web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Walaupun Renyah, Alfin Dan Zikri Seronok Jadi Penjual Pisang Goreng

Mengusahakan perniagaan gerai Abah Rock Pisang Goreng yang baru sahaja dibuka di Bukit Jelutong sejak tujuh bulan lalu, Alfin dan Zikri akui sudah punya pelanggan tetap.

Karier Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 9:51AM

Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelang waktu minum petang, juadah pisang goreng yang menjadi kegemaran hampir semua lapisan masyarakat, pasti akan dicari. 

Namun, gerai menjual pisang goreng yang sedap sukar ditemui dan tidak semua orang sanggup menjadi penjual pisang goreng kerana penyediaan untuk menyediakan kudapan enak ini cukup renyah dan remeh.

Selain perlu mengupas dan menghiris pisang dalam kuantiti yang banyak, cabaran utama adalah untuk memastikan adunan tepung gorengan itu sedap apabila dipadankan dengan rasa manis daripada pisang yang digunakan. 

Namun, dua adik-beradik Alfin, 27, dan Zikri, 25, mengakui amat selesa dengan pekerjaan mereka sebagai penjual pisang goreng di gerai Abah Rock Pisang Goreng yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. 

“Walaupun penyediaannya renyah dan perlu melayan serta berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan terutamanya golongan wanita, tapi kami seronok. Kalau buat kerja lain, tak happy pun tidak guna juga. 

“Dengan kerja macam ni, kami mampu menguruskan masa kami sendiri dan boleh cuti bila-bila masa. Bila badan kami sudah benar-benar penat, kami akan beritahu tauke gerai ini yang kami mahu cuti. Tauke kami okey sahaja,” kata Alfin. 

Selain pisang goreng, gerai itu turut menjual pisang goreng ditabur cheese atau coklat, keledek goreng, dan keropok lekor nipis dan biasa.

Sebetulnya, kedua-dua beradik ini baharu sahaja menjalankan gerai pisang goreng milik tauke mereka itu di Bukit Jelutong sejak tujuh bulan yang lalu. 

“Sebelum itu, kami meniaga gerai pisang goreng di TTDI Jaya. Sekarang yang jaga gerai di sana abang kami. 

“Kami berdua pula buka di sini. Dari segi pelanggan, yang paling ramai adalah di sana sebab gerai itu sudah lima tahun dibuka. 

“Tapi, walaupun gerai yang ini baru sahaja dibuka selama tujuh bulan, Alhamdulillah, kami sudah punya pelanggan tetap yang datang setiap hari,” kata Alfin pula. 

Zikri juga mengakui adunan tepung pisang goreng memainkan peranan utama untuk memastikan pelanggan terus kekal setia membeli pisang goreng jualan mereka. 

“Macam pisang goreng yang kami jual ini, kami buat adunan tepung sendiri yang kami belajar daripada abang kami. 

“Kami tak guna adunan tepung pisang goreng segera. Adunan tepung itu juga menggunakan beberapa ramuan yang perlu dicampur dan diadun dengan seimbang. 

“Apa yang penting juga adunan tepung itu juga perlu konsisten untuk mengekalkan rasa yang sama apabila pisang goreng dijual setiap hari,” kata Zikri lagi. 

Gerai Abah Rock Pisang Goreng yang diusahakan mereka berdua itu dibuka seawal jam 1 petang dan mereka akan memastikan segala bahan mentah yang diperlukan mencukupi. 

“Setiap hari akan ada pembekal yang menghantar pisang dan keledek. Pembekal akan menghantar 90 kilogram pisang sehari, keledek 10 kilogram dan keropok lekor pula sebanyak 1 katon. 

“Untuk tepung pula sebanyak 10 kilogram, manakala minyak pula sebanyak 25 paket. Memang hari-hari begitu,” katanya Alfin. 

Walaupun menjual pisang goreng mungkin tidak menjanjikan pendapatan yang benar-benar lumayan jika dibandingkan dengan perniagaan lain, namun kedua-dua adik-beradik ini mengakui perniagaan ini ada untungnya. 

“Apa-apa jenis perniagaan pun, kalau kita tahu menguruskan kewangan kita, pasti akan ada untungnya walaupun tak banyak mana” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022

Gambar oleh Ellyna Ali, diambil menggunakan Galaxy A33 5G

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

3

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

4

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

5

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

6

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM