Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Perut Kenyang, Hati Gembira Di Kafe Kejiranan Denai Alam Ini

Hujung minggu datang lagi. Kali ini ke mana pula anda mahu pergi untuk menikmati secawan kopi hangat, ditemani pemanis mulut menyelerakan? Kalau berada sekitar Denai Alam, harus kunjungi kafe baharu ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 10:19AM

Gambar: Syeda Imran

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu datang lagi. Kali ini ke mana pula anda mahu pergi untuk menikmati secawan kopi hangat, ditemani pemanis mulut menyelerakan?

Memandangkan kali ini hujung minggu yang panjang (cuti umum Thaipusam pada 18 Januari hadapan), trafik di sekitar Lembah Klang pasti agak sesak. Jadi memandu jauh mungkin bukan pilihan yang baik.

Jika anda tinggal di Denai Alam dan kawasan berhampiran, kini ada kafe kejiranan terbaharu yang patut anda cuba. Terletak di 48, Jalan Elektron U16/E, Denai Alam, kafe yang berusia kurang dari sebulan ini menjanjikan ‘kehangatan’ suasana yang diimpikan oleh penduduk setempat.

‘Pondok kecil’ ini adalah tempat untuk berkumpul bersama teman atau keluarga untuk menjamu selera sambil berkongsi kisah suka dan duka untuk sepanjang minggu itu.  

Menurut salah seorang pemilik Ohh Bakery & Cafe, Siti Mastura Mohamad, 33, kafe yang diusahakan bersama dua lagi rakan kongsi, Nur Syahidah Zolbahare, 37 dan Nur Shazwani Abdul Rahman, 37 itu mensasarkan penduduk Denai Alam dan kawasan berdekatan untuk menjamu selera.

“Biarpun kafe ini sebenarnya belum dilancarkan secara rasmi, tapi Alhamdulillah sejak dibuka pada awal Januari lalu, sambutan yang diterima daripada penduduk setempat amat menggalakkan. Malah, ada yang kembali semua dengan membawa rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

“Kami percaya, apabila proses renovasi selesai sepenuhnya dan kafe ini dibuka secara rasmi, sambutannya akan lebih baik. Selain itu, kami juga yakin hidangan yang ada di sini sesuai dengan cita rasa masa kini,” ujar Mastura ketika ditemui baru-baru ini. 

Biarpun bersaiz kecil, Ohh Bakery & Cafe ini punya tarikan yang sukar dilepaskan oleh pandangan mata.

Jika melintas di hadapan kafe ini, percayalah langkah menjadi perlahan kerana perasaan ingin tahu. “Apa agaknya yang ada di kafe ini?”, “Sedapkah makanan dan minuman yang tersedia?” – ini antara persoalan yang akan bermain di fikiran.

Pabila melangkah masuk, pandangan mata akan terus terpempan ke rak pameran yang meriah dengan pelbagai jenis pemanis mulut. Semuanya nampak comel dan menyelerakan.

Ada kek, tart buah-buahan, eclair, pai, macaron dan tidak ketinggalan kek Victoria Sandwich. Semuanya memanggil-manggil untuk dinikmati.

Ketika singgah di sini tempoh hari, penulis perhatikan kafe ini tidak putus-putus menerima kehadiran pengunjung sehingga memaksa kami melupakan hasrat untuk menemu bual cef, Nur Syahidah yang sibuk di dapur.

Apabila hidangan ‘big breakfast’ bersama beberapa lagi pemanis mulut dihantar ke meja, kami tidak membuang masa untuk menjamahnya. Ternyata ia tidak mengecewakan. Tidak hairanlah mengapa ada yang kembali!

 

Kafe didedikasi untuk warga Denai Alam

“Kafe ini adalah cetusan idea kami bertiga. Kami mahukan satu tempat di mana penduduk Denai Alam boleh menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan dengan hidangan yang dekat di hati.

“Tidak perlu susah-susah ke tempat yang jauh hanya kerana mahu mencari makanan kesukaan. Sebab itulah kami menggunakan tagline ‘your neigbourhood cafe’,” ujar Nur Shazwani atau Wani menyambung cerita.

Dalam masa yang sama, Wani juga mengakui pengalaman menjual makanan secara dalam talian dan terlibat dengan katering memberi keyakinan untuk mereka bertiga melebarkan sayap dalam bidang kulinari ini. 

“Sebelum ini kami buat jualan makanan secara online dan buat katering dessert counter untuk majlis-majlis perkahwinan. Kami terkenal dengan hidangan durian crepe (Ohh Nak Durian Crepe) yang turut dijual di trak makanan kami pada setiap hujung minggu.”

“Ohh Bakery & Café ini memang didedikasikan untuk penduduk Denai Alam. Kami menjual idea untuk saling membantu untuk menjana ekonomi di sini. Kami mempunyai hubungan baik dengan premis perniagaan yang ada di sini.

“Kami sendiri buat belian peralatan dapur dan bahan-bahan basah daripada peniaga di kejiranan ini. Begitu juga sebaliknya, mereka juga pesan makanan daripada kami,” tambah Wani.

Mengulas tentang harga makanan dan minuman,  Wani memberitahu dia dan rakan-rakan percaya ia tidak membebankan, tambahan pula kualiti dan persembahan makanan adalah terjamin.

Jelasnya, sebagai seorang yang gemar mengunjungi kafe, dia mengambil kira pelbagai faktor dalam menentukan harga makanan yang ingin dijual.

“Harga di Ohh Bakery & Café tidak terlalu murah atau mahal. Bersesuaian dengan taraf sosial penduduk di sini. Sebelum kami buka kafe ini, kami ada buat sedikit kajian dengan buat perbandingan harga dengan kafe-kafe lain.

“Suka saya kongsikan, kami tidak mampu menjual makanan dan minuman pada harga yang terlalu rendah. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah produk-produk premium, malah ada di antaranya merupakan ‘air tangan’ cef kami sendiri,” ujar Wani.

Jika sudah sampai ke sini, ada beberapa menu yang mesti anda cuba iaitu 'big breakfast', éclair, skon, macaron, pai daging atau ayam, durian crepe, brownie coklat, kek Victoria Sandwich dan tat tiramisu.

Kesemua hidangan ini menjanjikan letusan rasa yang mampu buat anda tersenyum. Perut kenyang, hati gembira.

Jadi, jika anda punya rencana untuk minum petang hari ini, panjangkanlah langkah ke Ohh Bakery & Cafe. Kafe ini beroperasi dari Selasa hingga Ahad, dari jam 10.00 pagi hingga 8.30 malam. - Getaran, 15 Januari 2022

Gambar: Syeda Imran

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Nikmati Juadah Tradisi Sambil Menggamit Memori Di Wak Private Kitchen

2

Karier 1 tahun yang lalu

Walaupun Renyah, Alfin Dan Zikri Seronok Jadi Penjual Pisang Goreng

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 55 - Resipi Rendang Daging Mudah Dan Sedap Buat Para 'Beginner'

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 51 - 2 Tempat Makan Viral Di Lembah Klang

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok