web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Setelah Jalan Abbey, MASDO Cari Jalan Untuk Kekal Relevan

Baru sahaja memasuki industri muzik arus perdana beberapa tahun yang lalu, kumpulan kugiran MASDO kini mempunyai pengikutnya tersendiri dan mula melebarkan sayap mereka untuk pergi lebih jauh dan kekal relevan.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jan 2021 9:14AM

Gambar: Firdaus Zulkifly untuk MASDO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama kumpulan MASDO secara sinonimnya akan sentiasa berada di dalam poster-poster persembahan hujung minggu, tidak kiralah sama ada siaran secara langsung di dalam televisyen atau di konsert yang berbayar. Namun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah pun memberi impak yang sangat besar untuk MASDO dalam perjalanan seni mereka di dalam industri muzik ini.

22 Januari yang lalu, MASDO telah memberi kejutan kepada para peminat mereka, dengan melancarkan single ‘Lautan Asmara’ yang eksklusif dan hanya tersedia di aplikasi JOOX. MASDO mengakui bahawa single ini agak berbeza dengan kesemua lagu mereka yang lain. Ia membawa bunyian yang lebih segar, berani, dan keluar dari zon selesa mereka. Bukan itu sahaja, MASDO juga beranggapan bahawa single ini mungkin salah satu petunjuk untuk hala tuju konsep album ketiga mereka nanti.

Selain itu, mereka juga telah melancarkan muzik video animasi pertama iaitu ‘Janji Manis’ pada 1 Januari lalu. Seperti yang dijangka, ia mendapat maklum balas yang baik daripada para peminat mereka. “Muzik video ini memang lain dari yang lain. Kami memberi peluang kepada semua orang untuk membuat interpretasi sendiri tentang maksud muzik video ini.” Sehingga ke hari ini, muzik video ‘Janji Manis’ telah meraih lebih 230,000 tontonan. 

Biarpun industri muzik khususnya untuk pemuzik atau band ‘independent’ sedang menghadapi situasi yang agak sukar, tetapi MASDO telah berjaya mencipta satu sejarah yang besar. Pada 19 Disember 2020 yang lalu, mereka telah mengadakan konsert siaran langsung #MasdoLiveatIstanaBudaya secara percuma dan eksklusif untuk satu kali tontonan sahaja di akaun YouTube mereka. Konsert ini telah pun ditonton seramai 20,000 orang pada masa yang sama. 

Gambar: Firdaus Zulkifly untuk MASDO
Gambar: Firdaus Zulkifly untuk MASDO

“Pucuk dicita ulam mendatang. MASDO telah diundang untuk bersama-sama menjayakan projek #MasdoLiveatIstanaBudaya. Terima kasih kepada seluruh produksi BSYNC Productions, MotioFixo, Mosh Production, pihak Istana Budaya, kumpulan produksi Masdolgenk, dan Kleen Squad. Perkara ini memang tidak pernah kami jangka,” MASDO meluahkan rasa syukurnya kerana diberi peluang yang istimewa ini.

“Perancangan awalnya, kami ingin bermain dengan orkestra. Kami juga ingin para peminat hadir dengan mematuhi SOP Istana Budaya. Tetapi atas kekangan masa yang kurang dari tiga minggu dan juga pengumuman PKPB yang telah berselisih dengan tarikh konsert ini, kami tidak dapat meneruskan idea tersebut. Tetapi walau apa pun keadaannya, ini adalah peluang seumur hidup yang tidak akan kita sia-siakan. Konsert ini tetap sarat dan kaya dari segi visual serta mempunyai  konsep yang sangat luar biasa.”

Di dalam konsert ini, MASDO bukan sahaja menggunakan pentas megah itu sebagai lokasi persembahan, tetapi untuk lagu terakhir mereka, MASDO membuat persembahan dari tempat duduk atau kerusi penonton. Memang menggunakan peluang dengan sehabis baik!

“Semasa live, kami sangat terkejut! Alhamdulillah, seramai 20,000 orang yang menonton konsert ini pada satu masa yang sama. Ini telah memberi nafas baharu kepada MASDO untuk kembali mengatur perjalanan kami yang telah perlahan akibat pandemik ini. Jadi, ahli-ahli MASDO dan kumpulan produksi Masdolgenk kembali duduk bersama, berfikir, dan berbincang tentang usaha serta inisiatif-inisiatif baru untuk kembali menyinari industri muzik ini.”

Gambar: Firdaus Zulkifly untuk MASDO
Gambar: Firdaus Zulkifly untuk MASDO

Berbalik kepada Januari 2020 yang lalu, MASDO telah berjaya melancarkan album ‘Jalan Abbey’ dengan harapan segala perancangan dari promosi album tersebut berjalan dengan lancar.

“Sewaktu kami melancarkan album ‘Jalan Abbey’, pada masa yang sama juga, MASDO sedang sibuk untuk mempertaruhkan lagu ‘Dinda’ di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (#AJL34). Perancangan dahulu memang sangat cantik, teratur dan cukup untuk jangka masa satu tahun. Antaranya, kita hendak melakukan jelajah atau tour ke Indonesia, Semenanjung Malaysia, juga Sabah dan Sarawak. Tetapi, apakan daya, panggilan Perintah Kawalan Pergerakan pula yang terpaksa kita terima pada bulan Mac, 2020”.

Bagi MASDO, apa yang penting sekarang ketika musim pandemik ini adalah untuk kekal relevan kepada para peminat mereka. Jadi, MASDO terpaksa mengubah semua perancangan terdahulu supaya dapat dilaksanakan dan bersesuaian dengan keadaan masa kini. 

“Macam-macam yang kami fikir. Kalau terlalu banyak konsert siaran langsung, orang akan bosan. Jadi, kami akan sentiasa mencipta dan melancarkan benda atau kandungan digital yang unik supaya para peminat akan sentiasa menantikan berita yang segar dan baru daripada kami. Kini, para peminat MASDO sudah boleh menjangkakan benda baharu dan istimewa setiap bulan. Tunggu sahaja!”

Oleh itu, MASDO telah pun mengumumkan  pra-pesanan bagi piring hitam eksklusif untuk album ‘Jalan Abbey’ yang terhad kepada 150 keping sahaja. Mereka juga mengesahkan bahawa tinggal beberapa keping sahaja walaupun baru seminggu sahaja pra-pesanan ini bermula. 

Mereka berharap agar kesemua band seperjuangan tidak berhenti dan mengalah. Contoh terdekat untuk kita adalah dengan melihat usaha yang telah dilakukan oleh band-band dari negara jiran, Indonesia. Banyak usaha kreatif yang boleh diinspirasikan dari penggiat seni negara jiran dan secara budaya juga, mereka tidak jauh beza dari kita. 

Seperti yang MASDO kongsikan, para peminat tidak perlu bimbang dan harus bersiap sedia dengan kejutan-kejutan daripada mereka yang sentiasa akan mengubat rindu kita pada tahun ini. - Getaran, 31 Januari 2021  

Gambar: Firdaus Zulkifly untuk MASDO
Gambar: Firdaus Zulkifly untuk MASDO

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 17 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

2

Muzik 2 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

4

Muzik 3 minggu yang lalu

4 Dekad Fauziah Latiff: Kembara Kejujuran, Nostalgia Malar Segar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini