Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bulan Madu Di Resort Ala Mediterranean, Pantai Cenang

“Pasti percutian di sini menjanjikan pengalaman mengasyikkan.” Berawal dengan hanya mengamati dari jauh, Rahayu MN akhirnya berpeluang bercuti di resort indah ini. Teruskan membaca.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 9:41AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali melalui jalan Pantai Cenang, hotel yang satu ini pasti tidak terlepas daripada pandangan mata penulis. Ciri-ciri Mediterranean yang jelas terlihat pada binaan bangunan Casa Del Mar, Langkawi ini sesungguhnya menarik perhatian. 

Apabila menyusuri pantai Cenang, hati menjadi lebih terpikat kerana kolam renang dan bilik-biliknya menjanjikan pemandangan pantai yang terbentang luas. “Pasti percutian di sini menjanjikan pengalaman mengasyikkan,” bisik hati kecil ini.

Oktober 2020, penulis berkesempatan singgah di resort ini, bukan untuk bermalam, tetapi menikmati hidangan minum petang yang ketika itu sedang rancak dipromosikan.

Ternyata 'your home by the sea'  ini punya pesona tersendiri. Penulis perhatikan, layanan yang diberikan kepada tetamu adalah sungguh hebat walaupun hanya singgah sebentar untuk menjamu selera.

Ketika itu, penulis ambil kesempatan untuk melihat-lihat kemudahan yang ada dan sesekali bertanya kepada petugas resort tentang bilik-bilik yang ada.

Oh, ternyata semua bilik menghadap ke laut dan bilangannya tidak banyak!

Selain itu, Casa Del Mar, Langkawi juga punya polisi di mana kanak-kanak tidak dibenarkan menginap di bilik tingkat bawah.

Hanya Deluxe Suite dan Junior Suite yang terletak di tingkat 1 sahaja yang menerima kehadiran kanak-kanak. Itupun, maksimum seorang untuk setiap suite.

Kamar Junior Suite
Kamar Junior Suite

Ini bermakna, ia sempurna untuk dijadikan penginapan berbulan madu. Bahkan, sangat sesuai dijadikan lokasi sembunyi seandainya fikiran berkecamuk dan hati tidak seronok.

Ciri-ciri resort ini membuatkan penulis akhirnya terpanggil untuk meluangkan masa di sini. Tiga hari dua malam terlaksana atas tiket kerja. Terima kasih diucapkan kepada Pengurus Resort, Fauzi Romli yang sedia bekerjasama.

 

Mengintai Matahari Terbenam Dari Kamar Beradu

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Casa Del Mar, Langkawi pasti anda setuju jika penulis katakan ‘saham’ utama resort ini adalah lokasinya. 

Di sini anda boleh tersenyum lebar tatkala dapat menikmati keindahan pantai dan pemandangan matahari terbenam di depan mata.

Boleh membawa diri ke gigi air atau bermalasan sahaja di bilik masing-masing. Cuma intai dari kejauhan. 

Lembayung senja nan merah di pantai Cenang indahnya bukan kepalang. Sebab itulah ia menjadi bualan setiap pengembara.

Untuk pengalaman percutian mengasyikkan, Casa Del Mar, Langkawi mungkin untuk anda. Lebih-lebih lagi jika percutian itu untuk meredakan tekanan dan memanjakan diri.

Hotel bertaraf resort butik ini menjanjikan keselesaan dan perkhidmatan eksklusif untuk setiap tetamu.

Terdapat beberapa jenis penginapan yang lengkap dengan kemudahan kelas pertama yang boleh dijadikan pilihan seperti Casa Seaview Room, Casa Seaview Studio Suite, dan Casa Beach Front Studio Suite. 

Kamar Deluxe Suite
Kamar Deluxe Suite

Pengalaman menyeronokkan bermula sebaik sahaja kaki melangkah masuk lobi hotel. Petugas hotel akan menyambut kedatangan anda dengan senyuman mesra.

Lantas segelas minuman segar dan tuala hangat dihulurkan sebaik sahaja mereka tahu anda mahu mendaftar masuk. Selesai urusan daftar masuk yang mengambil masa kurang dari 10 minit, petugas hotel akan mengiringi anda ke bilik.

Melangkah masuk ke bilik, hati pasti lebih berbunga-bunga. Ruangan bilik yang luas serta dekorasinya yang selesa, seolah-olah menghalang tetamu daripada meninggalkan bilik.

Kamar Seaview Studio Suite
Kamar Seaview Studio Suite

Tilam dan bantal yang empuk menjanjikan tidur lena setelah seharian menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti di siang hari. 

Satu fakta yang perlu anda tahu, Casa Beach Front Studio Suite mempunyai taman mini persendirian untuk memberi peluang kepada tetamu bersantai sambil menikmati secawan kopi atau teh.

Kamar Beach Front Studio Suite
Kamar Beach Front Studio Suite

Jika anda mahu akses mudah ke pantai, inilah bilik yang mesti anda tempah. Hanya beberapa langkah sahaja anda sudah berapa di tepian pantai. 

 

Makan Malam Romantik

Selain itu, jangan lupa singgah menikmati makan malam romantik bersama tersayang di La Sal Restaurant yang menyajikan pelbagai makanan citarasa tempatan, barat dan fusion.

Makan malam yang bertemankan hembusan bayu dan deruan ombak ini tambah menarik jika langit dilimpahi cahaya bulan dan ditaburi kerlipan bintang.

Antara menu yang boleh dicuba ialah Andaman Sea Kataifi Prawn untuk pembuka selera, Fettuccine Aglio E Olio yang mewah dengan makanan laut dan Angus Beef Fillet untuk hidangan utama serta hidangan manisan untuk melengkapkan makan malam anda . 

Andaman Sea Kataifi Prawn
Andaman Sea Kataifi Prawn
Angus Beef Fillet
Angus Beef Fillet

Kesemua hidangan ini penulis sudah nikmati dan percayalah ia menjanjikan letusan rasa yang cukup menyelerakan. Menghabiskan masa di sini membuatkan mood percutian lebih memuncak. Lupa seketika rutin harian yang memenatkan. 

Jika bersantai di tepian kolam renang masih belum memuaskan hati, lanjutkan aktiviti dengan memanjakan diri di Satkara Spa yang diinspirasikan daripada ketenangan hutan hujan, keseimbangan lautan serta energi gunung-ganang

Menggabungkan kaedah rawatan dan ritual tradisional Malaysia, Satkara Spa ialah ruang di mana anda boleh meraih ketenangan dan menerima rawatan yang diidamkan untuk menyegarkan tubuh badan.

Spa yang menampilkan konsep intim ini menawarkan pelbagai rawatan untuk anda dan pasangan cuba seperti Satkara Signature Massage yang menggabungkan beberapa kaedah urutan terdiri daripada shiatsu, lomi-lomi, Swedish, Bali dan Thai.

Ada juga Aromatherapy Massage yang melibatkan urutan lembut serta menggunakan bau-bauan yang menenangkan minda. Boleh pilih urutan 60 minit atau 90 minit. 

Jika tidak pasti jenis urutan yang diingini, petugas spa sedia membantu. Percayalah, kunjungan anda ke spa ini akan mengukir senyuman di wajah. 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan bilik, sila layari casadelmar-langkawi.com . - Getaran, 9 Januari 2022

Gambar : Casa Del Mar dan Rahayu Mat Nah

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini