web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Latihan Profesional Tawar Peluang Terbaik Untuk Kanak-Kanak Autistik Capai Potensi Penuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 9:00AM

Keluarga dengan kanak-kanak ASD memerlukan kejelasan mengenai perkhidmatan berkualiti yang boleh didapati sejak didiagnosis sehinggalah mereka dewasa. - Gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kanak-Kanak yang mengalami gangguan spektrum autistik (ASD), termasuk daripada isi rumah B40, berpeluang mencapai potensi penuh mereka jika kerajaan melaksanakan latihan profesional pada tahap tertentu, khususnya dalam bidang pendidikan dan perubatan.

Pengarah Early Autism Project (EAP) Malaysia Jochebed Isaacs berkata keluarga dengan kanak-kanak ASD memerlukan kejelasan mengenai perkhidmatan berkualiti yang boleh didapati sejak didiagnosis sehinggalah mereka dewasa.

"Oleh itu, kita harus memiliki pelan jangka panjang yang lebih komprehensif dan memaksimumkan pembelajaran setiap kanak-kanak pada semua peringkat kehidupan mereka iaitu dari tahun-tahun awal dengan terapi intensif sehinggalah mereka melangkah ke sekolah rendah, menengah dan alam dewasa.

“Penghidap ASD, yang merupakan kecacatan perkembangan akibat perbezaan di dalam otak setiap kanak-kanak, akan mempunyai tempat untuk mendapatkan intervensi klinikal dan peluang pendidikan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Berdepan gangguan spektrum, sesetengah kanak-kanak akan lebih terjejas berbanding yang lain dan mungkin memerlukan sokongan sepanjang hayat, kata Jochebed sambil menambah EAP menyediakan program rawatan tingkah laku intensif secara individu untuk penghidap ASD.

Sejumlah 589 individu berusia 18 tahun ke bawah telah didiagnosis dengan ASD di Malaysia pada 2021, meningkat lima peratus berbanding 562 pada 2020. 

Beliau berkata Malaysia sememangnya telah mencapai kemajuan dan berada di landasan yang betul ke arah keterangkuman serta menggalakkan orang ramai untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih mesra autisme kerana sudah terdapat kelas pendidikan khas (PPKI) di kebanyakan sekolah kerajaan.

Bagaimanapun, Jochebed menggesa kerajaan dan Kementerian Pendidikan agar menyediakan pengajaran berhubung kemahiran pendidikan khas kepada guru bagi membolehkan mereka menangani kanak-kanak autisme.

Katanya buat masa ini, disebabkan sumber yang terhad, pelajar dengan tahap pembelajaran dan keperluan khas berbeza mungkin dihimpun bersama dan ia berupaya menjadi sesuatu yang amat mencabar untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar yang memiliki keperluan berbeza secara individu.

"Justeru, guru pastinya memerlukan lebih banyak sokongan dan latihan mengenai cara mengaplikasi strategi pengurusan bilik darjah secara berkesan serta memaksimumkan pembelajaran terutama bagi pelajar autisme,” katanya.

Beliau berkata pendidikan khas memerlukan kepakaran yang menelan kos terutama "jika kita ingin memastikan latihan yang mencukupi dan penyeliaan berterusan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti."

Katanya Malaysia harus menetapkan standard asas kualiti pendidikan khas dan meningkatkan pembiayaan bagi memastikan kualiti asas sokongan. 

Jochebed juga berkata ibu bapa perlu memiliki akses untuk mempelajari strategi utama bagi membantu anak mereka kerana ramai yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan secara individu.

Bagaimanapun, beliau berkata ibu bapa yang diperkasa mampu menjadi terapi secara individu kepada anak mereka kerana sentiasa berada di samping mereka sepanjang hari.

Katanya ini adalah satu cadangan yang boleh dipertimbang oleh pusat kendalian kerajaan atau badan swasta/korporat untuk memperkasa ibu bapa dalam bidang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad