Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makan Sambil Beramal Di Autism Café Project

Nikmati hidangan lazat pada harga berpatutan di sebuah kafe yang menggunakan tenaga kerja individu yang hidup dengan autisme.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 9:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tersembunyi di satu sudut di lantai dasar pusat beli-belah DaMen di kawasan USJ Subang di Selangor, adalah sebuah kafe yang bernama Autism Café Project.

Dari namanya sahaja, pasti ramai yang sudah boleh meneka keunikan kafe tersebut. 

Ia adalah sebuah kafe yang menggaji individu autistik sebagai para pekerjanya. Individu-individu ini ditemui melalui platform media sosial projek ini.

Dan lebih menarik, makanan yang disajikan semuanya enak dan menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Kafe ini merupakan buah fikiran pengarah dan pengasasnya, Mohd Adli Yahya, 57, yang juga seorang suami dan ayah.

Mohd Adli Yahya
Mohd Adli Yahya

Menurutnya, beliau mendapat idea untuk memulakan projek ini selepas memikirkan nasib anak lelakinya.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki autistik bernama Muhamad Luqman Shariff. Dia kini sudah berusia 22 tahun dan sekarang merupakan salah seorang pekerja utama di kafe ini. Dialah sebab tercetusnya idea untuk memulakan projek ini.

“Seperti yang diketahui umum, individu autistik mempunyai pemahaman tentang dunia dengan cara yang berbeza daripada orang lain. Majoriti dalam kalangan mereka biasanya memerlukan bantuan seseorang untuk kehidupan harian.

“Rata-rata bila mereka menjadi dewasa, mereka agak susah mendapat peluang pekerjaan. Malah saya boleh katakan, mungkin tidak ada syarikat yang akan mahu memberikan mereka pekerjaan kerana keadaan mereka yang istimewa. 

“Tika memikirkan perkara itu, saya terkenangkan nasib anak saya sendiri. Lantas, saya tergerak untuk memulakan projek ini. 

“Saya mahu anak saya menikmati kehidupan yang lengkap. Bila saya kata lengkap, apa yang saya maksudkan adalah mampu berdikari dari segi mata pencarian, serta mempunyai kawan dan lingkungan sosial.

“Saya mahu dia berpeluang makan atau menghabiskan waktu bersama kawan-kawan lain. Dan terbukti, di sini dia mampu lakukan semua itu,” jelasnya. 

Menurut Adli lagi, anaknya seperti ramai anak-anak autistik lain sangat menyukai air. Itu telah memberinya idea untuk memulakan satu perniagaan yang melibatkan penggunaan air.

“Saya pernah terfikir untuk membuka kedai dobi atau perkhidmatan mencuci kereta. Tapi perniagaan sedemikian tidak melibatkan banyak interaksi dengan individu luar. 

Saya mahu dia berkawan dan bertemu orang lain juga. Jadi, kafe ini adalah pilihan terbaik. Dan sekarang inilah buktinya. Anak saya sudah mahir dengan tugasan yang diberikan kepadanya,” tambahnya.

Adli tidak menafikan bahawa pada satu saat dahulu dia hampir berputus asa sepenuhnya, selepas melihat keadaan anaknya dan buntu memikirkan penyelesaian.

“Kalau anda lihat dia dahulu dan sekarang, perbezaannya sangat ketara. Anak saya benar-benar berubah dan sudah mahir melakukan pelbagai perkara selain dapat bersosial dengan teman sekerjanya yang lain.

Di dapur kafe, isteri saya menyediakan hidangan dan dia dibantu oleh dua orang individu autistik yang lain.

Mereka diajar menyediakan makanan. Malah berkat kerjasama dengan beberapa jenama lain, macam-macam makanan mampu mereka hasilkan bersama. Di antaranya termasuklah kerepek, biskut kelapa, kek cawan dan juga kaya.

Anak saya kini pandai membuat kaya, yang sedap dimakan!” jelasnya sambil tersenyum.

Tambahnya lagi, kafe ini bukan sekadar sebuah tempat makan, ia juga menjadi tempat untuk belia-belia autistik ini melakukan aktiviti lain bersama seperti menonton wayang, berkelah dan sebagainya.

Atas keistimewaan tenaga kerja kafe ini yang terdiri daripada individu yang hidup dengan autism, mereka hanya menyajikan satu hidangan utama setiap hari. Namun hidangan utama akan berganti mengikut hari.

Ini untuk memudahkan para pekerja mereka supaya tidak keliru dengan langkah penyediaan makanan yang betul.

Jadi, dalam satu minggu, para pelanggan akan dapat merasa tujuh sajian utama yang berbeza. Antara menu harian termasuk nasi kerabu, nasi tomato, nasi lemak, nasi minyak, spageti dan seumpamanya.

Setiap hidangan utama disertakan bersama minuman lemonade yang boleh diisi semula bersama satu pencuci mulut. 

Untuk set seperti di atas bersama nasi kerabu (yang lengkap dengan seketul ayam), harganya adalah RM17.50. Dan itu adalah tawaran yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan menu restoran komersial lain.

“Bila makan di sini anda bukan sahaja dapat menikmati sajian yang enak tetapi juga membantu individu-individu ini mencari nafkah,” tambah Adli lagi.

Kafe ini turut mempamerkan beberapa hasil lukisan anak-anak autistik lain yang boleh dibeli oleh mereka yang berminat. 

Individu autistik bermain muzik
Individu autistik bermain muzik

Terdapat juga individu autistik yang bermain muzik dengan indah sambil mengiringi para pelanggan menjamu selera.

“Kami sedang menabung untuk membuka cawangan kedua di Kota Damansara. Jika projek itu berjaya, kami dapat memberikan peluang pekerjaan kepada beberapa lagi individu autistik. Jadi jika ada badan-badan korporat yang ingin membeli sajian kami, ia sangat dialu-alukan.

Sekarang sahaja ada beberapa syarikat yang menaja untuk membeli makanan kami buat para petugas barisan hadapan di lima buah hospital. Siapa yang menyangka sekumpulan individu autistik kini yang dapat membantu para petugas di hospital. Ia sesuatu yang sangat menyenangkan,” ujar Adli mengakhiri bicara.

Jadi tunggu apa lagi, cubalah sendiri keenakan yang kami maksudkan sambil membantu mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut kunjungi laman media sosial Autism Café Project di Facebook dan Instagram. - Getaran, 27 November 2021

Terima kasih pihak DaMen Mall atas lawatan media ini. 

Gambar: Shah Shamshiri

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Latihan Profesional Tawar Peluang Terbaik Untuk Kanak-Kanak Autistik Capai Potensi Penuh

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Lapangan Terbang P. Pinang, Subang Ditingkat Upaya Galakkan Kemasukan Pelabur

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Thaipusam Satu Ciri Unik Kepelbagaian Budaya Masyarakat Malaysia - PAS

4

TARA 1 tahun yang lalu

Hublot Dan Takashi Murakami Lancar Koleksi Jam Tangan Dan NFT Unik

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled