Berita Terkini

11 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Tip Memilih Rumah Atau Bilik Sewa

Menyewa rumah adalah perkara biasa buat mereka yang tinggal di luar kota asal. Namun ketahui perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memilih rumah sewa.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 3:07PM

Gambar: Kindel Media, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyewa rumah merupakan sesuatu yang dilakukan oleh ramai orang, khasnya mereka yang belum mampu membeli rumah sendiri dan mereka yang bekerja atau belajar di kota asing.

Terdapat banyak iklan-iklan rumah sewa yang kita dapat lihat di laman sosial dan di tempat awam. Namun apakah kriteria yang harus diteliti sebelum memilih sesebuah rumah sewa?

Minggu ini kami berkongsi enam tip yang harus diteliti sebelum memilih rumah atau bilik sewa.

 

Jenis kediaman: bilik atau rumah?

Gambar: Farhan Azam, Unsplash
Gambar: Farhan Azam, Unsplash

Zaman sekarang terdapat pelbagai jenis kediaman yang terdiri daripada pangsapuri, rumah pangsa, kondominium, studio, rumah teres dan macam-macam lagi.

Walau bagaimanapun, jenis kediaman yang dipilih semestinya bergantung pada bajet yang ada. 

Individu yang masih bujang biasanya disarankan untuk menyewa bilik kerana kosnya lebih rendah daripada menyewa sebuah rumah. 

Ada juga yang mempunyai keperluan khas apabila mencari rumah atau bilik sewa, seperti mahukan sambungan internet yang sudah tersedia atau rumah sudah siap dengan perabot. 

Pastikan anda membuat senarai keperluan juga, ia akan membantu anda memilih rumah atau bilik sewa nanti. 

Pastikan anda membuat temujanji bersama ejen pemilik rumah untuk melihat keadaan rumah atau bilik yang ingin disewa. Jangan sesekali membuat persetujuan sebelum datang melihatnya sendiri. 

Ini amat penting untuk penyewa mendapat gambaran sebenar tentang keadaan kediaman selepas melihat gambar di dalam iklan. 

 

Lokasi kediaman

Gambar: Tom Fisk, Pexels
Gambar: Tom Fisk, Pexels

Lokasi kediaman memainkan peranan yang penting dalam memilih rumah sewa. 

Pilihlah kediaman yang mempunyai lokasi bersesuaian dengan tujuan anda menyewa. Secara umum, penyewa akan memilih kediaman yang dekat dengan tempat kerja atau tempat belajar.

Selain itu, kemudahan mendapatkan pengangkutan awam, membeli makanan serta barang keperluan dan juga keselamatan kawasan juga memainkan peranan penting dalam pemilihan kediaman.

Rumah sewa yang dekat dengan pelbagai kemudahan biasanya menjadi pilihan ramai namun sewanya juga akan lebih tinggi jika dibandingkan dengan kediaman yang jauh dari kemudahan yang disebutkan tadi.

 

Pemeriksaan kediaman

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Jangan sesekali alpa atau terlepas pandang untuk membuat pemeriksaan terhadap barangan yang ada di dalam kediaman yang bakal disewa. 

Selidik perkara-perkara asas seperti lampu, kipas, plag, almari dan tingkap berada dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya. 

Adakalanya pemilik rumah tidak menyedari kerosakan yang ada. Ada kemungkinan juga ia telah dirosakkan oleh penghuni sebelumnya.

Jadi penting sekali untuk anda memastikan perkara-perkara yang disebutkan tadi tidak mengalami masalah kerosakan supaya anda tidak mengeluarkan apa-apa kos tambahan di kemudian hari.

 

Rundingan harga

Gambar: Farhan Azam, Unsplash
Gambar: Farhan Azam, Unsplash

Penyewa disarankan untuk membuat perbandingan harga dengan beberapa rumah sewa lain bagi mendapatkan harga yang terbaik.

Setiap harga yang tercatat pada iklan tidak semestinya tetap. Tidak perlu berasa malu untuk membuat rundingan dengan pemilik kediaman kerana sesetengah pemilik akan mempertimbangkan jumlah sewa bulanan mengikut bajet penyewa. 

Lakukannya semasa membuat lawatan ke kediaman yang ingin disewa.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan harga sewa juga dipengaruhi oleh kelengkapan dalam rumah seperti perabot, katil, sambungan internet dan lain-lain. 

Buatlah perbandingan harga berdasarkan kelengkapan yang disediakan di dalam kediaman tersebut.

Hitung harga sewa yang ditawarkan dan periksa adakah ia setimpal dengan kemudahan yang disediakan di dalam rumah atau pun tidak. Sesudah itu barulah buat keputusan.

 

Tempat letak kenderaan

Setiap kawasan perumahan biasanya mempunyai tempat letak kenderaan. Ia penting bagi memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat. 

Antara faktor yang harus dipertimbangkan adalah lokasi tempat letak kenderaan (di dalam atau di luar kawasan kediaman), berbumbung atau tidak, jumlah sewa yang perlu dibayar untuk tempat letak kenderaan serta jumlah kenderaan yang boleh diletakkan di kawasan tersedia.

Semua ini perlu dipastikan bagi mengelakkan kejadian berebut lot letak kenderaan. Perselisihan faham gara-gara tempat letak kenderaan boleh menyebabkan pergaduhan yang besar. 

Apatah lagi, sesetengah kediaman seperti rumah pangsa atau kondominium hanya menyediakan satu tempat letak kereta untuk sebuah rumah. Jadi pastikan isu ini diselesaikan dahulu.

 

Rakan serumah

Gambar: Cottonbro, Pexels
Gambar: Cottonbro, Pexels

Rakan serumah merupakan faktor yang sangat penting dalam memilih rumah sewa kerana anda bakal berkongsi kediaman dengan mereka.

Terdapat pelbagai individu dengan keperibadian yang berbeza. Jadi, untuk mengelakkan sebarang konflik atau perselisihan faham bersama rakan serumah, pastikan anda mengetahui serba sedikit tentang mereka.

Usahakan untuk mengetahui sedikit latar belakang rakan penghuni seperti nama, pekerjaan dan sebagainya. 

Jika anda mahu, anda boleh terus menukar nombor telefon dengan para penyewa sedia ada rumah bagi memudahkan komunikasi. Sekalipun anda belum membuat keputusan untuk menduduki rumah tersebut, ia tidak menjadi masalah untuk anda menambah kenalan. 

Ini langkah awal untuk mengenali setiap individu dalam rumah tersebut dan dapat membantu mengeratkan hubungan silaturahim. - Getaran, 14 November 2021

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

Mengurus Belanja Dapur: 5 Tip Mendapat Lebih Untuk Wang Anda

2

Semasa 10 bulan yang lalu

TIP 2023, Peningkatan Taraf Malaysia Mampu Bantu Negara Lebih Tegas - Nazri 

3

TARA 11 bulan yang lalu

Trend Wes Anderson Jadi Kegilaan Di Media Sosial, Ini Tip Untuk Anda Lakukannya

4

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan