Berita Terkini

2 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


4 Perkara Perlu Buat Kalau Mahu Berenang Tika Pandemik

Ketahui langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh pengendali kolam renang dan beberapa cara mudah untuk memastikan anda dan orang tersayang selamat di kolam renang sepanjang era pandemik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 8:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 menyedarkan kita tentang kepentingan penjagaan kebersihan terutamanya di kawasan awam bagi mengurangkan risiko jangkitan virus. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh berjangkit melalui air semasa berenang.

Walaupun virus ini tidak terbukti sebagai penyakit bawaan air dan tidak mungkin merebak di kalangan manusia melalui aktiviti rekreasi air, garis panduan keselamatan dan sanitasi kolam yang betul tetap menjadi keutamaan. 

Demi mengekalkan persekitaran air yang steril untuk kolam renang (terutamanya kolam awam), pembersihan menyeluruh, penapisan dan sanitasi adalah keperluan terpenting untuk melindungi diri kita daripada kuman dan bakteria yang merbahaya.

“Kolam renang awam memerlukan sistem sanitasi yang berkualiti. Perkhidmatan syarikat sanitasi juga membantu menyesuaikan tahap klorin mengikut standard yang selamat dan bersih untuk perenang,” jelas Encik Richmond Ho, Presiden Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM).

Encik Richmond juga berkongsi bahawa walaupun air kolam itu sendiri agak selamat dengan pembasmian kuman yang betul, ia penting untuk diingatkan bahawa terdapat risiko untuk jangkitan virus melalui titisan salur pernafasan apabila berada di tempat yang sesak akibat hubungan kontak rapat. 

“Kakitangan kolam renang mesti terlatih untuk memantau dan mengawal kapasiti dan jarak fizikal dalam kalangan perenang di kolam renang bagi mengelakkan mereka berkumpul secara rapat.

“Kawasan awam dan titik sentuh seperti bangku dan meja berhampiran kolam renang, tangga kolam renang dan lokar juga perlu dibasmi kuman secara berkala,” kata Encik Richmond.

Amalkanlah beberapa langkah berjaga-jaga berikut untuk memastikan keselamatan diri dan orang ramai di kolam renang:

 

Bawa bersama pensanitasi tangan dan tisu sanitasi

Apabila berada di ruang awam, ia agak sukar bagi kita untuk mengelak daripada menyentuh permukaan yang terdedah.

Kita perlu mengekalkan kebersihan tangan sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan selepas menyentuh apa-apa permukaan atau objek di kolam renang, seperti pemegang tangga.

Selain daripada penggunaan pensanitasi tangan, anda juga dinasihatkan untuk lap meja dan kerusi menggunakan tisu sanitasi. Tidak ada salahnya untuk lebih berhati-hati demi kesihatan diri!

 

Bawa set peralatan renang anda sendiri 

Apabila anda berseronok di dalam kolam, sukar untuk mengelak daripada menyentuh hidung, mata dan mulut dengan tangan anda.

Oleh itu, adalah disyorkan untuk membawa peralatan renang sendiri seperti gogal, papan tendang, pelampung dan sebagainya. Elakkan daripada meminjam peralatan ini daripada orang lain.

Memandangkan virus COVID-19 mampu menular melalui titisan salur pernafasan dan permukaan yang dikongsi, ia tidak selamat untuk berkongsi peralatan dengan mereka yang bukan daripada keluarga dan rumah yang sama.

 

Penjarakan sosial di dalam kolam

Penjarakan sosial perlu dikekalkan di dalam dan di luar kolam pada norma baharu ini.

Sambil kita berseronok di dalam kolam, kita perlu memberi perhatian kepada penjarakan (sekurang-kurangnya enam kaki) antara orang di sekeliling kita pada setiap masa.

Anda juga boleh menghubungi pasukan pengurusan kolam terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut tentang prosedur operasi standard (SOP) dan had kapasiti mereka.

Dengan maklumat yang diperolehi, anda boleh membuat keputusan mengikut tahap keyakinan anda.

Untuk menikmati keseronokan bersama rakan dan keluarga tanpa rasa bimbang tentang kontak rapat dengan orang yang tidak dikenali, anda dinasihati untuk menempah slot untuk ke kolam persendirian demi persekitaran yang lebih selamat.

 

Pakai pelitup muka apabila di luar kolam

Pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan yang sesak dapat mengurangkan risiko jangkitan sambil mengelak penularan virus.

Walaupun kita sudah hampir dua tahun hidup bersama kehadiran virus ini, ramai yang kadang-kadang terlupa untuk memakai pelitup muka.

Benar, anda tidak boleh memakai pelitup muka di dalam kolam, pastikan anda memakainya setiap kali anda berada di luar kolam untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Pembendungan penularan wabak COVID-19 memerlukan usaha semua pihak.

Pihak berkuasa dan pengusaha kolam renang telah pun mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk memastikan keselamatan kolam.

Namun begitu, kita juga harus memainkan peranan kita dan bekerjasama ketika ke kolam renang demi keselamatan diri dan orang ramai supaya aktiviti kegemaran kita ini tidak lagi dilarang! - Getaran, 7 November 2021

Semua gambar: SLPR Worldwide

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

2

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

3

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

4

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

5

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

6

Hafizh Syahrin Raih Kejuaraan Sulung Di Zhuhai