Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Merasai Pengalaman Jelajah Konvoi Skuter Dari Kuala Lumpur Ke Kuantan

Penulis Getaran berkongsi pengalamannya mengembara ke kota Kuantan sambil menyertai konvoi besar-besaran menunggang skuter.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 6:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada awal Disember yang lalu, penulis telah dijemput untuk menyertai satu aktiviti konvoi yang diberi nama Vespa Day Kuantan 2021.

Ia dianjurkan oleh Vespa Club Malaysia sempena ulang tahun Vespa yang ke-75 dan telah mengumpulkan ramai pemilik kenderaan dua roda ini dari serata tempat untuk menuju ke Kuantan, Pahang. 

Sebanyak 60 buah skuter telah mengikuti acara ini. Ada yang muncul secara solo dan berpasangan, tanpa mengira jantina. Semua peserta dikumpulkan di Motorplex PJ untuk pendaftaran, seterusnya diberikan taklimat perjalanan dan keselamatan sebelum bertolak. 

Antara pesanan yang diberikan oleh ketua konvoi ialah untuk menunggang dengan kemampuan diri sendiri bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Tambahan pula, kami turut diingatkan untuk sentiasa menjaga tingkah laku semasa menunggang bagi mengekalkan imej sebagai pengguna jalan raya yang berhemah.

Penganjur juga mengingatkan kepada peserta untuk membawa baju hujan kerana hujan dijangka akan turun sepanjang perjalanan.

Konvoi ini telah menetapkan beberapa individu penting untuk menjadi marshal, mekanik dan petugas lain semasa acara ini berjalan. Terdapat beberapa individu lain yang akan mendahului perjalanan bagi menunjukkan arah pengembaraan. 

Di samping itu juga, dua orang marshal akan mengekori kumpulan konvoi di bahagian belakang. Ini bagi memastikan tiada penungang yang tersilap laluan dan terkeluar daripada kumpulan konvoi.

Sebuah van yang membawa dua buah skuter tambahan turut mengekori sebagai persediaan untuk membuat penukaran jika skuter yang ditunggang mengalami kerosakan semasa perjalanan.

Penulis menggunakan Vespa Primavera 150 untuk bersama-sama merasai perjalanan konvoi ini. Dengan peraturan dan SOP yang telah ditetapkan, konvoi bertolak pada jam 9.00 pagi. 

Seperti yang dijangka, selepas masa 15 minit perjalanan, hujan renyai mula melanda.

Hentian rehat dan rawat (RNR) Karak menjadi perhentian pertama bagi mengisi minyak dan mendapatkan kudapan selain waktu tandas buat penunggang. Ini diulang lagi di RNR Temerloh sebagai perhentian kedua.

Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Kuantan, kami ditemani hujan gerimis dan tiada tanda hujan akan berhenti. Namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat setiap penunggang untuk meneruskan perjalanan.

Keadaan yang sejuk menyelubungi tubuh badan semasa menunggang dan ia paling dirasai semasa menunggang sepanjang lebuh raya Genting Sempah. 

Sejurus sampai ke tol Gambang, semua penunggang diarahkan untuk berkumpul terlebih dahulu untuk 'headcount' dan seterusnya bersama-sama bergerak ke lokasi penginapan di Adena Resort Kuantan Pahang.

Seperti dalam jadual, rombongan konvoi tiba sekitar jam 2.30 petang.

Pada hari kedua, pelbagai aktiviti dijalankan seperti perlumbaan skuter paling perlahan dan pemilihan skuter paling cantik.

Menjelang tengah hari, sebanyak 30 buah skuter lagi hadir dari Johor, Pulau Pinang dan kawasan tempatan untuk bersama-sama menunggang mengelilingi Kuantan. 

Gambar: Instagram @danny.saadin
Gambar: Instagram @danny.saadin

Menurut Presiden Vespa Club Malaysia, Danny Saadin, beliau ingin menunjukkan bahawa memiliki skuter Vespa bukan bererti ia sekadar kenderaan tunggangan, tetapi ia juga suatu gaya hidup. 

“Membelinya umpama anda membeli sebuah keluarga yang tidak kira umur, bangsa atau agama. Saya menyeru kepada semua pemilik agar mendaftar secara rasmi sebagai ahli kerana terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang diberikan.”

Tambahnya, “Lima tahun dari sekarang saya berharap komuniti ini akan berkembang dengan lebih luas dan setiap jalan raya akan kelihatan jentera ini ditunggang di merata tempat.”

Menjelang Jun 2022, Hari Vespa Sedunia akan dilangsungkan buat kali pertama di Asia bertempat di Bali. Perancangan hari tersebut telah mengambil masa lima tahun dan dijangka menjadi hari penuh bersejarah buat jenama Vespa.

Buat yang belum pernah menyertai konvoi beroda dua, cubalah rasai pengalaman ini sendiri. Anda mungkin akan menyukainya dan ingin mengulanginya lagi berkali-kali. - Getaran 19 Disember 2021

Gambar: Vespa Club Malaysia

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 3 minggu yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini