Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Kafe Menarik Mesti Cuba Hujung Minggu Ini

Dek terlalu lama 'dikurung' pelbagai fasa PKP, orang sekarang memang 'all out' keluar bersiar-siar hujung minggu. Kafe-kafe pasti jadi destinasi kunjungan. Kami ada beberapa cadangan untuk anda minggu ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jan 2022 9:19AM

Gambar: Instagram @platf9rmipoh dan @lenacafebykayuwoods

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau dahulu, setiap kali hujung minggu, ramai yang lebih suka luangkan masa di rumah untuk mendapatkan rehat secukupnya. Itulah masa untuk bersama keluarga. Acara makan besar pun diadakan di rumah. Beli bahan-bahan basah dan masak ikut cita rasa sendiri. 

Namun, trend kini berbeza. Ramai yang lebih suka berkumpul di kafe atau restoran untuk mengeratkan silaturahim. Pandemik dek virus COVID-19 mencetuskan fenomena di mana masing-masing mahu bersosial di luar setelah berbulan-bulan lamanya terkurung dek perintah kawalan pergerakan (PKP).

Jadi, hujung minggu ini ke mana agaknya arah tuju anda untuk menjamu selera dengan santai? Berikut Getaran senaraikan beberapa pilihan kafe yang menang pada gaya dan rasa!

 

1) If Only, Kuala Lumpur

Gambar : Instagram @ifonlykl
Gambar : Instagram @ifonlykl

Di buka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang, kafe ini sesuai dikunjungi oleh ‘morning person’ yang gemarkan sarapan pagi sihat bersama secawan kopi hangat.

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur (Jalan U-Thant), kafe bukan sahaja menjanjikan hidangan menyelerakan, tetapi turut tampil dengan dekorasi menarik.

Jika suka bergambar, pastikan anda berpakaian cantik. Boleh kongsikan di akaun sosial media nanti.

Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah karaage chicken yang dihidangkan bersama salad Jepun dan nasi beras perang atau braised duck leg noodle yang dihidangkan bersama sos istimewa dari dapur Cef Lee.

 

2) Kopi Hutan, Bukit Bendera, Pulau Pinang

Gambar : Instagram @kopihutan.pg
Gambar : Instagram @kopihutan.pg

Kafe yang berada di puncak Bukit Bendera ini pernah tular di media sosial kira-kira dua tahun yang lalu. Ia menarik perhatian ramai bukan kerana makanan atau minuman yang dihidangkan, tetapi dek kawasan kelilingnya yang menghijau.

Satu kewajiban jika sudah sampai ke sini adalah merakam gambar sepuas-puasnya buat suapan media sosial. 

Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, Kopi Hutan menyediakan minuman kopi dan teh bersama bersama beberapa jenis pemanis mulut dan hidangan ringan untuk menjamu selera. Ingat, bintang utama Kopi Hutan bukanlah pada makanannya, tetapi pada latar alam dan cuacanya yang dingin!

 

3) Tentang Kopi, Kangar, Perlis

Gambar : Instagram @tentangkopi.kgr
Gambar : Instagram @tentangkopi.kgr

Kafe yang mula beroperasi pada Januari 2021 ini antara yang popular di negeri paling utara itu. Pelakon Nora Danish pernah singgah di sini untuk menjamu selera ketika dia menjalani penggambaran baru-baru ini.

Jika dilihat pada luaran, kafe kecil ini tampil sederhana, namun menu yang tersedia bukanlah sedikit.

Ada pelbagai jenis pasta, nasi goreng, makanan barat, masakan mi dan bihun serta tidak ketinggalan pastilah minuman kopinya.

Tiga kopi istimewa yang mesti dicuba ialah iris white mocha, ice shaken brown sugar dan crème brulee latte yang setiap satunya cuma berharga RM9.00. Berbaloi bukan?

 

4) The Bold Lab, Kota Bharu, Kelantan

Gambar : Facebook The Bold Lab
Gambar : Facebook The Bold Lab

Jika kebetulan minggu ini anda berada di Kota Bharu, Kelantan dan tidak tahu di mana untuk menikmati kopi enak bersama pemanis mulut menyelerakan, apa kata panjangkan langkah ke The Bold Lab yang terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi. 

Taro burnt cheesecake
Taro burnt cheesecake

Beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam, kafe ini terkenal dengan taro burnt cheesecake, giant peach strudel, choux tower, orange bundt cake dan juga banoffee pie.

Untuk pilihan kopi, ada caffe mocha, caramel latte, vanilla latte, hazelnut latte dan ice coffee cubes yang dijual pada harga bermula daripada RM9.00. 

 

5) Lena Cafe By Kayuwoods, Kuantan, Pahang

Gambar : Instagram @lenacafebykayuwoods
Gambar : Instagram @lenacafebykayuwoods

Mengintai ke akaun Instagram kafe ini, hati sudah terpaut dengan persembahan makanan dan juga dekorasi kafe yang cukup instaworthy. Alangkah seronoknya jika dapat meluangkan masa dengan teman-teman di sini sambil memuaskan nafsu makan.

Kafe ini menjadi bualan mulut kerana hiasan dalamannya yang menggunakan konsep cozy dan rustic. Sama ada untuk sarapan pagi, brunch, makan tengah hari atau minum petang, Lena Café By Kayuwoods ada pilihan menu yang sesuai.

Spaghetti buttermilk lemon creamy sauce with fried chicken
Spaghetti buttermilk lemon creamy sauce with fried chicken

Mesti cuba ayam percik with roasted pumpkin dan spaghetti buttermilk lemon creamy sauce with fried chicken kerana gabungan rasanya cukup unik. Jika tidak mahu kecewa dan menunggu lama, boleh hubungi kafe untuk buat tempahan awal.

 

6) Platf9rm Coffee & Brew Café, Ipoh, Perak

Gambar : Instagram @platf9rmipoh
Gambar : Instagram @platf9rmipoh

Di sini adalah tempat untuk anak menikmati minuman kegemaran Harry Potter dan rakan-rakannya, butterbeer.

Terletak di Concubine Lane, kafe ini mengumpan ramai pengunjung yang bukan sahaja mahu menjamu selera, tetapi mahu bergambar sepuas-puasnya di tiap pelosok kafe. Maklumlah, dekorasinya diinspirasikan daripada kisah penuh magis, Harry Porter.

Walaupun kafe tidak menghidangkan sebarang makanan panas, anda sentiasa boleh manjakan lidah dengan hidangan pemanis mulut yang lazat.

Donut kari ayam
Donut kari ayam

Jangan teragak-agak untuk mencuba beberapa jenis croissant, apple crumble cheesecake, mufin bluberi atau donut kari ayam yang popular.

Untuk pilihan minuman, selain butterbeer anda juga boleh memesan Butter Caffe Latte, teh buah-buahan, phoenix tears (campuran minuman soda dan espreso) dan Platf9rm Matcha Frappe. 

Platf9rm Coffee & Brew Café dibuka pada setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. - Getaran, 8 Januari 2022

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low โ€“ Saksi