web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasport: Imigresen Laksana Permohonan Online Sepenuhnya Di 3 Cawangan Mulai Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 6:00PM

Tiga lokasi itu dipilih kerana ia merekodkan angka permohonan tinggi setiap hari. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen (JIM) melaksanakan permohonan baharu atau pembaharuan pasport secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Jun ini, dalam usaha agensi itu mengatasi isu kesesakan di kaunter, menjimatkan masa pemohon dan memendekkan proses pengeluaran dokumen terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai permulaan, usaha itu akan membabitkan tiga cawangan JIM iaitu di Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju. 

Katanya, tiga lokasi itu dipilih kerana ia merekodkan angka permohonan tinggi setiap hari.

“Alasan lain adalah tiga lokasi ini terletak di Lembah Klang. Jadi ia boleh dilaksanakan secara atas talian kerana penembusan internet adalah 100 peratus dan jalur lebar 5G melebihi 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JIM di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin berkata, permohonan secara ‘walk-in’ masih boleh dilakukan membabitkan enam kategori iaitu kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas 60 tahun ke atas, bakal jemaah haji, pelajar 21 tahun ke bawah yang menerima tawaran belajar ke luar negara, orang kelainan upaya (OKU) dan ahli keluarga pemohon kepada kanak-kanak yang dibawa memohon pasport.

“Tapi mereka yang ingin membuat permohonan secara ‘walk-in’ boleh pergi ke mana-mana (pejabat JIM) kecuali tiga cawangan yang saya sebutkan tadi.

“Bagi individu berumur 13 hingga 17 tahun, 18 hingga 59 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas (tidak mahu walk-in), perlu buat secara dalam talian,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, JIM merekodkan jumlah pengeluaran pasport empat kali ganda lebih tinggi sejak April tahun lalu, susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan rakyat Malaysia ‘berbondong’ untuk membuat permohonan dokumen perjalanan itu.

Jelasnya, peningkatan empat kali ganda itu menunjukkan antara sebab kesesakan dialami JIM.

Manakala, sehingga Disember 2022, sebanyak 2,347,493 pasport dikeluarkan dan tahun ini, setakat 12 Mei lalu, 1,674,293 pasport dikeluarkan.

“Gabungan lebih empat juta ini direkodkan di 77 cawangan pengeluaran pasport JIM. Bagi setiap seribu pasport yang dimohon, 600 disimpan, manakala 400 lagi sahaja yang pergi melancong. Ini juga antara punca kesesakan.

“Sebelum kita melaksanakan inisiatif MyOnline sepenuhnya, kita buat penelitian sejak minggu lalu, jadi usaha ini untuk mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan proses,” katanya yang memaklumkan keupayaan pengeluaran pasport di tiga cawangan itu adalah antara 500 hingga 800 cetakan setiap hari. - Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad