Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


8 Perkara Yang Wajar Dielakkan Ketika Temu Duga Kerja

Kenapa masih ada lagi yang gagal dalam temu duga pekerjaan walaupun mempunyai resume yang baik? Kami kongsikan beberapa tip.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 5:35PM

Gambar: Cottonbro, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Temu duga adalah proses penilaian oleh sesebuah syarikat bagi melihat kesesuaian seseorang individu untuk diambil sebagai pekerja. 

Mungkin ramai yang sudah membuat persiapan untuk sesi ini bagi menyakinkan pihak syarikat bahwa anda layak untuk mengisi jawatan yang ditawarkan.

Namun mengapa masih ada lagi yang gagal dalam temu duga pekerjaan walaupun mempunyai resume yang baik. Mari kita lihat lapan perkara yang harus dielak yang mungkin anda lakukan semasa temu duga.

 

Lewat Hadir

Waktu kehadiran yang telah ditetapkan oleh syarikat untuk sesi temu duga adalah perkara pertama yang akan dinilai. Mereka ingin melihat ketepatan waktu dan disiplin calon dalam mengendalikan masa.

Untuk mengelakkan kelewatan, anda digalakkan untuk merancang perjalanan dan hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan ketika perjalanan ke lokasi temu duga. Tidak kira apa pun alasan yang diberikan jika anda lewat hadir, anda pasti dianggap gagal untuk penilaian pertama.

Walau bagaimanapun, jika berlaku situasi kecemasan, segeralah menghubungi pihak syarikat dan membuat pejelasan bagi mendapatkan budi bicara untuk menunda waktu sesi temu duga.

 

Memburukkan Majikan Dan Syarikat

Semasa sesi temu duga, pastinya pihak panel akan bertanyakan mengapa anda mahu mencari pekerjaan yang lain. Sungguhpun anda mungkin mengalami keadaan yang sukar di tempat kerja anda ketika itu, anda dilarang sama sekali untuk memburukkan majikan semasa.

Ini akan memperlihatkan diri calon sebagai pekerja yang bermasalah dan tidak menghormati ketua serta mencerminkan prinsip keperibadian yang tidak bagus.

Elakkan daripada mengadu perkara yang boleh menjatuhkan imej anda.

 

Bertanya Tentang Gaji Pada Awal Temu Duga

Elakkan diri daripada bertanya tentang gaji, elaun, faedah dan seumpamanya pada awal temu duga. Biarpun terdapat iklan jawatan kosong yang menyatakan jumlah gaji yang ditawarkan, masih ada juga yang tidak menyatakannya sama sekali. 

Jadi teruskan sesi temu dga anda seperti biasa sehinggalah pihak panel bertanyakan soal gaji. Inilah masa yang tepat untuk anda membuat rundingan gaji yang dimahukan.

 

Menjawab Panggilan Dan Pesanan Telefon

Anda dilarang sama sekali untuk menjawab panggilan telefon semasa sesi temu duga sedang berjalan. Berikan tumpuan penuh semasa sesi ini untuk kedua-dua pihak mengenali antara satu sama lain.

Calon akan dilihat kurang sopan oleh bakal majikan jika menjawab panggilan atau pesanan telefon ketika ditemu duga. Ambil langkah untuk mematikan telefon sebentar atau menukarnya kepada mod senyap untuk mengelakkan gangguan. 

 

Menjawab Soalan Dengan Cara Yang Sesuai 

Proses temu duga pastinya melibatkan pelbagai soalan dan pertanyaan daripada pihak panel bagi mencari calon yang tepat untuk diambil sebagai pekerja.

Kadangkala, soalan yang diberikan sangat mencabar sehingga membuatkan kita tidak dapat berfikir sejenak untuk memberikan jawapan yang terbaik.

Sebagai contoh, jika anda tidak dapat berikan respon kepada pertanyaan daripada pihak panel, elakkan daripada memberi jawapan “Saya tidak tahu.”

Balas pertanyaan tersebut dengan menjawab “Saya kurang pasti dan saya akan semak semula untuk mendapatkan jawapan.”

Ini menunjukkan calon adalah seseorang yang ingin mengambil tahu tentang perkara yang ditanyakan dan bukan mengendahkan pertanyaan tersebut sepenuhnya.

 

Menggunakan Kata-kata Kasar Dan Memaki Hamun

Calon perlu bersedia untuk diuji dengan pertanyaan berat ketika temu duga. Perkara ini kadangkala dipraktikan oleh sesetengah syarikat ketika sesi temu duga untuk melihat kesabaran dan ketahanan mental seseorang.

Tenangkan diri dan sabar serta jawab dengan tenang ketika melalui proses ini dan jangan sesekali menggunakan kata-kata kasar atau memaki hamun.

Menggunakan kata-kata kasar dan memaki hamun pasti akan menyingkirkan calon daripada dipilih sebagai pekerja. Kesopanan dan adab adalah perkara asas dalam sebarang jenis komunikasi, jadi berhati-hati ketika berbicara.

 

Meminta Simpati

Kadangkala kita memang benar-benar memerlukan pekerjaan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi ketika ditemu duga, kongsikan segala pengalaman dan kemahiran yang ada.

Jangan bincangkan perkara yang tidak berkaitan dan meminta simpati untuk anda dipilih sebagai pekerja di syarikat tersebut.

Bersikap profesional dan tampilkan diri anda sebagai individu yang sudah bersiap sedia untuk berkhidmat di syarikat mereka. Yakinlah bahawa jika sudah ditakdirkan, rezeki akan berpihak kepada anda.

 

“Saya Tidak Mempunyai Apa-apa Soalan”

Perkara ini lazimnya ditanya ketika sesi temu duga hampir berakhir. Jika ditanya, “Ada apa-apa soalan?" pastikan anda sudah menyiapkan beberapa soalan sekurang-kurangnya satu soalan yang ingin dilontarkan.

Jangan hanya berdiam diri dan menggelengkan kepala. Tanyakan soalan berkaitan dengan syarikat, kakitangan, operasi dan seumpamanya.

Ia bagi menunjukan bahawa anda mempunyai keinginan untuk bekerja dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat tersebut. 

Jadi, yakinkan diri dan berikan yang terbaik semasa sesi temu duga supaya pihak panel yakin dan bersedia untuk menerima anda bekerja. Selebihnya, berdoalah dan berserah kepada Tuhan. Selamat menjalani temu duga. - Getaran, 12 Disember 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

2

Politik 8 bulan yang lalu

Kedah ‘Jahanam’ Di Tangan Sanusi, Rakyat Tak Dapat Apa Pun - Aktivis

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Komitmen Kewangan Punca Warga Emas Masih Bekerja Selepas Usia Persaraan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Suri Rumah Rugi RM110,556 Terpedaya Kerja Mudah 'Like And Share'

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia