Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menikmati Kehebatan Kenderaan Mewah Beroda Dua Dari Itali

Menunggang kenderaan dua roda dalam bentuk skuter mewah jenama Itali tersohor ini membawa kebanggaan yang tersendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menunggang kenderaan dua roda dalam bentuk skuter mewah jenama Vespa membawa kebanggaan yang tersendiri. Kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat Piaggio & Co. S.p.A dari Itali ini menjadi pilihan pelbagai golongan tanpa mengira usia mahupun jantina.

Gambar: Instagram @genglonggok
Gambar: Instagram @genglonggok

TARA hari ini mengulas prestasi dua model skuter Vespa, iaitu Vespa Sprint 150 dan Vespa GTS 300 yang sempat dipandu uji oleh penulis. 

 

Vespa Sprit 150

Model Vespa ini dikeluarkan pada sekitar 2018 dan ia adalah salah satu penyambung legasi Vespa. Model ini menggunakan i-GET dan mempunyai kuasa 150cc. Apabila menghidupkan skuter ini, ia masih mengekalkan bunyi enjin yang sederhana dan lembut. Tambahan pula ia mempunyai henjutan yang agak laju apabila pendikit dipulas.

Kebiasaannya kita dapat lihat model Vespa mempunyai penampilan yang klasik, akan tetapi bagi reka bentuk model kali ini sedikit berbeza.

Lampu depan Vespa biasanya sinonim dengan bentuk bulat atau bujur, namun kali ini ia menampilkan reka bentuk ‘necktie’ dan tampak lebih elegan.

Ia juga dipasangkan dengan rim jejari tayar 12 inci bagi memperlihatkan sedikit gaya moden pada reka bentuknya tanpa menghilangkan elemen klasik. 

Menurut pengamatan penulis, apabila dibandingkan dengan model yang lain, Vespa Sprint 150 mempunyai bentuk yang sedikit kecil tetapi masih mempunyai berat yang ideal iaitu lebih kurang 100kg dan mampu memecut sekitar 100 km/j.

Ia juga dipasangkan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang dapat mengelakkan anda daripada brek mengejut. Anda boleh mendapatkannya dari harga permulaan RM19,900 mengikut spesifikasi Skuter Vespa yang diinginkan.

 

Vespa GTS 300

Mungkin ramai yang menganggap skuter Vespa hanya untuk pengguna yang menunggang dengan kadar kelajuan sederhana. Kini tidak lagi.

Vespa telah mengeluarkan sebuah model yang mempunyai sedikit penambahan kelajuan. Vespa GTS 300 mempunyai kapasiti kuasa engin sebanyak 278cc dengan kelajuan maksimum 120 km/j! 

Ia juga mempunyai skrin meter digital sepenuhnya namun terdapat juga skrin meter klasik atau skrin gabungan bergantung pada cita rasa pengguna.

Mempunyai berat sehingga 158kg, pastinya tunggangan anda lebih stabil jika dibawa di atas lebuh raya. 

Masih mengekalkan sistem Brek Anti-Kunci (ABS), model ini tidak banyak berubah dari segi reka bentuknya dengan model yang lain.

Akan tetapi corak perisai hadapan dan sisi tepi yang baharu seakan-akan berbentuk sarang lebah membuatkan penampilan model ini nampak lebih garang.

Anda boleh memilikinya dengan harga bermula RM33,000 mengikut spesifikasi yang diinginkan.

Buat penulis, kedua-dua model ini masih menggambarkan skuter klasik yang mempunyai gaya tersendiri.

Apabila menunggangnya, penulis dapat merasakan kestabilan yang baik sebagai kelebihan utama kerana kelebaran tayar skuter yang agak besar walaupun bersaiz kecil.

Ia menjadikan skuter tersebut mudah ditunggang dengan transmisi automatik. 

Gambar: Instagram @danny.saadin
Gambar: Instagram @danny.saadin

Bagi yang meminati skuter Vespa yang mempunyai kelajuan lebih tinggi, anda disarankan untuk memiliki GTS 300. Namun kelajuannya tidak boleh disamakan dengan motosikal yang mempunyai gear. 

Apabila melakukan selekohan di atas lebuh raya dengan kelajuan 80 km/j, skuter ini masih stabil.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan anda tidak disarankan untuk membuat selekohan yang tajam kerana dikhuatiri bahagian bawah skuter akan bergesel dengan jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan. 

Bagi model Vespa Sprint 150 pula, penulis tidak menyarankan untuk penunggang yang mempunyai tubuh badan yang kecil kerana ia agak ringan.

Dikhuatiri semasa menunggangnya, keadaan skuter akan terhuyung-hayang gara-gara kurang kawalan apabila ditiup angin. Namun ia juga bergantung kepada cara tunggangan masing-masing.

Selamat membuat pilihan! - Getaran, 11 Disember 2021


Gambar: Izwan Ramlan dan Vespa

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu