Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Metamorfosis Sherry Alhadad

Sepetang bersama pelakon, pengacara dan pelawak wanita terkenal, Sherry Alhadad tentang evolusinya sebagai anak seni dan pendapatnya tentang isu gurauan lucah di media tempatan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 9:19AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GSC Quill City Mall pagi itu hening. 

Azim sibuk bersama dua pembantunya memasang segala kelengkapan kamera dan lampu-lampu di setiap penjuru panggung wayang itu. Jufri pula ke sana ke mari, mencari-cari sudut sesuai untuk sinematografi videonya.

Ardi sedang menyusun busana-busana Max Mara di penyidai mudah alihnya. Abang Fendi dan Yusof pula sedang berkemas-kemas meja kosong yang bakal ‘bertukar’ menjadi stesen solekan dan dandanan rambut untuk menata rias figura yang satu ini.

Selayak orangnya, segalanya dirancang dengan teliti untuk pemotretan Wajah TARA kali ini. Edisi ini sedikit istimewa kerana kami menampilkan seorang pelakon, pengacara dan pelawak wanita terkenal, Sherry Alhadad! 

'Ring ring,' telefon penulis berbunyi.

“Hai Aqeela, sudah sampai ya? OK, tunggu sekejap ya, saya datang,” jawab penulis sebelum bergegas ke bawah untuk menjemput Sherry dan pengurusnya, Aqeela naik ke atas.

Jarum jam tepat menunjukkan pukul 9:30 pagi. Sherry dan Aqeela hadir dalam persalinan serba hitam, “Hai Sherry! Hai Aqeela!” sapa penulis.

“Hai Zaidi!” balas mereka berdua serentak.

Tanpa membuang masa, penulis pun terus mengiringi Sherry dan Aqeela masuk ke dalam pawagam sambil berbual-bual kosong sepanjang perjalanan. Sesuai tema, seluruh ruang pawagam ini ditempah khas untuk sesi penggambaran istimewa ini.

 

Teater: Tersepit antara teknologi atau pandemik?

Penulis mahu berbicara tentang evolusi karier seninya. Mungkin ramai yang tak tahu, Sherry sebenarnya bermula dengan teater. 

“Saya diperkenalkan dengan teater pada 2004 sewaktu saya menonton teater Nyior Gading Puncak Mahligai lakonan Ahmad Idham dan arwah Maya. Saya terpesona. Saat itu saya sedar, inilah yang saya mahu. Saya mahu berlakon di atas pentas Istana Budaya!” ujar Sherry teruja.

“Bagaimana pula dengan situasi teater di pasca pandemik ini?” tanya penulis spontan.

“Takutlah soalan awak...,” tawa Sherry.

“Semua jenis seni mengalami masalah ketika pandemik ini. Paling terkesan sekali seni-seni yang berkaitan dengan persembahan langsung seperti teater. Teater membawa definisi melakonkan watak di atas pentas secara langsung di hadapan khalayak ramai. 

“Bila pandemik terjadi, banyak persembahan teater terpaksa dibatalkan. Saya melihat banyak produksi teater di luar sana mengambil langkah membuat tayangan semula atau melakukan pementasan secara dalam talian,” jawabnya berhemah.

Seperti yang diperkata Sherry, penulis juga menyedari akan trend ini. Banyak teater sudah mula beralih ke arah maya atau secara dalam talian. Apakah nilai seni teater itu  berkurangan apabila dilaksanakan melalui kaedah ini?

“Sejujurnya, bagi saya tiada masalah. Kita gunakan sahaja teknologi. Jangan menolak teknologi jika tidak mahu ketinggalan. Harus berfikir di luar kotak. Walau bagaimanapun, persembahan tetap harus berjalan. Kita semua harus beradaptasi dengan perubahan ini. 

“Cara berbeza, pendekatan berbeza. Masing-masing harus tempuhi juga demi ‘survival’. Inilah norma baharu agar seni persembahan teater tetap ‘hidup’ dan berjalan. Di Malaysia, sudahlah teater bukan satu medium seni yang cukup dikenali. Mahu tidak mahu, harus jalankan juga.

“Alhamdullilah, seni persembahan secara langsung kini sudah dibenarkan dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jika lihat Istana Budaya sekarang, sudah ada beberapa persembahan sedang berlangsung,” ucap Sherry yang sudah aktif dalam dunia seni sejak zaman kecil lagi.

 

Magis dunia lakonan Sherry Alhadad

Empunya nama Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini bukan asing lagi dalam industri seni Malaysia. Darah seni sudahpun mengalir dalam diri Sherry, dia datang dari keluarga yang terkenal dalam dunia lakonan.

Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah adalah anak saudaranya. Sedari usia lima tahun, Sherry sudah menanam impian untuk menjadi seorang pelakon.

“Saya obses melihat filem di kaca televisyen. Suruhlah apa-apa pun, menyanyi, berlakon, menari? Hari-hari saya akan melakonkan semula babak-babak yang saya lihat itu. Seorang diri, berangan!

“Di sekolah, saya aktif dengan persatuan kebudayaan. Apa sahaja sambutan di sekolah seperti Hari Guru... Hari Kebangsaan... sayalah yang membuat persembahan. Apa sahaja yang berkaitan dengan seni, muka sayalah yang muncul,” tawanya mengimbas kembali zaman kecilnya.

Namun, dunia lakonan hari ini berbeza sekali dengan zaman Sherry mula-mula menjejakkan kaki di dalam industri. Bilangan pengikut (followers) yang ramai di media sosial seakan-akan menjadi faktor pemilihan pelakon oleh sesetengah produksi. 

Tidakkah ia merencatkan perkembangan seni lakonan? Apakah pandangan Sherry?

“Masa saya mula berlakon, masalah utama industri semasa itu adalah rupa. Waktu itu orang tak fikir pun soal followers, Instagram pun tak wujud lagi. Masalah tentang fizikal dan rupa sahaja. 

“Secara jujurnya, Malaysia adalah sebuah negara yang penuh dengan bakat-bakat seni. Bukan sahaja dari bidang lakonan, malah nyanyian, tarian dan pelbagai cabang seni lain. Saya berkawan dengan ramai bakat-bakat yang hebat. 

“Namun sayangnya, mereka tiada peluang untuk menembusi pasaran kerana jumlah followers mereka. Sepatutnya ini tidak terjadi. Bagi saya, jumlah followers seseorang itu tidak mempengaruhi sesebuah filem atau drama itu untuk menjadi bagus.

“Penonton kita sekarang sudah bijak. Apa yang membuatkan penonton menonton karya awak? Tentulah kualiti dan mutu lakonan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, televisyen sangat mempengaruhi kehidupan kita. Lihatlah semasa saya kecil,” tawanya.

Tambah Sherry, “Kita ada peluang dan ruang untuk membentuk pandangan dan persepsi masyarakat tentang seni. Sekarang ini bagi saya jumlah followers memang sudah tidak relevan untuk menjadi kayu pengukur bagi pemilihan pelakon. 

“Sebagai contoh, lihat sahaja ‘Squid Game’, ada antara pelakonnya yang tiada langsung Instagram, tetapi kenapa filem itu pecah panggung? Kerana mereka mengutamakan bakat. Itulah perkara yang industri kita kena ubah.

“Pokoknya, saya tidak setuju. Saya rasa kita patut utamakan pelakon-pelakon yang ada bakat. Perkara paling penting dalam menghasilkan sesebuah karya itu ialah jalan cerita yang bagus dan barisan pelakon yang berbakat. Barulah filem itu mantap,” ucap Sherry tak berhenti kalimah.

 

“Rogol bukan jenaka!” – Sherry Alhadad

Pagi itu Sherry senang berbicara. Perwatakannya yang ceria, membuatkan seluruh kru tertawa. Dia wanita versatil. Tidak hairanlah alumni dan bekas pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini turut bergelar seorang pengacara. 

Namun pengacaraan bukanlah satu bidang yang mudah. Pengacara adalah pengantara antara majlis dengan penonton. Pengacara memegang mood dan tenaga dari awal sehingga tamat acara. Sebagai pengacara, Sherry selalu mengingatkan diri tentang etika dan tatasusila pengacaraan.

“Sebenarnya, saya sudah bermula sebagai pengacara sejak zaman saya belajar lagi. Apa yang saya belajar di teater, saya gunakan pada pengacaraan. 

“Sebagai seorang pengacara, perkara paling penting ialah kajian dan sasaran penonton. Siapa penonton awak? Majlis itu berkenaan apa? Setiap kali saya diberi tugasan, itu perkara pertama yang saya pelajari.

“Pengacaraan tidak boleh dipandang enteng. Jangan ingat kita boleh bercakap, kita boleh mengacara. Banyak perkara yang seorang pengacara perlu tahu dan cakna. 

“Malah sewaktu bercakap pun harus berfikir dan harus punya ilmu pengacaraan yang secukupnya,” komen Sherry bersemangat tentang pengacara tangkap muat, asal popular, asal lucu yang semakin hari, semakin membanjiri industri pengacaraan tempatan.

Bercakap soal ilmu pengacaraan, ia membawa kepada persoalan tentang satu kontroversi yang melanda dunia hiburan baru-baru ini. Tentang jenaka rogol oleh seorang pelakon lelaki dan seorang pengacara lelaki. 

Di mana-mana sahaja di media sosial, jenaka mereka dikecam hebat oleh warganet. Ramai yang mempertikaikan cara pengacara itu mengendalikan bual bicaranya. Sebagai pengacara, dia seharusnya pandai mengemudi situasi.

Seraya Sherry menjawab, “Bila kita bercakap tentang agama, perkauman, politik dan isu-isu sensitif, ia agak berbahaya. Kadang-kadang kita rancak berbual sehingga terlupa untuk menjaga adab. Bila kita jaga semua itu, tetamu pula yang terlepas cakap. 

“Namun, kenapa kita mahu menghiburkan dengan menjadikan topik sensitif sebagai bahan komedi? Kenapa kita jadikan isu rogol ini sebagai satu bahan lawak dan jenaka? Memanglah kadang-kadang kita mahu menghiburkan orang, tetapi kita tak sedar gurauan itu berlebihan. 

“Saya pun takut jika lawak saya mengguris hati sesetengah pihak. Niat saya hanya mahu menghiburkan. Bila perkara tidak diingini seperti ini berlaku, saya rasa kita semua harus duduk dan bermuhasabah diri. Hal ini adalah satu penangan hebat.

“Kadangkala kita sendiri tidak sedar kita terlepas cakap. Itu yang saya rasakan terjadi kepada mereka pada ketika itu. Tugas pengacaraan ini berat, orang nampak kita hanya bergelak ketawa. Hakikatnya tidak. Pada akhirnya, ia sudah terjadi. Ia satu ingatan untuk kita semua. 

Bak sang rama-rama biru yang sedia melebarkan sayap, “Saya hanya mampu berpesan kepada diri dan rakan-rakan media lain. Saya memang tak bersetuju dengan jenaka yang melibatkan maruah. Kita tak tahu apa yang sesetengah orang lalui. Kita tak berada di kedudukan mereka. 

“Jangan jadikan trauma orang sebagai bahan komedi. Terutamanya di Malaysia, ia adalah perkara tabu untuk berbicara soal itu. Saya benar-benar tidak bersetuju. Saya rasa ia tidak sepatutnya dijadikan bahan hiburan. Rogol bukan jenaka!” pungkas Sherry tegas menutup bicara. 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Sherry Alhadad 

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Editor Gaya Hidup & Hiburan: Shah Shamshiri 

Penyelaras & Teks: Zaidi Che

Suntingan Teks: Ili Farhana

Jurugambar: Azim Mahayudin

Juruvideo: Jufri Jamal

Solekan: Fendi Sani

Rambut: Yusof Ruzaimi

Penata Gaya : Ardi Idewani

Busana: Max Mara, Ardi Idewani

Aksesori: Swarovski

Mahkota: Bremen Wong

Arahan Seni: Zaidi Che & Azim Mahayudin 

Pembantu Produksi: Aizuddin & Wan Azmeera

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi: GSC Cinema 

(Terima kasih kepada Puan Diana dan pihak pengurusan GSC Cinema)

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

TARA 10 bulan yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini