Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


13 Azam Dan Harapan Selebriti Tempatan Untuk Tahun 2022

Ada yang mahu memperbaiki diri, ada yang mahu terus menghasilkan karya-karya yang baik dan tidak kurang juga yang mahu terus melakar kejayaan dalam kerjaya seni mereka.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 3:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selamat datang diucapkan buat tahun 2022!

Setelah melalui beberapa episod penuh duka sepanjang dua tahun lalu, pastinya kita mengharapkan tahun ini akan memberikan sinar yang lebih baik dalam kehidupan peribadi mahu pun kerjaya. 

Apa yang berlalu semalam adalah sebuah proses dan pengalaman hidup yang mampu membantu memberi kekuatan buat kita menempuh hari-hari mendatang yang pasti ada cabaran dan dugaannya  tersendiri. 

Apa agaknya azam penggiat seni dan selebriti tempatan kita sempena kedatangan tahun baharu 2022 yang cukup dinantikan ini? 

Ada yang mahu memberbaiki diri, ada yang mahu terus menghasilkan karya-karya yang baik dan tidak kurang juga yang mahu terus melakar kejayaan dalam kerjaya seni mereka. 

Ikuti azam dan tahun baharu mereka seperti mana yang dicatatkan team hiburan Getaran. 

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza -  Penyanyi dan Usahawan

Gambar Fail
Gambar Fail

Saya berharap dapat kembangkan lagi karier nyanyian serta empayar perniagaan saya agar dapat membantu lebih ramai individu di luar sana untuk bergelar usahawan serta mereka yang memerlukan. 

Pada masa yang sama, saya juga berharap dapat membuat persembahan pada tahun 2022 ini mengikut SOP dan norma baharu.

 

Datuk Rosyam Nor - Produser, Pelakon, Usahawan 

Gambar Fail
Gambar Fail

Saya berharap filem Hong Kong yang saya bintangi iaitu G Storm akan dapat diterima dan meraih kutipan pecah panggung. Saya juga berharap dengan kemunculan saya di dalam filem ini, ia akan mencuri perhatian pembikin filem luar. 

Harapan saya juga agar industri perfileman kita akan menjadi semakin rancak semula memandangkan kita sudah dua tahun berhadapan dengan pandemik yang sugul.

 

Erma Fatima - Penerbit, Pengarah, Pelakon, Usahawan 

Gambar Ihsan Erma Fatima
Gambar Ihsan Erma Fatima

Pada tahun 2022 ini, saya berazam untuk memperkuatkan amalan bagi mempersiapkan diri untuk mengakhiri hidup di dunia ini. Juga memperkukuhkan empayar perniagaan serta memperbaiki kelemahan-kelemahan diri sebelum ini. 

 

DJ Lin - Pengurus Besar Sinar FM dan Deejay Radio

Gambar Fail
Gambar Fail

Untuk azam tahun baharu ini, saya berharap dapat diberikan kesempatan untuk menjadi hamba-Nya yang masih realistik dan berfikiran waras serta menjalankan tanggungjawab dan amanah di muka bumi ini.

Saya juga berharap dapat memikul tugas yang baik sebagai seorang ibu kepada dua orang anak yang semakin meningkat dewasa. 

 

Mierul Aiman - Hero Remaja 2021, Model dan Pelakon 

Gambar Fail
Gambar Fail

Saya mahu memberikan senyuman kebahagiaan kepada ibu bapa dan keluarga yang menyayangi saya.

Paling penting, saya mahu fokus kepada minat saya iaitu menjadi pelakon dan pengacara yang berkualiti serta menjaga pembawakan diri, santun dan adab. Saya juga berharap dapat membantu golongan yang memerlukan. 

 

Nabil Aqil - Hero Remaja 2017, Model, Pelakon dan Pempengaruh 

Gambar Fail
Gambar Fail

Azam saya pada tahun baharu ini adalah mahu menjadi seorang pempengaruh yang dapat memberikan kesan positif kepada semua orang.

Saya harap dengan kebaikan yang saya tunjukkan itu akan membuat orang lain tergerak hati untuk selalu berfikiran positif dan meninggalkan pemikiran negatif.

 

Datuk Fazley Yaacob - Cef Selebriti, Penyanyi, Usahawan dan Pakar Motivasi 

Gambar Fail
Gambar Fail

Saya mahu melihat bisnes jenama-jenama saya iaitu Sukasucre Bistro, Minangkapau dan Hitam Manis iaitu jenama kopi berkembang dengan sempurna dan maju. 

Permulaan tahun 2022 pula saya akan muncul dengan sebuah showcase, ‘Yang Sedang Sedang Saja’ yang akan berlangsung pada 22 Januari ini bertempat di Sukasucre Bistro.

Semoga showcase ini menjadi permulaan untuk showcase lain di utara dan selatan tanah air, serta Sabah dan Sarawak bersama sebuah jenama kopi popular.

Semoga single terbaharu saya yang masih dalam pembikinan akan diterima ramai juga. Pengakhiran tahun 2021 adalah sesuatu yang baik kerana dengan adanya Gegar Vaganza, orang kembali melihat saya sebagai penyanyi.

 

Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat - Produser, Pengarah dan Penulis Skrip

Gambar: Instagram @budakijat
Gambar: Instagram @budakijat

Azam saya pada tahun ini adalah mahu memberi fokus untuk menjadi lebih baik sama ada dari aspek peribadi mahupun karier.

Saya juga berazam untuk melahirkan lebih banyak genre drama agar kekal relevan dalam industri lakon layar tanah air menerusi syarikat penerbitan saya, Radius One. 

 

Didie Alias - Pelakon dan Pengacara 

Gambar: Instagram @ladydidiemsia
Gambar: Instagram @ladydidiemsia

Saya berharap pada tahun ini, saya akan terus diberikan kesihatan yang baik. Saya juga berazam untuk menggenggam satu trofi anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang dinilai dari kaca mata juri profesional. 

 

Muzzamer Rahman atau Muzz Amer -  Produser dan Pengarah 

Gambar Fail
Gambar Fail

Harapan saya adalah untuk melihat sinema Malaysia menjadi lebih baik dan saya juga berharap akan dapat membantu pembikin-pembikin filem muda untuk menghasilkan karya yang lebih unggul. 

 

Insomniacks - Pemuzik

Azam kami pada tahun ini adalah untuk terus berkarya dan menumpukan usaha kepada kerjaya muzik kami dengan lebih serius lagi. Kami juga mahu mengeluarkan banyak lagu-lagu yang bagus dan sedap yang boleh diterima pendengar muzik. 

 

Asyraf Nasir - Rapper, Penyanyi dan Penggubah Lagu 

Azam baharu saya adalah untuk menjadi orang yang lebih baik hubungannya dengan orang di sekeliling. Bukan sahaja dari segi persahabatan tetapi juga dengan keluarga. 

Macam-macam perkara yang menimpa kita sepanjang dua tahun yang lalu, jadi kita jangan lupa orang yang tersayang dan terdekat. Jadi, azam baharu saya adalah mahu memperbaiki hubungan saya dengan semua orang. 

 

Dolla - Kumpulan Penyanyi

Kami berharap tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada yang sebelumnya agar kami dapat membuat persembahan, dapat mengadakan sesi bertemu peminat dan dapat menghasilkan lebih banyak kandungan buat pengikut kami, iDolla. 

Kami juga berharap semua rakyat Malaysia termasuk iDolla akan terus kekal sihat dan semoga dunia akan pulih daripada wabak COVID-19. - Getaran, 1 Januari 2022

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini