Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rawatan Anti Penuaan Tanpa Surgeri

Penuaan memang tidak dapat dicegah, tapi anda boleh memperlambatkan prosesnya dengan mengamalkan rutin penjagaan wajah yang tepat.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Nov 2021 4:04PM

Gambar Hiasan, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kulit kering, kusam, dan garis-garis halus yang terbentuk di sekitar mata adalah tanda-tanda penuaan yang paling mudah untuk dilihat.

Apabila ini terjadi, ramai kaum wanita mula tidak senang duduk dibuatnya. Sebab itulah mereka sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mengembalikan keremajaan kulit.

Penuaan memang tidak dapat dicegah, tapi anda boleh memperlambatkan prosesnya dengan mengamalkan rutin penjagaan wajah yang tepat.

Produk penjagaan wajah yang bersifat anti penuaan sudah pasti membantu ada kekal cantik, terutamanya jika usia sudah menginjak lebih 30 tahun. Ini kerana produksi kolagen mulai berkurangan apabila usia mencecah 25 tahun.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Penuaan semula jadi kulit berubah seiring dengan bertambahnya usia dengan ciri-ciri kulit nampak kendur, berkedut, menipis, atau dipenuhi dengan bintik-bintik hitam akibat pigmentasi.

Biarpun masalah kulit ini disebabkan oleh faktor usia, namun tidak mustahil ia terjadi dalam kalangan mereka yang berusia lebih muda. 

Sebab apa? Sebabnya penuaan semula jadi ini turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti keturunan, pemakanan, gaya hidup dan juga beberapa kebiasaan lain yang boleh merosakkan kulit.

Salah satu pengabaian penjagaan kulit yang sering dilakukan ialah pemakaian krim pelindung matahari (sunblock).

Menurut Pakar Estetika, Mejar (B) Dr Hamidah Mohd Salleh, salah satu rutin rawatan wajah yang sering dipandang enteng oleh kebanyakan wanita ialah penggunaan krim pelindung matahari.

Pakar Estetika, Mejar (B) Dr Hamidah Mohd Salleh
Pakar Estetika, Mejar (B) Dr Hamidah Mohd Salleh

Jelas beliau, ramai yang masih beranggapan pemakaian krim pelindung matahari hanya perlu apabila mahu keluar dari rumah atau mahu menikmati percutian pantai sahaja. 

“Sebenarnya untuk memperlambatkan penuaan wajah atau kulit, rutin paling asas yang perlu diperbetulkan ialah pemakaian krim pelindung matahari.

“Ramai yang masih tidak faham dengan fungsi krim ini dan menganggap ia hanya perlu dipakai apabila mahu keluar rumah atau mahu ke pantai. 

“Sedangkan ia perlu dipakai selalu kerana kulit kita bukan sahaja terdedah kepada sinaran UV daripada matahari tetapi juga sinaran UVB, UVA yang turut dihasilkan oleh lampu, komputer riba, televisyen dan telefon pintar.

“Semua jenis sinaran UV ini juga boleh memberi kesan kepada kulit.

“Sinaran-sinaran ini walaupun tidak terasa panas, tetapi ia boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap, pigmentasi dan berkedut. Cahaya yang terhasil daripada alatan ini boleh menembusi ke dalam lapisan kulit, sekali gus mempercepatkan proses penuaan. 

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

“Sebab itu, setiap kali saya memberikan khidmat nasihat tentang rawatan wajah, saya tekankan tentang penggunaan krim pelindung matahari.

“Produk kecantikan ini mesti ada berbanding serum, penyegar mahupun pelembab wajah,” ujar Dr. Hamidah yang ditemui di klinik beliau, Klinik Lovina, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Tambah Dr. Hamidah lagi, jangan kedekut atau berkira untuk melabur ke atas krim pelindung matahari yang bagus jika mahu memastikan kulit wajah kekal berseri dan terhindar daripada masalah kulit yang menjengkelkan.

“Dalam masa yang sama, perlu juga amalkan pemakanan yang sihat, agar kulit mendapat zat dan khasiat yang diperlukan untuk kesihatannya.

“Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian, banyak minum air kosong serta kurangkan makanan yang berminyak dan berlemak,” pesan Dr. Hamidah lagi.

 

Rawatan tanpa pembedahan

Seiring dengan kecanggihan teknologi kecantikan ketika ini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan wajah idaman dengan melakukan beberapa kaedah rawatan wajah untuk tampil mempesona.

Namun, tidak semua rawatan estetika ini boleh dilakukan oleh umat Islam kerana hukum mengubah kejadian Allah adalah haram. 

Jadi, berkongsi dengan pembaca Getaran, Dr. Hamidah menjelaskan masih ada rawatan ‘muslim-friendly’ yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah penuaan semula jadi.

Tidak perlu sebarang suntikan mahupun pembedahan, jauh sekali mengubah ciptaan Allah.

“Di sini saya senaraikan empat jenis rawatan yang boleh dilakukan di Klinik Lovina. Semua rawatan kami di sini adalah muslim-friendly kerana itulah tujuan asal penubuhan klinik ini yang mahu memenuhi permintaan di kalangan umat Islam.

“Selain rawatan yang tidak menyalahi hukum, kami juga menggunakan bahan-bahan daripada sumber yang halal,” ujar Dr. Hamidah.

Berikut adalah rawatan anti-penuaan yang boleh dipertimbangkan jika ingin tampil awet muda.

 

1. Treatment HIFU skin lifting (High Intensity Focused Ultrasound) - rawatan anti penuaan untuk kulit kendur dan berkedut

Rawatan terbaharu dan terbaik untuk menggalakkan penghasilan kolagen. Memandangkan tubuh tidak lagi menghasilkan kolagen secara semula jadi, jadi kaedah ultrasound digunakan ke atas lapisan kulit wajah.

Proses ini akan merangsang tindak balas kulit untuk menghasilkan kolagen baru secara semula jadi agar kulit tampil lebih anjal dan awet muda.

Antara kelebihan atau manfaat daripada rawatan ini adalah ia boleh menganjalkan kulit wajah sehingga anda kelihatan lebih muda daripada usia sebenar, menghilangkan garis-garis halus dan kedutan di bawah mata dan bibir, wajah kelihatan lebih tirus dan tiada lagi dagu berlipat.

Kesan rawatan HIFU boleh bertahan lama, antara tiga hingga ke enam bulan.

 

2. Hollywood peel laser treatment - rawatan anti penuaan untuk kulit kusam atau pigmentasi 

Sesuai untuk wanita bekerjaya yang tidak punya masa. Rawatan hanya mengambil masa yang pendek dan boleh dilakukan pada waktu rehat makan tengahari.

Walaupun singkat iaitu kira-kira 15 minit ke 20 minit, tetapi hasilnya cepat dan perubahannya jelas terlihat.

Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada rawatan ini ialah membantu menghilangkan masalah tompok-tompok hitam atau pigmentasi, memudarkan parut jerawat, menghilangkan garis-garis halus, menganjalkan kulit serta mengembalikan mengembalikan kulit pada tona asal.

 

3. Diamond silk peel - menggunakan teknik mikrodermabrasi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan infusi lapisan kulit dalam

Rawatan ini juga sesuai untuk memperlambatkan penuaan semula jadi. Ini kerana ia menggunakan kaedah mikrodermabrasi yang bertujuan untuk meremajakan kulit wajah.

Prosedur ini dilakukan dengan menggunakan teknik pengelupasan kulit, sehingga sel-sel kulit wajah yang mati terangkat. 

Mereka yang mempunyai masalah kusam dan pori tersumbat sangat disarankan untuk melakukan rawatan wajah ini.  Selain itu, Diamond Silk Peel ini juga boleh mencegah masalah jerawat, kulit kering, garis-garis halus dan kedutan pada wajah. 

 

4. Antiageing hydrating peel – rawatan menggunakan teknik pengelupasan kimia 

Rawatan ini menggunakan penyelesaian kimia profesional untuk membaiki penghalang kulit (skin barrier) dan mengembalikan fungsinya.

Rawatan ini adalah rawatan pembersihan kulit yang menggunakan cairan kimia tertentu yang dioleskan pada kulit wajah dan dibiarkan seketika untuk meresap ke dalam kulit sebelum langkah selanjutnya. 

Jika dilakukan selalu, rawatan ini efektif untuk mengurangkan bahkan menghilangkan masalah jerawat, parut jerawat, bintik-bintik hitam akibat selaran matahari, hiperpigmentasi, kedutan halus, lingkaran hitam di bawah mata, serta kulit kering dan bersisik.

Ini menjadikan kulit anda terlihat lebih segar, mulus dan berseri. - Getaran, 27 November 2021

Gambar: Syeda Imran, kecuali tertera

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Pasport: Imigresen Laksana Permohonan Online Sepenuhnya Di 3 Cawangan Mulai Jun

3

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jika Mahu Kulit Gebu Licin Menawan Jangan Malas Amalkan Rutin Penjagaan Wajah

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright