Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kereta Mainan Kawalan Jarak Jauh - Kos Tinggi, Kepuasan Maksimum

Ada apa dengan permainan kereta kawalan jarak jauh sehingga ramai yang sanggup berhabis wang untuk hobi ini? Penulis kami memberikan info terperinci.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 3:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta mainan kawalan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai kereta RC adalah sejenis kereta mainan yang boleh dikawal dari jarak jauh menggunakan pemancar atau alat kawalan khusus. 

Permainan ini telah wujud sekitar 1987 dan dibangunkan oleh Kyosho Corporation, sebuah syarikat Jepun yang merupakan salah satu pengeluar terawal permainan ini. Malah jenama Kyosho kini sudah berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa. 

Terdapat pelbagai jenis model kereta RC yang terdapat di pasaran. Ia dipecahkan kepada dua kategori iaitu off-road (jalan lasak) dan on-road (jalan rata). 

Kebiasaannya pemain yang gemar berlumba dan bermain di trek off-road memiliki kereta RC model buggy, truggy, short course truckrally dan monster truck yang menampilkan prestasi kelajuan maksimum sehingga 70 km/j.

Kebiasaannya individu yang memiliki kereta model off-road ini akan bertanding dalam kejohanan RC untuk melihat prestasi kereta masing-masing. 

Berbeza pula dengan jenis on-road, model ini lebih khusus kepada reka bentuk jenis touring dan hanya menumpukan kelajuan pada jalan rata dan tinggi secara santai seperti model RC jenis 4WD (pacuan empat roda).

Ia lebih fokus kepada pengendalian dan kawalan stereng  kerana kebiasaannya ia dimainkan di kawasan hutan atau bukit secara santai.

Tangkapan layar video Getaran
Tangkapan layar video Getaran

Getaran berpeluang mendekati dua beradik yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung di dalam dunia permainan ini. 

Mohd Sharil Bahari dan Mohd Shariza Bahari sudah mempunyai lebih daripada 10 buah kereta RC pelbagai model. 

Malah mereka mempunyai sebuah bengkel khas di Nilai, Negeri Sembilan sebagai tempat untuk perawatan, pembaikan dan penggantian komponen kereta RC. 

Apabila ditanya berkenaan harga bagi sesebuah model kereta RC, tidak dinafikan ia membabitkan kos tinggi di mana sebuah unit lengkap jenis Pro Kit boleh mencecah harga RM5,000 hingga RM7,000. 

Kelebihan Pro Kit adalah ia didatangkan dengan beberapa bahagian utama mengikut permintaan pembeli seperti jenis enjin, turbo dan beberapa lagi komponen penting. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga set RTR (Ready To Run) atau sedia jalan yang lengkap dengan semua bahagian komponen dan disarankan buat individu yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia RC. 

Set ini lengkap dipasang untuk terus beraksi di atas permukaan jalan dan harganya jauh lebih murah iaitu sekitar RM1,500 hingga RM2,000. 

“Biarpun mahal hobi saya ini, tetapi kepuasan dari segi kelajuan dan bunyi enjin yang dipersembahkan cukup berbaloi buat saya,” kata Mohd Sharil.

Kecanggihan teknologi yang dipasangkan pada kereta RC adalah ia menggunakan enjin elektrik atau Nitro. Selain itu dipasangkan juga tiga jenis kotak gear (gearbox) yang memerlukan minyak yang berbeza mengikut pilihan pemain. 

Bukan itu sahaja, bahan pembakarnya pula bukan setakat minyak petrol sahaja malah terdapat juga penggunaan bahan bakar yang diperbuat daripada metanol dan nitromethane yang akan meningkatkan prestasi kelajuan kereta RC terutamanya pada perlumbaan off-road.

Pada awal Januari baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk menyaksikan sesi latihan kereta mainan kawalan jarak jauh RC (trek off-road) di Presint 6, Putrajaya.

Segala persiapan diteliti oleh pemain terutama dari segi tayar, enjin dan lain-lain komponen bagi memberikan persembahan yang terbaik sebelum sesi latihan bermula. 

Biarpun saat itu hujan baru sahaja berhenti dan trek agak basah serta berlecak, prestasi kereta RC ini masih menunjukkan persembahan yang sangat luar biasa biarpun hanya sesi latihan.

Aksi kereta yang ‘berterbangan’ di udara apabila ditekan minyak menggunakan alat kawalan jauh ini pasti memukau mata setiap yang menonton.

Gambar: Instagram @adam Fikri
Gambar: Instagram @adam Fikri

Semasa di lokasi, penulis rasa bertuah kerana berpeluang bertemu dan melihat aksi pemain profesional yang bernama Muhammad Adam Fikri Mohd Razif.

Meskipun anak kelahiran Selangor ini baru sahaja mencecah umur 18 tahun, dia sudah aktif bermain sejak darjah empat dan mendapat sokongan penuh daripada bapanya sendiri.

Kini, pemain profesional ini memiliki dua buah unit kereta RC iaitu Kyosho mp 10 dan Kyosho TKI2.

Adam Fikri telah menyertai beberapa kejohanan di Malaysia serta peringkat antarabangsa, termasuk kejohanan Perlumbaan Philippines Master (RCGP) 2019. 

Gambar: Instagram @adam Fikri
Gambar: Instagram @adam Fikri

Apabila ditanya apakah sasaran dan harapannya dalam dunia kereta RC ini katanya, “Saya mengharapkan dunia kereta RC ini dapat dilihat oleh semua rakyat Malaysia dan menyasarkan untuk mempertingkatkan komuniti aktiviti ini dengan lebih luas.” - Getaran, 9 Januari 2022

Gambar: Izwan Ramlan, kecuali yang tertera

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 10 bulan yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Satu Pun Projek Rumah Belia Kerajaan Terdahulu Dilaksanakan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenapa Guna Aplikasi Air Asia Semak Tambang MAS? Netizen ‘Sekolahkan’ Ka Siong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiket Kelas Ekonomi KL-Tawau Cecah RM3,138 Tidak Tepat – Anthony Loke

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini