Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Diet 'Flexitarian' Semakin Dapat Tempat Dan Popular

Kalau dulu kita mendengar tentang diet vegetarian. Kini muncul pula diet 'flexitarian' yang merupakan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan, namun masih membenarkan pengambilan hidangan daging sekali-sekala.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 3:52PM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gaya hidup sihat kini menjadi pilihan lebih ramai orang. Selain mengamalkan senaman secara rutin, amalan pemakanan sihat juga tidak diabaikan. Makanan berminyak, berlemak, tinggi gula dan garam sudah gugur daripada senarai pemakanan. 

Kalau dulu kita sering mendengar tentang mereka yang mengamalkan diet vegetarian, kini muncul pula diet flexitarian yang merupakan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan, namun masih membenarkan pengambilan hidangan daging sekali-sekala.

Asalnya, diet ini diilhamkan oleh golongan yang mengambil berat tentang alam sekitar dengan mengurangkan pengambilan daging mereka sebagai pertukaran untuk sumber protein alternatif.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh OnePoll, sempena penganjuran ‘So Delicious Dairy Free’, mendapati bahawa hampir tiga daripada lima orang rakyat Amerika (59 peratus) makan makanan berasaskan tumbuhan sekurang-kurangnya sekali sehari.

Kajian ini melibatkan 2000 orang rakyat Amerika.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Penyelidikan yang dilancarkan sebelum Hari Vegan Sedunia (1 November) pula menyaksikan rata-rata rakyat Amerika mula mengubah cara pemakanan mereka dengan menikmati empat hidangan tanpa daging dalam seminggu. 

Kini budaya pemakanan ini sudah mula ‘merebak’ ke Malaysia. Cuba perhatikan ada atau tidak ahli keluarga atau rakan-anda yang mengamalkan diet ini?

Jika ada, cuba tanya mengapa mereka senang dengan diet ini?

Salah satu jawapan yang sering diberikan oleh golongan ini adalah ‘peraturan’ yang tidak terlalu ketat, seperti yang dijelaskan di atas.

Jika mahu makan daging, ayam, itik atau makanan laut masih dibenarkan, cuma kuantitinya sangat kurang. Jadi pilihan lebih luas.

Tinjauan Pengguna Market Pulse Global Data 2020 menunjukkan hampir 50 peratus daripada rakyat Malaysia punya misi atau matlamat untuk mengurangkan pengambilan daging dan trend ini nampaknya semakin meningkat sehingga turut disambut baik oleh restoran dan kafe yang menjadi tumpuan ramai. 

Jika anda adalah salah seorang pemburu daging berasaskan tumbuhan dan selalu mengintai hotspot selera hijau yang seterusnya, di sini Getaran senaraikan tujuh lokasi selera untuk penggemar hidangan berasaskan tumbuhan terbaik di seluruh Malaysia!

 

1) Sala

Dapatkan perisa Tex-Mex anda di Sala, sebuah restoran vegan berinspirasikan masakan Latin yang lazat. Untuk pilihan vegan, rasanya hampir sama dengan daging sebenar sehingga anda tidak dapat membezakannya.

Kami cadangkan anda mencuba ‘Chick'n Ranch Wrap’ yang lazat. Dengan pilihan sos vegan ranch, mustard madu vegan dan cili thai yang manis, hidangan ini hadir bersama coleslaw dan kentang goreng.

Percayalah anda akan tersenyum puas!

Lokasi : Boleh didapati di semua cawangan Sala di Hartamas, The Row, Desa Park City, Mont Kiara, Bandar Rimbayu, Avenue K, dan Alamanda Putrajaya.

 

2) Da Bao

Tiba masanya untuk tapau (bungkus) atau makan-makan di Da Bao! Tempat melepak bergaya ini terkenal kerana menyajikan hidangan unik dan lazat kegemaran Malaysia, bao.

Jika anda ingin mencuba hidangan berasaskan tumbuhan, cubalah ‘Phuture Cheese-bao-ger’ mereka yang terkenal. Disumbat dengan patti berjus berasaskan tumbuhan yang lazat, bao-ger ini sesungguhnya akan membuatkan anda teringat-ingat tentangnya.

Jika anda mencari perisa bao yang lebih klasik, ‘Spicy Chicken Bao' dengan jeruk masam manis yang dihidangkan dengan aioli bawang putih pedas adalah hidangan yang sukar untuk dilepaskan!

Lokasi: 145, Jalan Petaling, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

3) Thursdvy by Hijau KL

Terkenal dengan hidangan fusion Jepun berasaskan tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesejahteraan tubuh badan, lokasi selera ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Hidangan mesti cuba di Thursdvy by Hijau ialah ‘Hijau Chick’n Burger’, dengan patti ayam berjus berasaskan tumbuhan bersama keju vegan yang melekit, anda akan terbuai dengan keenakkan rasanya.

Lokasi : 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

4) LeFood

Warga Subang sila beri perhatian! Jika anda belum pernah menjejakkan kaki di restoran mesra vegan LeFood, inilah masanya untuk mencuba pelbagai hidangan enak di sana.

LeFood berbangga dapat menyajikan makanan enak dengan menggunakan bahan-bahan segar yang berkualiti dan semula jadi. Cubalah burger 'HFC Classic Chick'n' atau 'Spicy Chick'n' yang lazat serta berkhasiat. Pasti ia mengenyangkan!

Lokasi: No. 7G, Jalan SS18/1B, 47500, Subang Jaya, Selangor

 

5) V-life

Istimewa untuk penggemar makanan vegan berasaskan tumbuhan di Ipoh, V-Life adalah tempat untuk dituju. Pasukan V-Life mengambil berat tentang pengambilan makanan.

Sama anda anda mahu membawa pulang atau makan di sana, V-Life menjanjikan pengalaman menjamu selera yang lebih sihat tanpa mengabaikan rasa.

Dalam masa yang sama, lokasi selera ini juga menggunakan teknologi memasak tercanggih untuk selangkah ke hadapan.

Ia bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan mengekalkan jangka hayat bumi dengan menyediakan makanan sihat menanam sendiri sayuran dengan mengguna pakai sistem hidroponik. 

Menu mesti cuba di sini ialah 'Smoky n’ Picante Crispy Chicken Burger'. Hidangan berasaskan tumbuh-tumbuhan ini cukup lazat dan mengenyangkan! 

Lokasi: 42, Lintasan Perajurit 6, Taman Ipoh Timur, 31400 Ipoh, Perak

 

6) Bowl Bowl

Jika sukar berpisah dengan nasi, Bowl Bowl mungkin mampu memuaskan nafsu makan anda. Hidangan 'Salted Egg & Buttermilk Bowl' mereka menjadi pujaan ramai.

Dihidangkan bersama ayam goreng ranggup atau pilihan alternatif berasaskan tumbuhan, hidangan ini menjanjikan letusan rasa yang diidamkan ramai. 

Jika mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain, cubalah 'Longan Sweet & Sour “Chicken” Rice Bowl' mereka yang unik. Walaupun ia sebenarnya adalah menu tanpa daging, tetapi nikmat dan kelazatan tidak terkata! 

Lokasi : Rinse KL, 15, Jalan Damar SD 15/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor 

 

7) Vintage 1988

Vintage 1988 menawarkan pelbagai hidangan berkhasiat untuk dinikmati oleh semua. Mereka mempunyai pelbagai pilihan vegetarian, vegan dan bukan vegan.

Mesti cuba ialah 'High-Fibre Crispy Chick’n Burger' mereka, menampilkan patti 'ayam' berasaskan sayur-sayuran yang lazat dalam roti bit istimewa, hidangan ini juga mewah dengan salad butterhead, frisee merah dan pic caramel.

Kehadiran mayonis vegan dan hirisan mozzarella menjadikannya lebih wow!

Lokasi: Vintage 1988, 34, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Selangor 

Selamat menjamu selera! - Getaran 25 Disember 2021

Gambar : Akaun media sosial setiap kafe

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini