Ta ini boleh didapati di semua cawangan Sephora seluruh Malaysia. 

Layari PatrictTa.com untuk maklumat lanjut. – Getaran, 15 Januari 2022

Semua gambar: Patrick Ta Beauty

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Pelembap Wajah Itu Mesti Kalau Mahu Tampil Menawan

2

Gaya 3 tahun yang lalu

Adakah Biji Chia Benteng Antipenuaan Terbaharu?

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok