Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Mengenali Fared Raihan, Artis Kontemporari Tanah Air

Kenali seniman kontemporari tanah air ini yang suka menghasilkan karya bertema jati diri, budaya serta gaya hidup.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 8:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fared Raihan merupakan seorang seniman kontemporari tanah air masa kini. Karyanya segar dan sarat dengan falsafahnya yang tersendiri.

Boleh dikatakan hampir semua garapan ideanya berintikan persoalan semasa seperti COVID-19, jati diri, budaya serta gaya hidup. Semua persoalan ini kemudiannya diubah menjadi satu karya yang kreatif lagi unik.

Fared yang kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Seni Halus UiTM Shah Alam memberitahu bahawa ayah saudaranya, Abd Halim Ahmad adalah insan pertama yang mengesan bakatnya dalam bidang lukisan.

Ini kerana Fared sering meniru lukisan seorang kartunis yang bernama ZOY. Dek itulah ayah saudaranya menghadiahkan Fared sekotak pensel warna dan memberikan dorongan untuk terus melukis.

Seterusnya apabila berpeluang melanjutkan pelajaran di UiTM, bakat tersebut terus digilap oleh ramai pensyarah yang juga merupakan artis tersohor tanah air seperti Prof. Madya Jalaini Abu Hassan, Prof. Madya Yusof Ghani, Prof. Madya Awang Damit, Dr. Khatijah Sanusi dan Ahmad Shukri Mohamad. 

Bercerita tentang seni visual, Fared menyatakan berkarya adalah cara pelukis memberikan pendapat, melontar cadangan, atau memberi respon tentang sesuatu isu yang berbangkit dari hal yang berlaku di sekelilingnya.

Setiap karya bermula dari idea dan ia dikutip melalui pengalaman dan pemerhatian. Aktiviti riadah seperti berkebun, menonton filem, menguruskan keluarga, menunggang motor ataupun bersiar-siar di taman ketika waktu petang pasti akan memberi satu inspirasi untuknya menghasilkan karya. 

 

Karya Kreatif

Di antara karya seni yang dihasilkan oleh Fared adalah Tun Fatimah. Karya ini amat istimewa kerana ia berdasarkan sejarah Empayar Melaka.

Karya ini juga mengangkat semangat juang golongan wanita yang jarang diperkatakan dalam mempertahankan maruah diri dan keluarga.

Lukisan ini memaparkan imej Tun Fatimah sebagai Srikandi Melaka ketika dalam penyamaran. Hal ini berlaku akibat fitnah yang telah mengorbankan ahli-ahli keluarganya angkara orang besar istana Melaka.

Maka Tun Fatimah dan teman seperjuangannya bangkit untuk mencari keadilan yang sebenar.

Dalam lukisan ini Tun Fatimah digambarkan dalam pakaian golongan bawahan dan bukan memperagakan persalinan anggun dan ayu lengkap dengan aksesori yang mewah.

Aksinya pula seperti orang kebanyakan dan handal dalam ilmu mempertahankan diri seperti menggunakan senjata kerambit. Karakter ini timbul apabila beliau cuba mencari keadilan buat keluarganya yang mati dibunuh, termasuk suami tercinta Tun Ali oleh pembesar istana Melaka.

Bagi karya yang berjudul Kembara Mushin Ke Tanah Johor pula, ia merupakan satu catatan perjalanannya ke negeri tersebut. Catatan secara visual ini memaparkan figura kartun kanak-kanak yang riang dan gembira.

Karya ini adalah manifestasi Fared tentang keindahan pesisir jeti di Pontian, Johor. Ia menggambarkan keramahan bangsa Johor, keindahan pantai dan bot nelayan. 

Warna-warna yang kontras dipilih bagi membangkitkan rasa dan penegasan terhadap komposisi subjek yang dilukis.

Selebihnya warna hitam mendominasi lakaran ringkas bagi memenuhi ruang kanvas agar mesejnya dapat disampaikan kepada khalayak. Karya ini berbaur seperti lakaran kanak-kanak kerana merekalah yang paling gembira sewaktu berkunjung ke negeri Johor.

Fiksi Korona pula adalah karya yang dihasilkan rentetan kemelut COVID-19 yang melanda negara.

Karya digital ini dihasilkan ketika semua warga Malaysia berkurung di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia memaparkan dua orang figura John Travolta dan Samuel E. Jackson dalam filem Pulp Fiction.

Karya yang berunsurkan parodi ini menggantikan pistol dengan penyukat suhu badan dan sedang menyukat suhu peti undi sebagai satu jenaka sinis tentang situasi politik tanah air yang sentiasa panas dan berbahang.

Pelukis melihat kepada situasi politik yang panas sewaktu pandemik ini boleh membahayakan keadaan rakyat yang sudah pun sukar dan menderita.

 

Dunia Akademia

Fared turut berkongsi tentang pengalaman berkuliah semasa pandemik, menurutnya masalah utama yang dihadapi ialah liputan internet yang tidak stabil.

Hal ini menyusahkan dirinya untuk berkuliah kerana sukar untuk memberi tumpuan ketika mengajar.

Bagi pelajar pula ia lebih menyedihkan kerana ada yang terpaksa duduk di dalam kebun dan di tepi pantai semata-mata untuk mendapatkan liputan ketika kelas berlangsung.

Fared juga berpendapat bahawa pembelajaran secara fizikal masih relevan khususnya jurusan Seni Halus kerana ia memerlukan pemantauan secara dekat seperti aktiviti melukis melakukan kimpalan mahupun cetakan sutera saring.

Selain itu Fared juga tidak membebankan pelajar dengan memberikan terlalu banyak tugasan kerana ia boleh memberi tekanan psikologi buat mereka.

Fared turut mengubah kaedah pembelajaran kepada sesi forum dengan memberikan pelbagai tajuk yang ringan agar pelajar bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Kaedah dapat mengelakkan kebosanan di samping memberi kesegaran dan mencegah kelesuan pelajar. - Getaran, 9 Januari 2022

Gambar: Ihsan Fared Raihan

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 7 bulan yang lalu

Seafarer Menjinak Ombak

2

TARA 1 tahun yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

3

TARA 1 tahun yang lalu

'Black Panther: Wakanda Forever' - Pertempuran Sengit Yang Diakhiri Dengan Perdamaian 

4

TARA 1 tahun yang lalu

ANIFEST 2022: Pameran Animasi Yang Bertemakan Pendidikan Dan Karier 

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis