Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Diet Jangan Semberono, Buat Rujukan Sebelum Bermula

Hati-hati sebelum memulakan diet. Ia tidak semudah yang anda sangkakan. Carilah rujukan dan buat persediaan terlebih dahulu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Mar 2021 9:00AM

Gambar: Sam Moqadam, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang sedang berkira-kira untuk mengamalkan rutin diet, jangan lupa buat rujukan demi rujukan agar anda tidak tersilap pilih dan akhirnya diet tidak berjaya. Terdapat pelbagai jenis diet yang boleh diikuti, tetapi tidak semua diet sesuai untuk semua orang.

Sebelum bermula, anda perlu fahami kesan sampingan dan keberkesanan sesuatu jenis diet. Jom semak kelebihan dan kekurangan beberapa jenis diet yang popular sehingga kini.

DIET ATKINS

Paling popular kerana ia mampu menurunkan berat badan dengan kadar segera. Ramai selebriti yang mengamalkan diet ini seperti Kim Kardashian, Rihanna, Renee Zellweger, dan Jennifer Aniston.

Diet Atkins mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti dan ubi kentang dalam pemakanan. Kelebihan diet ini ialah, ia mengurangkan pengambilan karbohidrat kompleks, jadi ia meringankan tugas usus untuk memproses makanan dan menyerap nutrisi. 

Bagaimanapun, pengamal diet Atkins lebih mudah naik berat badan jika mereka tidak meneruskan diet ini.

Malah ada beberapa kes di mana kenaikan berat badan mereka selepas berhenti diet Atkins lebih tinggi daripada berat asal mereka sebelum memulakannya.

Selain itu, ada juga yang berhadapan dengan masalah kelesuan kerana tidak mendapat tenaga yang mencukupi. Karbohidrat adalah sumber tenaga yang paling bagus. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

DIET PALEO

Diet Paleo diilhamkan daripada cara pemakanan orang-orang zaman Paleolitik di mana mereka hanya makan makanan berasaskan alam semula jadi. Makanan proses adalah dilarang sama sekali, termasuklah roti, oat, gandum, gula, garam, dan susu.

Diet Paleo mencadangkan agar pengamalnya hanya makan makanan berasaskan tumbuhan dan daging haiwan, atau lebih tepat lagi bahan-bahan organik. 

Memang agak rumit untuk diamalkan, tetapi ia sebenarnya baik untuk kesihatan kerana tubuh akan bebas daripada bahan-bahan pengawet, perasa tiruan dan juga bahan-bahan kimia lain yang sering digunakan dalam pembuatan makanan.

Pengambilan buah-buahan secara rutin boleh melindungi tubuh badan daripada pelbagai jenis penyakit. Satu kekurangan tentang diet ini, terutama kepada mereka yang hidup di bandar besar adalah kekangan bajet. Untuk mendapatkan bahan-bahan organik bukanlah murah. 

DIET DANISH / NORDIC

Diet ini kenali dengan nama ini kerana ia digunakan oleh Royal Danish Hospital. Namun, ia sangat popular di kalangan artis K-Pop yang mahu tampil langsing dalam waktu yang singkat. Diet ini sangat ketat, di mana anda perlu amalkan pengambilan protein tinggi dan kalori rendah selama 13 hari.

Walaupun sukar, ia berkesan. Perubahan metabolisme adalah asas kepada keberhasilan diet ini terhadap seseorang. Kelebihannya ialah, selepas mendapat berat badan ideal dan anda kembali kepada diet normal, berat badan tidak akan bertambah dalam masa dua tahun.

Sekiranya diet dipatuhi setiap hari, langkah demi langkah, seseorang dapat kehilangan semua lemak yang terkumpul dalam tisu badan. Diet mesti dilakukan tepat 13 hari, tidak lebih dan tidak kurang.

Menurut laman web https://copenhagendiet.com/, anda boleh kehilangan sehingga 22 kilogram dalam 13 hari saat mengamalkan diet ini dengan mengelakkan buah dan bijirin sekali gus mengikuti pelan menu tertentu yang termasuk daging tanpa lemak, telur, salad dan kopi.

Risiko mengamalkan diet ini adalah anda mungkin berasa lemah, lapar, letih dan mendapat penyakit memandangkan pengambilan kalorinya sangat rendah iaitu kira-kira 600 kalori setiap hari. 

Gambar: Heather Ford, Unsplash
Gambar: Heather Ford, Unsplash

DIET MAKRONUTRIEN

Diet makronutrien atau kalori seimbang semakin mendapat perhatian ramai kerana tiada kategori yang dilarang untuk diambil. Makronutrien adalah makanan utama yang membantu tubuh dan membentuk energi. Makronutrien terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu lemak, protein dan karbohidrat. 

Bagaimanapun, pengambilan semua nutrisi ini perlulah dalam kuantiti yang sesuai mengikut keperluan badan anda. Diet makronutrien sangat efektif untuk menurunkan, mengekalkan atau menambah berat badan. Bahasa mudahnya, anda perlu mengira jumlah kalori dan mengawal kuantiti makanan yang diambil.

Berikut adalah formula pengiraan keperluan kalori harian (BMR) anda. 

BMR Lelaki = (10 x Berat, kg) + (6.25 x Tinggi, cm) – (5 x Umur) + 5

BMR Wanita = (10 x Berat, kg) + (6.25 x Tinggi, cm) – (5 x Umur) – 161

Kekurangan diet ini ialah, proses penurunan berat badan dalam diet ini mengambil lebih banyak masa. Hasil mengamalkan diet ini tidak drastik dan mungkin makan masa bertahun. Ia merupakan diet yang sesuai diamalkan untuk jangka masa panjang. - Getaran, 6 Mac 2021

Nota penulis : Setiap info yang dipaparkan dalam artikel ini adalah berdasarkan rujukan atas talian. Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan sebelum memulakan pelan diet. 

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA