Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 3:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'On My Block' (Netflix)

'On My Block' adalah drama siri remaja yang diarahkan oleh Eddie Gonzalez dan Lauren Lungerich. Drama bergenre komedi gelap ini dibintangi oleh Sierra Capri, Diego Tinoco, Jason Genao, Brett Gray dan Jessica Marie Garcia.

Ia berkisahkan tentang empat sekawan yang membesar di kawasan kejiranan serba kekurangan dan dikawal oleh kumpulan-kumpulan samseng di Freeridge, Los Angeles. Drama ini berlainan daripada drama remaja yang lain kerana ia memperlihatkan sisi gelap Amerika Syarikat.

Pelakon-pelakonnya juga terdiri daripada golongan ‘berwarna’, menghidupkan semula kehidupan seharian masyarakat terpinggir, terutamanya golongan remaja, yang sering dianggap kelas kedua oleh majoriti rakyat Amerika Syarikat yang berkulit putih.

Pelbagai masalah sosial terpaksa dihadapi mereka sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke alam remaja seperti gangsterisme, penculikan dan pembunuhan. Walaupun drama ini sarat mesej berat, namun ia dibawa secara santai serta diselitkan dengan unsur-unsur humor. - Zaidi Che

 

Kung Fu Panda 2 (Netflix)

Masih ingat lagi dengan Po, si panda comel yang kuat makan dan pandai berkung fu? Watak animasi yang diperkenalkan pada tahun 2008 ini memang lucu dan menghiburkan.  Jika anda mahukan masa sendiri untuk melepaskan tekanan, nah filem ini pilihan yang baik.

Lebih baik tonton filem pertamanya dahulu jika anda tidak pernah menyaksikan sekuel filem yang ada enam kesemuanya ini. Walaupun Po adalah pujaan ramai kanak-kanak, tetapi golongan dewasa juga akan suka dengan panda ini.

Sebagai Pahlawan Naga, Po menjadi sebutan ramai dan ramai kanak-kanak di Lembah Aman menjadikannya sebagai idola.

Dalam sekuel filem Kung Fu Panda ini, Po dan kumpulannya, Furious Five, berjuang menentang Lord Shen, seekor merak yang mahu merampas takhta kerajaan dan menghancurkan dunia kungfu.    

Pengembaraan Po bersama rakan-rakannya bermula apabila Lembah Aman diserang oleh konco-konco Lord Shen bagi mendapatkan tembaga untuk menghasilkan senjata yang boleh memusnahkan kungfu dan China.

Bagi menghentikan niat jahat Lord Shen, Po dan rakan-rakannya menjejaki musuh negara ini.

Filem ini dibintangi oleh Jack Black, Angelina Jolie, Jackie Chan, Gary Oldmen, Seth Rogen. - Rahayu MN

 

Temu Bual Datin Sharifah Shawati Dan Zarul Umbrella (YouTube)

Jika anda pernah menonton saluran YouTube Zarul Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella, pasti anda tahu bahawa dia sering berkongsi video temu ramah bersama bekas pramugari atau pramugara ataupun yang masih lagi bertugas.

Terbaru, Zarul telah menemu bual bekas pramugari MAS yang juga bekas personaliti TV3 iaitu Datin Sharifah Shawati.

Banyak cerita yang menarik telah dikongsikan oleh Datin Sharifah Shawati sepanjang dia berkhidmat bersama MAS selama lima tahun. 

Dedikasinya terhadap kerjaya di awan biru itu pasti akan membuatkan anda terpegun. Biarpun sudah lama meninggalkan kerjaya sebagai pramugari, namun setiap etika kerja masih diingatinya sehingga ke hari ini. 

Banyak nasihat berguna yang dikongsikannya dalam meningkatkan mutu kerja tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Jangan lupa untuk tonton temu bual ini yang dibahagikan kepada tiga episod di saluran YouTube Zarul Umbrella. - Helmi Anuar

 

'The Smart Money Woman' (Netflix)

Mini siri Nollywood Netflix, ‘The Smart Money Woman’ arahan Bunmi Ajakaiye yang diadaptasi dari karya buku Arese Ugwu dengan judul yang sama ini wajar sekali ditonton golongan wanita.

Ia berkisar mengenai lima wanita Afrika yang bersahabat baik iaitu Zuri, Tami, Lara, Adesua dan Ladun serta hubungan mereka dengan duit.

Misalnya, Zuri seorang kaki shopping dan tidak pernah menyimpan wang, Tami si pemilik butik sentiasa harapkan duit daripada bapanya, manakala Adesua, seorang peguam berjaya pula punya suami curang yang sering menghabiskan duitnya

Siri ini akan membantu golongan wanita menangani masalah kewangan mereka menerusi cara-cara menguruskan kewangan yang dipaparkan dalam setiap episod. - Ellyna Ali

 

 

'Titans' (Netflix)

Masa silam yang pedih kadang kala menjadi faktor yang membentuk keperibadian seseorang.

Dick Grayson tidak terkecuali. Berbekalkan detik hitam kehilangan kedua ibu bapa ketika remaja, dia menggunakan watak dan kuasa adiwira memburu pembunuh mereka.

Siang seorang anggota polis dan malam bertukar menjadi Robin, laluan hidup itu menemukan dia dengan seorang remaja misteri yang menjadi buruan ramai, Rachel.

Pertemuan tidak sengaja itu membawa kepada persahabatan mereka bersama rakan-rakan adiwira lain, yang masing-masing memiliki kisah hitam sendiri.

Siapakah sebenarnya Rachel? Mengapa pula dia menjadi buruan? Segalanya akan terjawab dalam rancangan bersiri yang diilhamkan dari watak-watak adiwira DC ini.

Awas! Ia bukan tontonan sesuai untuk anak-anak di bawah usia 18 tahun kerana padat dengan adegan ganas, bahasa kesat dan babak dewasa. - Sophia Ahmad - Getaran, 6 November 2021

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart