Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

Copenhagen tidak mungkin mengecewakan sesiapa yang melawatnya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 9:24AM

Gambar: Nick Karvounis, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Copenhagen tidak mungkin mengecewakan sesiapa yang melawatnya. Dengan reputasinya sebagai sebuah negara yang maju seperti negara-negara Scandinavia lain, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kala penduduknya dianggap antara rakyat paling bahagia di dunia.

Tak banyak yang kerap dibincangkan berkenaan negara kecil ini. Namun berkat ekonominya yang pesat, Denmark dikenali sebagai salah satu negara dengan kos sara hidup paling mahal di dunia. Penduduknya juga membayar cukai yang tinggi daripada biasa.  

Penduduk Denmark dikatakan menikmati taraf kehidupan yang tinggi dan negaranya mendahului dalam beberapa metriks prestasi kebangsaan, ini termasuklah pendidikan, kesihatan, perlindungan kebebasan awam, pemerintahan demokrasi, kemewahan dan juga pembangunan manusia. 

Di tengah-tengah negara kecil ini tersergam Copenhagen, ibu negara Denmark yang gah dan indah. Kota ini jarang mendapat liputan seranta berbanding jiran-jirannya yang lain di Eropah. 

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Copenhagen, para pengunjung akan disambut mesra pekerja tempatan yang biasanya membantu untuk membeli tiket ke stesen Copenhagen Central dengan menggunakan mesin tiket.

Melangkah keluar daripada stesen pusat tersebut (seperti KL Sentral di Malaysia) para pengunjung akan dapat menyaksikan sendiri kebahagiaan penduduknya dalam bentuk Tivoli Gardens, sebuah taman tema terkenal di dalam kota.

Biarpun tidaklah sebesar taman tema lain, ia adalah benda pertama yang anda nampak sebaik sahaja keluar dari pintu utama stesen Copenhagen Central. Terdengar dan terlihat riak wajah pengunjung dewasa dan kanak-kanak yang ketawa dengan penuh girang sambil menaiki aneka permainan yang ada.

Tivoli Gardens merupakan tempat terbaik untuk mengenali Copenhagen kerana taman tersebut sudah wujud sejak 1843 dan merupakan taman tema kedua tertua di dunia.

Selain untuk berseronok dengan aneka permainan ia juga menjadi tempat untuk menonton persembahan dan juga menikmati sajian enak. 

Ia juga merupakan tempat tersergamnya Nimb Hotel, sebuah hotel eksklusif dan indah yang bangunannya kelihatan seperti sebuah istana dari kisah dongeng. 

Sepanjang bersiar-siar di taman tersebut, para pelawat akan benar-benar rasa seolah-olah berada dalam filem Harry Potter dengan seni reka landskap yang begitu menarik dan persekitaran mirip alam fantasi. Padahal semua ini terletak di tengah-tengah bandar raya Copenhagen!

Terletak di dalam Tivoli Gardens juga adalah Gemyse, tempat untuk menikmati makanan vegetarian alaf baru. Selain ramuan sayurannya yang organik, ia juga menggunakan daging serta ikan yang segar sebagai alternatif protein.

Di luar taman tema, suasananya agak berbeza. Copenhagen merupakan salah satu kota paling mesra-basikal selain Amsterdam dan terdapat laluan khas basikal di tiap penjuru.

Malah berbasikal merupakan cara terbaik untuk menjelajah kota ini. Lebih daripada 70 peratus penduduk Copenhagen berbasikal dengan kerap. 

Para pengunjung boleh mengetahui semua ini jika berpeluang mengikuti jelajah berbasikal secara peribadi bersama Asser Munch, seorang jurubina yang juga pengasas beCopenhagen, sebuah syarikat penjelajahan pelacongan yang mengkhusus dalam memberikan penjelajahan berbasikal keliling kota Copenhagen kepada para pelancong. 

Lebih menarik lagi mereka akan membawa para peserta jelajah ke penjuru-penjuru kota yang kurang dilawati seperti beberapa bangunan di kawasan perumahan penduduk dengan seni bina yang menakjubkan.

Di antara yang menjadi kegemaran adalah Tietgenkollegiet. Ia merupakan sebuah kawasan kediaman pelajar dengan reka bentuk unik di Orestad yang terletak di luar pusat kota Copenhagen.

Ia lengkap dengan dapur komuniti, bengkel, kafe, bilik muzik dan macam-macam lagi. Malah kalau melihat seni rekanya pasti ramai yang mahu sambung belajar semula!

Namun ini tidak bermakna anda harus melupakan tarikan pelancongan yang lain. Pastikan anda bersiar-siar sepanjang kawasan Nyhavn dan bergambar dengan latar belakang bangunan warna-warninya di samping bot-bot cantik di situ.

Sempatkan waktu juga ke Hummer. Scandinavia memang arif soal makanan laut dan Hummer merupakan tempat terbaik untuk menikmati hidangan sedemikian di Copenhagen. Terletak di kawasan Nyhavn yang popular di kalangan pelancong ia menyajikan sajian makanan laut yang benar-benar lazat.

Jangan lupa juga menuju ke patung Puteri Duyung serta Istana diraja Amalienborg. Untuk membeli-belah pula pastikan anda singgah di Stroget yang menampilkan ajnas kedai dan butik. Di situ juga terletaknya kedai Lego yang terkenal dan sinonim dengan Denmark.

Cara terpantas untuk melihat kesemua tempat menarik kota ini adalah dengan menaiki bas dan bot Hop-on Hop-off di mana satu tiket membolehkan pelancong menaiki kedua-duanya yang akan pusing keliling bandar.

Biarpun Copenhagen (dan Scandinavia secara umum) sedikit mahal berbanding bahagian Eropah lain, ia benar-benar berbaloi untuk dikunjungi kerana keunikannya. Semoga pandemik ini cepat berlalu dan kita semua akan dapat mengembara lagi.

Buat masa ini, kemasukan ke Denmark mewajibkan hasil ujian kendiri yang negatif  dan beberapa syarat lain perlu dipenuhi, bergantung pada negara asal pelawat. Sila rujuk dengan teliti di laman sesawang maklumat kerajaan Denmark untuk peraturan terkini.

Pasport Corona (atau dokumen berkaitan) serta pelitup muka adalah wajib di semua tempat di Denmark. Tempat-tempat kebudayaan dan tarikan lain diutup mengikut arahan terkini. - Getaran, 15 Januari 2022

Semua gambar: Shah Shamshiri 


 

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat