web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lapangan Terbang P. Pinang, Subang Ditingkat Upaya Galakkan Kemasukan Pelabur

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 5:11PM

Lapangan Terbang Subang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk membesarkan dan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut adalah untuk mendukung dan menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong ke negara ini.

"Cadangan pembesaran yang akan diterajui oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ini dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos jauh lebih rendah.

"Ini berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan (menelan belanja) RM7 bilion," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, kerajaan juga bercadang untuk memperkukuh pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan dengan pakej imbuhan yang berdaya saing.

Jelasnya, ini adalah bagi menarik pelabur antarabangsa dan pekerja berpengetahuan supaya menetap di Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, tumpuan juga diberikan bagi menyokong projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri itu.

"Dalam masa yang sama, kerajaan akan membina struktur baharu hakisan pantai antara Kuala Sanglang, Perlis ke Kuala Jerlun Kubang Pasu, Kedah," katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 22 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

oleh Sophia Ahmad